Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.sya.ra.kat.kan] | ممشارکتکن

Definisi : memperkembang dan menyebarkan sehingga meresap ke dlm ma­syarakat, menjadikan tersebar (terkenal dsb) di kalangan masyarakat, meluaskan penge­tahuan tentangnya atau penggunaannya dsb di kalangan masyarakat: DBP terlibat lang-sung dlm usaha ~ bahasa melalui pener-bitan; usaha ~ filem belum boleh dianggap berjaya setakat ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.sya.ra.kat.kan] | ممشارکتکن

Definisi : memberitahukan, memperkenalkan, menyebarkan dll di kalangan (ahli) masyarakat: Usaha ~ bahasa Melayu dijalankan dgn giatnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Era globalisasi dan kemajuan teknologi maklumat dikatakan mampu mempercepatkan usaha memperkasakan dan memasyarakatkan bahasa melayu. Sejauh manakah anda bersetuju dengan keyataan ini?Soalan saudara/ saudari tidak berkaitan dengan Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain01.08.2010
jawapan yang macam mana perlu kami berikan untuk soalan dibawah: 1. sistem pendidikan kebangsaan memasyarakatkan satu malaysia. 2. kegawatan sosial yang berlaku pada hari ini boleh menghalang proses pembinaan tamadun malaysia. untuk soalan kedua, bolehkah kami jawap soalannya seperti berikut topik: seks rambang, kemudian terdapat lima bahagian, iaitu 1. politik(imej negara), 2. pendidikan(kegagalan), 3. sosial(masyarakat), 4. jenayah(pembuangan bayi), 5. agama(peganagan agama yang tidak kuat)

Soalan esei lazimnya mempunyai skema jawapan yang telah ditentukan. Sila berbincang dengan pensyarah untuk dapatkan skema jawapan. Soalan saudara di luar skop perkhidmatan yang kami berikan. Khidmat Nasihat Bahasa menangani masalah berkaitan penggunaan bahasa Melayu antaranya termasuklah Ejaan Rumi dan jawi, Perkataan dan Istilah serta Tatabahasa.

Lain-lain23.01.2011
Adakah penggunaan imbuhan "me" dan "kan" dibenarkan untuk perkataan " bumi" (membumikan)?. Contoh penggunaan judul buku : Membumikan Syariah atau maksudnya memasyarakatkan syariah. Adakah benar maksudnya begitu?. Terima kasihDalam Kamus Dewan Perdana, membumikan bermaksud mengukuhkan dan mengembangkan. Berdasarkan makna yang tersebut perkataan membumikan boleh digunakan dalam konteks seperti ayat berikut Kempen Kefahaman Syariah dilihat sebagai usaha untuk membumikan kesedaran undang-undang Islam dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa06.09.2022
agaimanakah DBP dapat membantu pelajar dalam meningkatkan penguasaan bahasa Melayu selain daripada penerbitan buku?Sekiranya, pelajar menghadapi masalah tentang bahasa, pelajar boleh menghubungi petugas KNB atau melayari laman ini yang bersedia membantu menyelesaikan masalah tentang tatabahasa. Selain itu, dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan, DBP bukan sahaja memasyarakatkan ilmu menerusi fungsi penerbitan buku, bahkan, DBP banyak menganjurkan program-program kebahasaan dan kesusasteraan. DBP juga turut mengadakan kursus penataran bahasa dan bengkel penulisan seperti Minggu Penulisan Remaja (MPR) yang banyak melahirkan penulis genarasi muda.Lain-lain28.08.2007
Salam. Pada abad ke-21 ni kita melihat banyak cabaran yg dihadapi dalam usaha untuk memartabatkan dasar dan polisi bahasa di negara kita. Dalam konteks pembangunan perisisan teknologi maklumat, apakah langkah-langkah yg diambil DBP untuk mengekalkan polisi bahasa yang tersedia ada agar seiring dengan pembangunan teknologi maklumat?

Assalamualaikum

Untuk makluman, kemajuan teknologi maklumat tidak akan memperkasakan bahasa Melayu tetapi dengan mengetahui kelebihan teknologi maklumat seperti mampu menyampaikan maklumat dengan cepat dan pantas, tanpa halangan masa dan sempadan benua maka bahasa melayu boleh diperkasakan dengan menggunakan kelebihan teknologi maklumat. Ini bermakna kita boleh memperkasakan bahasa Melayu dengan menggunakan teknologi maklumat. Caranya, pertama kita perlu memahami bagaimana kita boleh menerbitkan bahan-bahan berbahasa melayu dengan pantas menggunakan teknologi. Kedua, kita perlu memahami kelebihan penyebaran maklumat menggunakan teknologi berbanding dengan menggunakan kaedah tradisional dan ketiga fikirkan pula bagaimana menggunakan teknologi ini boleh memperkasakan dan memasyarakatkan bahasa melayu.

Contohnya, untuk memperkasakan dan memasyarakatkan bahasa melayu kita haruslah memperbanyakkan penerbitan bahan-bahan berbahasa melayu di berbagai-bagai bidang dan berbagai-bagai peringkat pengguna. Ini lah yang sedang diusahakan dengan giat oleh DBP. Dengan menggunakan teknologi kita boleh mempercepatkan proses penulisan, penyuntingan dan juga penerbitan.

Seterusnya dengan menggunakan teknologi kita boleh menyebarluaskan bahan tersebut tanpa sempadan dunia dengan pantas dan bahan tersebut juga boleh dicapai diseluruh dunia tanpa mengira waktu (pagi atau petang , siang atau malam). Malahan di negara sedang berperang pun kita boleh menyebarkan bahan berbahasa melayu dengan menggunakan teknologi. Bayangkan jika kita cuba menyebarkan bahan berbahasa melayu dengan kaedah tradisional di negara yang sedang berperang!

Begitulah hebatnya teknologi.

Lain-lain03.11.2010
Assalamualaikum wtw, saya Sharifah Zubaida binti Ahmad, sedang menuntut di UPSI dan merupakan anak didik Dr. Halim Ali. Saya ingin bertanya kepada En.Ruslan mengenai apakah peranan DBP dalam mengembangkan sastera melalui majalah. Majalah yang saya maksudkan ialah Dewan Bahasa, Dewan siswa dan sebagainya. saya berharap pihak DBP dapat menjawab soalan yang saya ajukan ini. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah saya hargai. Terima kasih.

Antara fungsi utama penubuhan DBP ialah memperkembang bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan. Berdasarkan fungsi tersebut, DBP berperanan secara langsung terhadap usaha memperkembang bakat sastera dan memasyarakatkan sastera dalam kalangan rakyat melalui pelbagai wahana termasuklah penerbitan buku dan majalah. Majalah antara wahana yang dekat dengan pelbagai lapisan masyarakat khususnya golongan pendidik/pelajar, secara tidak langsung membantu usaha memupuk minat dan bakat dalam bidang kesusasteraan seperti penulisan, pembacaan, penghasilan karya, kebudayaan dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, kami cadangkan saudara berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan rujuk artikel majalah serta kertas kerja seminar yang berkaitan dengan tajuk berkenaan.

Sastera04.03.2011
Apakah tugas kerja pembinaan sastera?

 

Assalamualaikum,

saudara,

Bidang tugas pembinaan sastera dalam konteks peranan Dewan Bahasa dan Pustaka secara umumnya tertumpu kepada usaha- usaha pembinaan korpus sastera, pembinaan bakat dan kepakaran, pengiktirafan  serta pemasyarakatan sastera untuk memastikan sastera kebangsaan dihayati, dinikmati dan dimanfaatkan di peringkat kebangsaan bahkan di persada antarabangsa.

Pembinaan korpus sastera  melalui penerbitan karya sastera kreatif dan bukan kreatif,  karya asli, terjemahan karya tempatan ke dalam bhasa Inggeris /adaptasi, yang bersifat umum, ilmiah dan rujukan bacaan tambahan untuk semua peringkat khalayak pembaca yang bermutu memenuhi cita rasa khalayak pelbagai kaum/ etnik (prasekolah, kanak-kanak, remaja dan dewasa) seperti cerpen, novel, puisi, drama, dan kosa kata kesusasteraan Melayu moden dan tradisional dan glosari istilah sastera.

Pembinaan bakat dan kepakaran bahkan pengiktirafan termasuklah melalui pelbagai aktiviti seperti  meningkatkan keterampilan  penulis melalui usaha penataran dan pembinaan penulis di peringkat kebangsaan, memberikan bantuan dalam bentuk kepakaran kepada individu atau kumpulan untuk menghasilkan kegiatan sastera atau projrk penulisan yang bermutu tinggi dalam bahasa kebangsaan.   bahkan DBP juga merupakan badan induk yang memberi pengiktirafan, penghargaan dan hadiah yang sesuai kepada sasterawan atau penulis yang  telah memberikan sumbangan yang besar terhadap perkembangan kesusasteraan kebangsaan Malaysia, seperti Anugerah Sastera Negara, Hadiah Sastera Perdana Malaysia bahkan menjadi sekreteriat bagi  peniktirafan dari luar negara. .

Usaha-usaha yang dilaksanakan ini dilipatgandakan lagi dengan usaha menmasyarakatkan sastera supaya sampai kepada khalayak. Pelbagai usaha dilakukan untuk memasyarakatkan sastera secara menyeluruh, termasuklah aktiviti-aktiviti ceramah sastera, seminar, kelab sastera, pementasan teater bagi  menghidupkan  suasana seni sastera dan seni budaya yang dinamik yang dapat mendorong penciptaan karya dan penghayatan seni  dalam kalangan penulis  dan masyarakat seluruhnya melalui wahana sastera.

sekian,

terima kasih.

Sastera16.03.2011

Kembali ke atas