Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.masy.hur.kan] | ممشهورکن

Definisi : 1. sl menyebarkan ke se­rata tempat (berita, peristiwa, ajaran, dll), menyiarkan: cuma sahaja dimasyhurkan khabar demikian supaya jangan orang tahu; 2. membuat supaya menjadi masyhur (ter­kenal, ternama): Persatuan Belia akan me-mentaskan semula drama yg telah ~ nama kampungnya ke serata tanah air; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.masy.hur.kan] | ممشهورکن

Definisi : menyebarkan (menyiarkan) ke merata-rata tempat utk diketahui umum; membuat supaya masyhur; menjadikan masyhur: Kemenangan itu telah ~ nama negara kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memasyhurkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon penjelasan sama ada perkataan "Pemasyhuran" boleh digunakan di dalam majlis-majlis rasmi biasa atau hanya boleh digunakan di dalam majlis melibatkan protokol Istana?Permasyhuran bermaksud perihal memasyhurkan (menyiarkan berita dan lain-lain, contohnya pemasyhuran kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Pemasyhuran bukanlah bahasa diraja dan boleh digunakan dalam konteks umum.Istilah12.10.2012
Bolehkah saya tahu yang mana lebih sesuai dan tepat : Perisytiharan Kemerdekaan Singapura atau Pemasyhuran Kemerdekaan Singapura? Apa perbezaan 'perisytiharan' dan 'pemasyhuran'?Perisytiharan ialah sesuatu yang diisytiharkan atau penryataan, manakala pemasyhuran ialah perbuatan atau hal memasyhurkan; atau perihal menyebarkan atau menyiarkan berita dan sebagainya. Berdasarkan makna yang tersebut, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan, namun ungkapan yang paling tepat ialah Pemasyhuran Kemerdekaan Singapura.Tatabahasa22.07.2015
Unit Pengajian Am Kolej Matrikulasi Johor telah membina satu wahana untuk sumbangan pantun dalam bentuk digital yang dikenali Gerobok Pantun. Pihak amat berbesar hati sekira pihak DBP dapat memberi khidmat nasihat dalam usaha menambah baik usaha pihak kami untuk memasyhurkan pantun pada peringkat nusantara. Pihak kami menyertakan google site usaha kami untuk tujuan komentar pihak DBP. Terima kasih atas keprihatinan yang diberikan pihak DBP https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/gerobok-pantun/homeAssalamualaikum wbt dan salam sejahtera. 

Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengucapkan tahniah dan amat berbesar hati atas sokongan dan komitmen pihak saudara membantu DBP mengembangkan bahasa Melayu dalam pelbagai bentuk dalam usaha menyebarluaskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Gerobok Pantun, sebuah portal yang dibina oleh pihak saudara amat bermanfaat dalam mengembangkan pantun sebagai salah satu pengucapan bahasa yang indah yang dimiliki oleh kita semua.

Semoga usaha dan komitmen ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa. Sekali lagi, DBP mengucapkan tahniah dan syabas atas usaha pihak saudara.

Sekian, terima kasih. 
Sastera08.02.2023

Kembali ke atas