Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.ti.kan] | مماتيکن

Definisi : 1. membunuh: ada kalanya gula juga akan ~ semut; 2. ki menjadikan mati (buntu, luput, tidak berubah, tidak ber­gerak, dll): pengemis itu ~ langkahnya; sete-lah ~ enjin skuternya, dia pun naik ke rumah; 3. (Mat) membahagi sebarang pengatas dan sebarang pembawah dgn angka yg sama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.ti.kan] | مماتيکن

Definisi : 1 membuat supaya mati; membunuh: Racun ini bisa sekali dan dpt ~ sesiapa yg meminumnya. 2 ki menyebabkan mati (tidak bergerak, buntu, bantut dll); menghentikan; menyekat: Dia ~ enjin keretanya lalu turun. 3 membahagi pengatas dan pembawah dgn angka yg sama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mati (kata kerja)
1. Bersinonim dengan meninggal dunia

2. Dalam konteks nabi, rasul,
bersinonim dengan wafat

3. Dalam konteks raja
bersinonim dengan mangkat

4. Dalam konteks gunung berapi
bersinonim dengan pudar
Berantonim dengan hidup

Kata Terbitan : bermati-matian, mati-matian, mematikan, kematian, pemati,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya sedang __ kipas yang berpusing itu. 'mematikan' atau 'memberhentikan', yg manakah lebih sesuai ??Perkataan yang betul ialah memberhentikan mengikut konteks ayat. Walau bagaimanapun, ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah Saya mematikan suis kipas angin tersebut.Tatabahasa23.07.2013
Salam sejahtera. Apakah perbezaan antara memberi dan memberikan, memadam dan memadamkan? terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, memberi 1. menyampaikan (sesuatu) kpd seseorang (utk disimpan, digunakan atau utk sesuatu keperluan): kerani itu ~ saya dua helai borang kosong utk diisi; dia ~ adiknya sebuah buku cerita. Memberikan pula bermaksud 1. menyerahkan sesuatu kpd: ada orang yg sudi ~ sesuap nasi kepadanya; 2. melakukan sesuatu utk (faedah) orang lain: ~ pelajaran; ~ pertolongan; ~ layanan yg istimewa; 3. menyatakan sesuatu kpd orang lain spt yg diperlukan atau dikehendaki: ~ taklimat fatwa; 4. mendatangkan, menghasilkan: makanan yg ~ tenaga; ~ kesan. Istilah yang betul ialah memadamkan, bukan memadam yang bermaksud 1. mematikan (api dll): ~ api; lampu hendak kaupadamkan; 2. meng­hilangkan (perasaan, keinginan, semangat, dll), menenangkan: ~ berahi; ~ sekali segala harapan; 3. meredakan, menenteramkan (kekacauan dll); 4. menghilangkan dahaga; 5. menghilangkan, melenyapkan: angin sejuk itu tidak dapat ~ titik-titik keringat di dahinya; ~ tulisan;  Tatabahasa29.07.2010
Mengapa ayat-ayat yang berikut salah? 1. Ali yang benar bersalah dalam pergaduhan itu. 2. Tanah itu milik Pak Ali yang benar. 3. Fius berfungsi memutuskan elektrik apabila voltan yang mengalir berlebihan dan menyelamatkan peralatan elektrik daripada rosam. 4. Adik sering berlawan cakap kakak apabila kakak memarahinya. 5. Sudah menjadi lumrah kehidupan yang kaya sentiasa dikenang. 6. Menjadi gila anak-anak muda dengan nyanyian lagu artis popular itu. 7. Penyair terkenal itu mendendangkan syair hasil nukilan sasterawan negara.

 
Berikut ayat yang telah dipinda.

1. Ali yang  bersalah dalam pergaduhan itu.
2. Tanah itu sebenarnya milik Pak Ali.
3. Fius berfungsi mematikan aliran elektrik apabila voltan mengalir berlebihan dan menyelamatkan peralatan elektrik daripada rosak.
 4. Adik sering melawan cakap kakak apabila dimarahi.
5. Sudah menjadi lumrah kehidupan, yang kaya sentiasa dipuji.
6. Nyanyian lagu artis popular itu menjadi kegilaan anak-anak muda.
7. Penyair terkenal itu mendeklamasikan syair hasil nukilan sasterawan negara.

Tatabahasa19.07.2013
maksud pengantarabangsaan, mitos, dan lagenda

Takrifan kata pengantarabangsaan, mitos, dan legenda  mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat:

1. Pengantarabangsaan: sesuatu perbuatan (proses) mengantarabangsakan. Contoh ayat; wujudnya peluang ekonomi yang semakin banyak akibat pemba­n­gunan dan pengantarabangsaan.

2.  Mitos: 1. cerita zaman dahulu yg dianggap benar, terutamanya yg mengandungi unsur­-unsur konsep atau kepercayaan tentang se­jarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian-kejadian alam, dsb; 2. cerita tentang seseorang atau sesuatu yg tidak benar atau direka-reka, dongeng; memitoskan 1. menjadikan sesuatu (kisah, cerita dsb) sbg mitos: beliau mematikan watak Raden Kelang dgn ~ bahawa putera raja yg masih muda ini terbunuh di Kampung Keling; 2. mendewa-dewakan seseorang: mereka berjaya juga mengurangkan aspek yg ~ tokoh-tokoh tersebut; kemitosan perihal (keadaan, sifat) mitos: penjelasan yg meyakinkan wujudnya ~sumpahan tersebut; pemitosan perihal memitoskan: ada obsesiutk menemukan akar, nostalgia dan akhir-nya ~ tanah asal yg telah hilang

3. Legenda:1. cerita dongeng yg bersangkutan dgn kisah-kisah yg bersejarah; 2. petunjuk atau kata-kata keterangan tentang sesuatu (spt peta, carta, ilustrasi, dll).

 

 

Makna23.02.2009
Salam saya menghadapi masalah dalam menterjemahkan istilah-istilah Inggeris berikut ke dalam bahasa Melayu. Saya memohon bantuan pihak tuan. 1) the racket, held in a forehand grip, is taken back with a cocked wrist, 2) Forehand Clear Smash Drop Shot, 3) Backhand Drive Net Shot, 3) Underarm Lift Net Shot, 4) Forehand Overhead Clear, 5) The Backhand Net Lunge, 6) The Net Kill, 7) The Drop Shots. Untuk makluman pihak tuan, istilah-istilah tersebut digunapakai dalam sukan Badminton.Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk frasa yang diberikan. Walau bagaimanapun, berikut saya senaraikan istilah yang terdapat dalam Glosari Sukan Badminton terbitan DBP.
1. racket - raket
2. forehand grip - genggam depan
3. forehand smash - smesy depan
4. drop shot - syot junam
5. drive - pukul kencang
6. backhand - kilas
7. net shot - syot jaring
8. underarm - aras siku
9. forehand - depan
10. overhead backhand clear - pukul tedas kepala
11. overhead backhand - pukul kilas kepala
12. net - jaring
13. lunge - gerak maju
14. kill service (to) - mematikan servis
Istilah09.10.2012

Kembali ke atas