Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.ca] | ممباچ

Definisi : 1. memerhatikan isi sesuatu yg tertulis atau tercetak dgn teliti dan memahamkan makna kandungannya: ~ akhbar (buku, novel, surat, dsb); 2. mengucapkan apa yg tertulis atau tercetak pd buku, papan tanda, dsb secara lisan (dgn kuat): ia ~, adik-adiknya mendengar; ~ khutbah berkhutbah; ~ al-Quran mengucapkan ayat-ayat suci al-Quran dgn kuat dan berlagu, mengaji al-Quran; 3. memahamkan makna sesuatu (spt tanda, huruf, dsb) tidak dgn mata tetapi dgn jari-jari: ~ Braille; 4. melihat dan mencatatkan angka yg ditunjukkan pd meter (termometer dsb): ~ meter elektrik; 5. membuat kesimpulan tentang sifat (tujuan, kehendak, dsb) seseorang dgn melihat seseorang secara luaran sahaja: drpd tutur katanya, saya dapat ~ hati budinya; ~ isi hati seseorang; bagaimana British ~ sikap orang Melayu sebelum Malayan Union? 6. mengucapkan baris-baris sajak dgn penuh perasaan di hadapan penonton, mendeklamasi: ~ sajak; 7. meneliti garis-garis pd tapak tangan utk meramalkan nasib seseorang: dia pandai ~ tapak tangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.ca] | ممباچ

Definisi : 1 membunyikan huruf-huruf yg ditulis; melihat dan memahami apa-apa yg tertulis: Ibu saya sedang ~ Quran. 2 menyebut atau melafazkan sesuatu perkataan atau ayat yg telah dihafaz: Sebelum kami makan, ayah akan ~ doa terlebih dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membaca

Puisi
 

Pucuk mengkira di dalam dulang,
     Serak dagang bertali-tali;
Murai membaca turunlah pulang,
     Balik abang sekali lagi.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
a) Ali rajin membaca buku. b) Ali membaca buku dengan rajin. c) Ali malas membaca buku. d) Ali membaca buku dengan malas. e) Ali membaca buku dengan kuat. mohon pandangan tuan, ayat yang mana mematuhi hukum tatabahasa.

Ayat: Ali rajin membaca buku; Ali malas membaca buku; dan Ali membaca buku dengan kuat adalah betul. Ayat pertama dan kedua adalah betul kerana rajin dan malas itu adalah sifat kepada pelaku (Ali); manakala ayat ketiga menunjukkan cara perbuatan itu (membaca dengan kuat) dilakukan. Ayat: Ali membaca buku dengan rajin dan Ali membaca buku dengan malas adalah salah kerana rajin dan malas tidak boleh menjadi cara sesuatu itu (membaca) dilakukan. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 280. 

 

Tatabahasa23.02.2011
saya Afeeyah belajar bahasa melayu ingin pertanya, buku kemahiran membaca sejara betul. terima kasihBagi meningkatkan kemahiran membaca, puan perlu membaca banyak bahan ilmiah . Puan juga boleh merujuk  buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman. Selain itu, puan juga boleh merujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu, terbitan DBP; Mengajar Membaca - Teori dan Aplikasi Panduan Meningkatkan Kemahiran Mengajar Membaca, tulisan Yahyah Othman; dan Motivasi dan Kaedah Membaca, tulisan Zaini Ujang terbitan Nurin Entreprise.Tatabahasa24.10.2013
Yang manakah ialah ayat songsang bagi ayat di bawah? Ali sedang membaca buku di dalam bilik. A) Sedang membaca buku di dalam bilik Ali B) Di dalam bilik sedang membaca buku Ali C) Di dalam bilik Ali sedang membaca buku. Sila sertakan penerangan. Terima kasih.A) Sedang membaca buku di dalam bilik Ali - seluruh predikat di bawa ke hadapan (sedang membaca buku di dalam bilik) mendahului subjek (Ali). Untuk maklumat lanjut lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 479.Tatabahasa31.10.2011
Adakah ayat berikut betul? 1. Ali sedang duduk sambil membaca buku di atas sofa. 2. Ali sedang membaca buku sambil duduk di atas sofa. 3. Ali sedang menunggu di perhentian bas sambil membaca buku cerita. Terima kasih. 1. Ali sedang duduk sambil membaca buku di atas sofa. 2. Ali sedang membaca buku sambil duduk di atas sofa. 3. Ali sedang menunggu di perhentian bas sambil membaca buku cerita. Ketiga-tiga ayat tersebut betul - sedang ialah kata bantu aspek yang menimbulkan suasana perbezaan masa dan tidak menekankan perbuatan mana yang hendak didahulukan.Tatabahasa07.05.2010
apakah maksud sudah duduk baru berlunjur? adakah predikat dalam 'Membaca kegemaran yang membaca faedah.' ialah frasa nama? Deretan pasu bunga dan tompokan rumput yang terdapat di pekarangan rumah... apakah kata/penjodoh bilangan yang sesuai utk menggantikan tompokan rumput?Peribahasa yang betul ialah "Belum duduk berlunjur dulu". Maksudnya belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati lebih dulu. (Biasa juga: Belum duduk telah berlunjur atau sudah mengunjur atau hendak berlunjur). Ayat yang saudara berikan tidak jelas (Membaca kegemaran yang membaca faedah). Cadangan perkataan yang sesuai untuk menggantikan tompokan rumput ialah jenis.Tatabahasa23.06.2010
Bagaimana ingin membantu murid sekolah rendah (yang tidak tahu membaca) supaya dapat membaca dengan lebih baik lagi selain daripada program pemulihan?

Untuk membantu saudara menyelesaikan persoalan tersebut, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun, dan saudara boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan. Di bawah merupakan hasil carian menggunakan KAWAT DBP. Diiharap buku-buku rujukan tersebut dapat menyelesaikan persoalan saudara.

 JUDULPENGARANGPENERBITTAHUN TERBITNO KELAS 
Mengajar Membaca - Teori Dan Aplikasi Panduan Meningkatkan Kemahiran Mengajar MembacaYahya Othman  2004428.407 YahTerperinci
Motivasi dan Kaedah MembacaZaini UjangNurin Enterprise1993175.8 ZaiTerperinci
Pembangunan perisian kaedah membaca bermultimediaAmran JonedUKM Bangi2002TE 005.1 AmrTerperinci

 

Lain-lain13.04.2009
Selamat sejahtera. (A) Bagaimanakah kita membezakan penggunaan 'secara' dan 'dengan'? Ayat yang mana satukah betul? 1. Saya membaca buku dengan senyap di dalam perpustakaan. 2. Saya membaca buku di dalam perpustakaan dengan senyap. 3. Saya membaca buku secara senyap di dalam perpustakaan. 4. Saya membaca buku di dalam perpustakaan secara senyap. (B) Bagaimanakah membezakan penggunaan 'supaya' dan 'untuk'? (C) Adakah 'ai' yang terdapat dalam perkataan 'pacaindera' ialah diftong dan harus disebut pa+cain+de+ra? (D) Ayat yang mana satukah betul? 1. Saya beratur sebelum menaiki bas. 2. Saya beratur untuk menaiki bas. Terima kasih.1. Melihat kepada aspek makna, perkataan secara bermaksud cara membuat sesuatu, manakala dengan bermaksud kata yang digunakan untuk menunjukkan cara sesuatu itu dilakukan. Berdasarkan makna tersebut ayat yang betul ialah "Saya membaca buku secara senyap di dalam perpustakaan" dan "Saya membaca buku dengan senyap di dalam perpustakaan".
2. Supaya bermaksud agar atau hendaknya, manakala kata sendi nama untuk digunakan di hadapan kata nama/frasa nama untuk menunjukkan kegunaan sesuatu.  
3. Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi. Huruf a dan i dalam perkataan pancaindera bukan dalam suku kata yang sama.
Tatabahasa01.05.2012
Assalamualaikum. Penggunaan % dalam penulisan: Mana satu yang betul? 1. Hanya 5% sahaja rakyat kita yang membaca 2. Hanya 5 peratus sahaja rakyat kita yang membaca 3. Hanya 5% peratus sahaja rakyat Malaysia yang membaca 4. Hanya 5% (peratus) sahaja rakyat Malaysia yang membaca Terima kasih.Dalam teks tersebut, simbol dan angka hendaklah dieja.Tatabahasa17.07.2010
saya ber nama Afeeyah ingin bertanya buku kemahiran membaca.terimakasih atas pertanyaanBerikut antara buku yang boleh dirujuk;

Judul Penerbit Keluaran Tahun Terbit ISBN Mengajar Membaca - Teori Dan Aplikasi Panduan Meningkatkan Kemahiran Mengajar Membaca Tiada Tiada 2004 983-192-111-9 Panduan mengajar kemahiran membaca Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) Tiada 1994983-62-3968-5
Tatabahasa07.11.2013
Masalah membaca di kalangan murid dan cara menanganiPada dasarnya,  Khidmat Nasihat DBP  (KNDBP) membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa. KNDBP juga turut melayan pertanyaan yang berkaitan dengan aktiviti sastera, penerbitan dan korporat. Walau bagaimanapun, terdapat juga sebilangan besar pelajar daripada IPT menghantar soalan yang berbentuk tugasan untuk dijawab oleh petugas KNDBP. Untuk makluman sdr. soalan yang berbentuk tugasan di luar skop perkhidmatan ini. Bagi membantu saudara  menyelesaikan tugasan ini, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana perpustakaan yang berhampiran untuk mencari bahan kajian dan rujukan.Lain-lain18.04.2013
12345678910...

Kembali ke atas