Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.ca.kan] | ڤمباچ

Definisi : membaca utk: ia ~ anaknya cerita-cerita dongeng; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.ca.kan] | ڤمباچ

Definisi : membaca utk: Ibu ~ adik cerita sebelum tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membacakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat dibawah ayat yang gramatis i) Pengawai itu memperbetulkan borang permohonan saya ii) Jamal membacakan sebuah buku cerita untuk anak-anaknya iii) Samad mencarikan ibunya sebuah rumah sewa baharu iv) Nenek membelikan adik sepasang baju kurung

Ayat yang betul ialah:

i) Pegawai itu memperbetul borang permohonan saya.

ii) Jamal membacakan sebuah buku cerita untuk anak-anaknya

iii) Samad mencarikan sebuah rumah sewa baharu untuk ibunya

iv) Nenek membelikan sepasang baju kurung untuk adik

Tatabahasa01.07.2011
Salam sejahtera Bagaimanakah pasifkan ayat berikut? Saya membacakan adik buku cerita. Adakah pasif bagi ayat ini ialah: Adik saya bacakan buku cerita.Bentuk pasif bagi ayat tersebut ialah buku cerita itu sudah saya bacakan adik.Tatabahasa16.07.2012
Quran atau al-Quran. Ayat: (1) Dia membeli sebuah Quran. (2) Dia membacakan ayat Quran sebagai dalil. (3) Dia menganggap saya sebagai Quran buruk. Yang manakah lebih tepat: Quran atau al-Quran?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kedua-dua istilah ini boleh diterima pakai.

Istilah29.12.2009
Selamat sejahtera. Adakah ayat berikut betul: Murid-murid berikrar Rukun Negara semasa perhimpunan. terima kasih.Ayat yang betul ialah Murid-murid membacakan ikrar Rukun Negara semasa perhimpunan.Tatabahasa05.06.2012
Apakah bentuk AYAT PASIF SONGSANG bagi ayat-ayat aktif yang berikut: 1. Ali menghadiahi Ahmad sebuah basikal. 2. Ali membelikan Ahmad sebuah buku. 3. Ali menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad. 4. Ali membeli sebuah buku untuk Ahmad. 5. Saya membacakan ibu surat. 6. Saya menghadiahi sebuah basikal.ayat songsang merupakan ayat yang susunannya berlawanan dengan susunan ayat biasa, iaitu predikat mendahului subjek. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat berkaitan ayat songsang ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu terbitan DBP.Lain-lain11.12.2007
Kemusyikilan 1: Kamus Pelajar: menambahkan asid pd bes. Penerangan DBP: menambah gula dalam air kopi. Kamus Pelajar: menambah bilangan penuntutnya Penerangan DBP: menambahkan produktiviti Persoalannya, yang manakah yang betul? Kemusykilan 2: Mempertambah bermaksud memperbanyak, memperbesar, memperluas Persoalannya, kalau kata "tambah" bukan kata adjektif, apakah jenis golongan kata? Dan, bolehkah 'tambah' menerima awalan rangkap memper-, dan adakah kata adjektif "banyak", "lebar" dan "luas" mengungkapkan maksud "tambah"? Kemusykilan 3: Tatabahasa Dewan: ... membaca karangan yang terbaik kepada murid-muridnya. membacakan = membaca sst untuk sso. mengambilkan = mengambil sst untuk sso. Mengapakah Tatabahasa Dewan menggunakan kata sendi "kepada" dalam ayat tersebut? Kemusykilan 4: Pertanyaan kewujudan kata nama terbitan "pelibatan" dan "pelihatan" belum dijawab lagi. Sekian.

1. Tidak nampak perbezaan yang nyata (hampir sama) antara makna menambah dan menambahkan. Oleh itu ayat menambahkan asid pd bes, menambah gula dalam air kopi, menambahkan produktiviti, semuanya betul. 2. Tambah ialah Kata Kerja, mempertambah bermaksud memperbanyak, memperbesar, memperluas. Walau bagaimanapun dalam entri banyak, lebar, luas tidak mengungkapkan maksud tambah. Kata tambah boleh menerima awalan memper... untuk membentuk kata terbitan mempertambah. 3. Ayat, membaca karangan yang terbaik kepada murid-muridnya, betul dan kata sendi nama kepada hadir di hadapan kata nama/frasa nama yang menjadi sasaran. 4. Kata terbitan pelibatan/penglibatan dan pelihatan/penglihatan wujud dan membawa makna yang sama antara kedua-duanya. Walaupun melibatkan - pelibatan, melihat - pelihatan, berdasarkan korpus penglibatan dan penglihatan banyak digunakan dan sama situasinya dengan pelibatan dan pelihatan. Sekian.

Tatabahasa19.07.2008
Kebanyakan penutur BM, termasuk pembaca berita sering tersilap menggunakan kata UNTUK bagi menggantikan perkataan SELAMA; Contoh Kursus itu diadakan untuk dua minggu, sedangkan sepatutnya; Kursus itu diadakan selama dua hari. Dalam hal ini, saya sering tertanya-tanya, adalah para pembaca berita ini bercakap secara spontan atau ada skrip. Satu lagi stesen radio sering menggunakan kata kerja yang tak gramatis kerana tidak membubuh imbuhan me...i, me.....kan. Apakah pandangan pihah DBP dalam hal ini?Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Pembaca berita membacakan berita berpandukan skrip yang disediakan. Sepatutnya berita tersebut dihasilkan dalam bahasa yang betul dan disampaikan dengan bahasa dan cara yang betul termasuklah dari aspek sebutan dan jeda antara satu berita dengan berita yang lain. Tatabahasa10.04.2012

Kembali ke atas