APAKAH KESAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU KLASIK | Kesannya terpulang kepada tujuan saudara menggunakan bahasa Melayu klasik itu. Adakah tujuan penggunaan itu untuk tujuan kajian... Siapakah khalayak sasaran yang akan membacanya... dari situ saudara akan dapat membuat kesimpulan kesan penggunaan bahasa Melayu klasik tersebut. Sekiranya saudara maksudkan kesannya pada zaman klasik juga, saudara perlu merujuk buku-buku yang berkaitan dengannya supaya lebih jelas. | Lain-lain | 29.07.2009 |
Salam Sejahtera, Kami sedang dalam proses menghasilkan sebuah buku cerita yang mengumpulkan cerita-cerita daripada beberapa pelajar di sekolah PINTAR. Cerita-cerita dalam buku tersebut merupakan olahan pengalaman yang pernah dilalui oleh pelajar atau cerita teladan bertujuan untuk memberi inspirasi kepada para pelajar lain yang membacanya. Sasaran golongan pembaca adalah kanak-kanak dan remaja berusia 9-15 tahun. Kami bercadang untuk menerbitkan dua versi bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dan telah melantik dua orang pengarang untuk tujuan tersebut. Walaubagaimanapun, kami tidak mempunyai penasihat bahasa bagi cerita yang diolah dalam bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, kami ingin mendapatkan khidmat semakan bahasa daripada DBP untuk menyemak cerita yang telah dikarang bagi memastikan tatabahasa dan olahan cerita digarap dengan baik agar objektif untuk memberi inspirasi kepada pembaca tercapai. Jadi boleh kami tahu dengan siapa kami boleh berhubung untuk perkara ini dan apakah langkah yang harus kami lakukan dalam mendapatkan khidmat semak bahasa oleh DBP. Kami boleh menghantar cerita contoh untuk dijadikan rujukan pihak DBP. | Khidmat nasihat bahasa tidak menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen melebihi 100 patah perkataan. Walau bagaimanapun DBP boleh membantu saudara mengenal pasti pegawai yang boleh melaksanakan tugasan tersebut di luar waktu pejabat. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Puteri Aishah melalui e-mel aishah3@dbp.gov.my. | Lain-lain | 20.07.2012 |
Nurul Syuhada SAT 22:57 Nurul Syuhada Nurul Assalamualaikum, terima kasih kerana membaca mesej saya ini. Tujuan saya menulis ini adalah ingin mencari 2 buah buku terbitan DBP yang telah saya baca di zaman persekolahan saya dulu. Antologi cerpen itu begitu dekat dengan hati saya, dan kini, saya sangat rindu utk membacanya lagi. Saya amat berharap agar DBP dapat mempertemukan saya dengan buku berikut: 1. Antologi cerpen bertajuk Musim Penyesuaian 2. Antologi Cerpen Hawa. Saya amat berharap agar dapat membaca karya ini lagi. Terima kasih atas perhatian. | Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my. Terima kasih | Lain-lain | 01.10.2016 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tuan, Bagaimana caranya untuk membeli buku DBP Totto Chan Gadis Kecil di Jendela? Merujuk kepada perkara di atas, besarlah harapan saya untuk dapat membeli semula naskhah buku karangan Tetsuka Kuroyanagi yang telah dialih bahasa ke Bahasa Melayu oleh pihak DBP seperti gambar foto yang dilampirkan. Ini berikutan buku tersebut yang pernah saya baca sewaktu kecil dulu telah hilang dalam simpanan dan saya amat sayang pada buku itu. Berulang kali membacanya tetap tidak jemu. untuk makluman pihak Tuan, saya telah lama berusaha mencari naskah buku alihbahasa dalam Bahasa Melayu tersebut untuk dibeli, namun masih gagal hingga kini. Buku alih bahasa Bahasa Melayu tersebut sangat indah susunan tulisannya membuatkan rasa berkesan dalam jiwa dan mencetus imaginasi cerita yang menarik dalam fikiran. Justeru itu, mohon pihak tuan untuk memaklumkan untuk saya dapat membelinya semula naskhah yang telah dialih bahasa dalam Bahasa Melayu yang sangat bagus tersebut. Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan amat dihargai. Sekian, terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Saya yang menjalankan amanah, Rosewati Binti Mohd Yusuff | Salam sejahtera. Buku Totto Chan Gadis Kecil di Jendela Hasil semakan dalam sistem https://dbpniaga.my/. Judul tersebut tiada dalam stok. Ini kerana buku ini merupakan buku lama dan setakat ini tidak dicetak lagi. Kami mohon maaf atas kesulitan untuk mendapatkan buku tersebut. Walau bagaimanapun, hasil semakan dalam sistem http://pustakav2.dbp.gov.my/. Judul tersebut ada dalam simpanan Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Memandangkan sekarang ini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekiranya puan ingin membaca semula buku tersebut, bolehlah berurusan dengan Pustakawan DBP seperti maklumat yang berikut: a. Dr. Wan Khairoslinda Wan Khairi: linda@dbp.gov .my b. Mohd Salman bin Zainol : salman@dbp.gov.my. Terima kasih atas keprihatinan dan Kerjasama. | Lain-lain | 05.08.2021 |
Apakah ciri-ciri cerpen yang baik dan syarat-syarat membina cerpen | Cerpen ialah singkatan daripada perkataan cerita + pendek = cerpen. Secara umum, sebuah cerita pendek yang baik mesti mempunyai enam elemen berikut, iaitu pemikiran, watak, plot, sudut pandangan, latar, dan gaya bahasa. Berkaitan dengan sayarat membina cerpen yang baik ialah cerita tersebut mesti memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran dan perasaan pembaca setelah selesai membacanya. Sila rujuk buku-buku tentang panduan penulisan kreatif untuk mengetahui lebih lanjut tentang soalan saudara/saudari. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 06.02.2009 |
1. Kita mesti mengamalkan amalan suka membaca supaya masyarakat yang berilmu tidak menjadi fata morgana. Penggunaan perkataan fata morgana betul dalam konteks ayat tersebut? Yang mana betul ? 2. a. dalam era globalisasi atau b. pada era globalisasi 3. a. dalam mendepani arus globalisasi atau b. dalam menghadapi arus globalisasi | Sdr. Ming Hui, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. mengikut kamus dewan fata morgana ialah sesuatu yg bersifat khayalan . Jadi dalam ayat yang diberikan adalah lebih baik dijelaskan maknanya daripada membiarkan orng yang membacanya tercari-cari akan maknanya. Ayat yang diberikan ini lebih baik ditulis begini. (Kita mesti mengamalkan amalan suka membaca supaya masyarakat yang berilmu tidak menjadi fata morgana). Kita hendaklah mengamalkan sikap suka membaca supaya masyarakat kita menjadi masyarakat yang berilmu dan tidak selalu suka berkhayal sahaja. | Makna | 24.02.2009 |
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Boleh saya tahu siapakah pembaca sasaran secara terperinci bagi buku: a) Pelita Bahasa Melayu Penggal I-III oleh Zainal Abidin Ahmad penerbitan tahun 2000 dan b) Practical Malay Grammar oleh Shellabear tahun 1904. Hal ini dalam membantu penulisan sebagai pelajar Universiti Sains Malaysia Harap pihak tuan/puan dapat membantu saya, sekian terima kasih | Salam tuan, Sasaran pembaca Golongan sasar pembaca bagi kedua-dua buku tersebut ialah golongan pencinta bahasa. Namun begitu, sesiapa yang berminat untuk mendalami aspek bahasa dan linguistik boleh membacanya untuk menambahkan ilmu. Sekiranya pihak tuan ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung dengan kajian tersebut, bolehlah mendapatkan bahan rujukan daripada Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), melalui sistem Katalog awam dalam talian (KAWAT) atau melalui laman web: http://pustakav2.dbp.gov.my/ Pegawai Pustakawan yang boleh dirujuk: a. Dr. Wan Khairoslinda Wan Khairi: linda@dbp.gov .my b. Mohd Salman bin Zainol : salman@dbp.gov.my. Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama. | Lain-lain | 03.01.2022 |
salam 1 Malaysia, soalan saya, adakah saya perlu untuk meletakkan tanda koma selepas perkataan (ini bermakna dan manakala) bagi ayat berikut: Ini bermakna, responden guru yang mengajar di SR, SM dan responden guru yang mempunyai ikhtisas SP, DP, dan SMP menunjukkan tahap persetujuan yang setara terhadap tanggungan tugas tersebut. Manakala, dalam angkubah pengalaman mengajar, menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap persetujuan guru dalam tanggungan Tugas pengurusan sekolah. terima kasih | Ini bermakna responden guru yang mengajar di SR, SM dan responden guru yang mempunyai ikhtisas SP, DP, dan SMP menunjukkan tahap persetujuan yang setara terhadap tanggungan tugas tersebut. Manakala dalam angkubah pengalaman mengajar, menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap persetujuan guru dalam tanggungan Tugas pengurusan sekolah. Tidak perlu tanda koma selepas kedua-dua perkataan tersebut, walau ada jeda (berhenti sebentar) sewaktu kita membacanya. | Tatabahasa | 07.08.2015 |
salam..saya ingin bertanya,buku salina tidak diterbitkan lagi ke?sebab sudah lama saya mencari buku tersebut tapi masih tidak dapat.. 2)DPT patut wujudkan sistem kad keahlian kepada pelanggan DBP..dengan kad keahlian tersebut,DBP boleh buat jualan murah secara berperingkat sepertimana yang dibuat seperti pasaraya-pasaraya dan kedai-kedai buku yang lain..dengan adanya kad keahlian dan potongan harga untuk ahli,saya pasti minat membaca rakyat Malaysia semakin bertambah.. 3)tuliskan bilangan muka surat utk setiap buku yang dijual secara online sebab kalau tidak ditulis,agak sukar untuk mengagak ketebalan sesebuah karya.. diharapkan pihak DBP akan mempertimbang cadangan saya ini.. sekian,terima kasih... | Terima kasih kerana menggunakan talian khidmat bahasa DBP. 1) Untuk pengetahuan saudara buku Salina belum ada diterbitkan untuk edisi baru. Untuk membacanya saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu dan menjadi ahli RAKAN DEWAN. 2) Saudara boleh menjadi ahli RAKAN DEWAN dengan datang ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP. Dengan keahlian ini secara automatik saudara akan dapat menggunakan kemudahan rujukan, penyelidikan dan pinjaman di Pusat Dokumentasi Melayu. Disamping itu dengan kad keahlian Rakan Dewan saudara akan menikmati diskaun sehinghga 25 peratus yang ditawarkan di mana-mana kedai Galeri Ilmu DBP di ibu pejabat, pejabat cawangan dan wilayah. 3) Jika saudara merujuk ke KATALOG AWAM ATAS TALIAN melalui sistem Pustaka, apabila saudara klik pada ikon TERPERINCI maka segala maklumat mengenai buku tersebut akan dipaparkan. Saiz buku, ketebalan buku dan lain-lain lagi. Selamat Mencuba | Lain-lain | 03.12.2009 |
konsep pembelajaran | Assalamualaikum Secara amnya pembelajaran adalah proses memahami sesuatu yang sebelumnya kita tidak tahu atau faham. Contohnya (i) Sebelum belajar kita tidak tahu (faham), tetapi bila telah belajar kita tahu (faham). (ii) Sebelum belajar kita tidak boleh buat sesuatu tetapi setelah belajar kita boleh buat. Jika perkara (i) dan (ii) di atas berlaku maka proses pembelajaran telah berlaku. Jika sebaliknya iaitu, (iii) Sebelum belajar kita tak tahu (faham), tetapi selepas belajar kita tmasih ak tahu (faham). (iV) Sebelum belajar kita tak boleh buat sesuatu tetapi setelah belajar kita tetap tidak boleh buat Jika perkara (iii) dan (iv) terjadi maka proses pembelajaran tidak berlaku. Yang saya huraikan di atas adalah konsep asas pembelajaran. Proses pembelajaran terjadi kepada setiap individu lebih kompleks lagi. Ia melibatkan proses kognitif, proses berfikir. Saudara bolehlah merujuk buku-buku pendidikan yang ada membincangkan konsep pembelajaran. Empat teori Pembelajaran seperti (i) Behaviourist (ii) Humanist (iii) Kognitivist (iii) Konstructivist Harap cari artikel ini dan baca dengan faham daripada tidak faham sebelum ini menjadi faham selepas membacanya supaya proses pembelajaran berlaku. Jika setelah membaca perkara tersebut masih lagi tidak faham maka proses pembelajaran belum lagi berlaku. Pastikan proses pembelajaran berlaku iaitu dengan membaca beberapa artikel atau buku sehingga faham. | Lain-lain | 28.03.2010 |