Salam, saya ingin bertanyakan tentang ayat "membaharui" insurans atau "memperbaharui" insurans, atau adakah ia dipanggil "pembaharuan" insurans. Terima Kasih | Kedua-duanya betul, lazimnya digunakan membaharui lessen, iaitu menjadikannya baharu. | Tatabahasa | 09.06.2015 |
saya ingin bertanya mengenai penggunaan bahasa yang betul untuk "memperbaharui" atau "membaharui". ayat penuhnya ialah untuk tajuk laras bahasa undang-undang iaitu "memperbaharui lesen". ia adalah terjemahan dari perkataan "renewal of licence". terima kasih atas bantuan yang diberikan. | Yang betul ialah memperbaharui lesen. | Tatabahasa | 19.02.2014 |
Apakah bezanya antara maksud perkataan 'BARU' dengan 'BAHARU" . Berikan cara mudah untuk memahaminya. | Menurut Kamus Dewan, baharu atau baru bermaksud membaharui, memperbaharui, membaiki semula (melakukan sesuatu, mengubah, dll). Bagi menjawab pertanyaan saudara, "baru" kebiasaannya merujuk kepada masa, bagi membantu, dalam bahasa Inggeris, kata "just" digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contoh ayatnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata "baharu" pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa inggerisnya, "new" , termasuk digunakan untuk barang-barang. Contoh , Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. | Makna | 02.07.2009 |
apakah perbezaan antara "baru? dengan "baharu"? | Menurut Kamus Dewan, baharu atau baru mempunyai maksud yang sama iaitu membaharui, membaiki semula (melakukan sesuatu, mengubah, dll). Namun, dalam penggunaannya terdapat perbezaan, baru kebiasaannya merujuk kepada masa, bagi membantu, dalam bahasa Inggeris, kata "just" digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contoh ayatnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata baharu pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa inggerisnya, "new" , termasuk digunakan untuk barang-barang. Contoh ayatnya, Ali membeli baju baharu. | Makna | 30.01.2010 |
Saya ingin mendapatkan kepastian mengenai penggunaan perkataan "baharu". Adakah perkataan baharu adalah sama makna dengan baru? | Menurut Kamus Dewan, baharu atau baru bermaksud membaharui, memperbaharui, membaiki semula (melakukan sesuatu, mengubah, dll). Bagi menjawab pertanyaan saudara, "baru" kebiasaannya merujuk kepada masa, bagi membantu, dalam bahasa Inggeris, kata "just" digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contoh ayatnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata "baharu" pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa inggerisnya, "new" , termasuk digunakan untuk barang-barang. Contoh , Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. | Makna | 24.04.2009 |
Slm. Apakah perbezaan dalam penggunaan perkataan "baru" dan "baharu'. Jika terdapat perbezaan, bolehkah saudara berikan contoh ayatnya? | Menurut Kamus Dewan, baharu atau baru bermaksud membaharui, memperbaharui, membaiki semula (melakukan sesuatu, mengubah, dll). Bagi menjawab pertanyaan saudara, "baru" kebiasaannya merujuk kepada masa, bagi membantu, dalam bahasa Inggeris, kata "just" digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contoh ayatnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata "baharu" pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa inggerisnya, "new" , termasuk digunakan untuk barang-barang. Contoh , Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. | Lain-lain | 29.05.2010 |
Perbezaan diantara perkataan 'baru' dengan 'baharu' | Kata "baru" dan "baharu" dianggap sebagai varian dalam bahasa Melayu. Menurut Kamus Dewan, baharu atau baru bermaksud membaharui, memperbaharui, membaiki semula (melakukan sesuatu, mengubah, dll). Bagi menjawab pertanyaan saudara, "baru" kebiasaannya merujuk kepada masa, bagi membantu, dalam bahasa Inggeris, kata "just" digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contoh ayatnya, "Dia baru tiba dari Kuala Lumpur". Kata "baharu" pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa inggerisnya, "new", termasuk digunakan untuk barang-barang. Contoh, "Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu". Walau bagaimanpun tidak salah juga kita menyebut "Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baru". | Tatabahasa | 23.08.2011 |
baru dan baharu.Yang manakah digunakan untuk menunjukkan masa? | Baru dan baharu boleh digunakan, namun penggunaannya mengikut konteks ayat. Menurut Kamus Dewan, baharu atau baru bermaksud membaharui, memperbaharui, membaiki semula (melakukan sesuatu, mengubah, dll). "baru" kebiasaannya merujuk kepada masa, bagi membantu, dalam bahasa Inggeris, kata "just" digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contoh ayatnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata "baharu" pula merujuk kepada sesuatu yang baru, 'new', contoh : Ali membeli baju baharu. | Lain-lain | 24.07.2010 |
Adakah perkataan "baru" masih boleh digunakan untuk merujuk benda atau perkara yang tidak lama. Saya keliru penggunaan perkataan "baharu" dalam media massa. | Menurut Kamus Dewan, baharu atau baru bermaksud membaharui, memperbaharui, membaiki semula (melakukan sesuatu, mengubah, dll). Bagi menjawab pertanyaan saudara, "baru" kebiasaannya merujuk kepada masa, bagi membantu, dalam bahasa Inggeris, kata "just" digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contoh ayatnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata "baharu" pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa inggerisnya, "new" , termasuk digunakan untuk barang-barang. Contoh , Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. | Tatabahasa | 23.01.2011 |
perbezaan penggunaan baharu dan baru? | Kata baru sama maksudnya dengan baharu. Menurut Kamus Dewan, baharu atau baru bermaksud membaharui, memperbaharui, membaiki semula (melakukan sesuatu, mengubah dll). Bagi menjawab pertanyaan saudara, baru kebiasaannya merujuk kepada masa. Bagi membantu saudara memahaminya, dalam bahasa Inggeris kata just digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contohnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata baharu pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa Inggeris ialah new, contohnya, buku baharu dan kereta baharu. | Tatabahasa | 07.01.2012 |