Penduduk-penduduk kampung bekerjasama membaiki bumbung. Bolehkah ' bumbung' menggunakan kata kerja'membaiki'? Terima kasih. | Penduduk-penduduk kampung bekerjasama membaiki bumbung. Ayat ini betul, bumbung menjadi objek kepada kerja membaiki. | Tatabahasa | 14.08.2014 |
Membaiki pavemen yang berlubang berukuran melebihi 25 mm dalam x 200 mm lebar dari arah mana pun di atas permukaan jalan yang berturap ditampal dengan sempurna. Repair when pothole exceeds 25 mm deep x 200 mm wide in any direction from edge of edge of pavement. | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.07.2020 |
susunkan ayat di bawah membaiki Mekanik itu kereta sedang. ayat manakah yang lebih tepat? terima kasih. 1. Mekanik sedang membaiki kereta itu. 2. Mekanik itu sedang membaiki kereta. | Ayat yang betul ialah Mekanik itu sedang membaiki kereta. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.03.2014 |
Penduduk kampung bekerjasama membaiki bumbung rumah Pak Cik Ahmad. Adakah frasa kerja membaiki bumbung betul? Terima kasih. | Frasa "membaiki bumbung" betul dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 14.08.2014 |
Dalam usaha untuk membaiki taraf hidup pekerja , sama ada di sektor awam atau swasta , kemampuan majikan sahaja tidak memadai. Dalam usaha untuk membaiki taraf hidup pekerja , sama ada di sektor awam atau DI SEKTOR swasta , kemampuan majikan sahaja tidak memadai. MUNSYI, MANAKAH SATU AYAT LEBIH SESUAI? tk | Dalam usaha untuk membaiki taraf hidup pekerja , sama ada di sektor awam atau di sektor swasta , kemampuan majikan sahaja tidak memadai. | Tatabahasa | 11.04.2012 |
Ayah mempunyai_______ membaiki motosikal yg rosak. A. Kebolehan B. Kepintaran C. Kepakaran D. Kecekapan Bg jwpan sat... | Jawapan yang lebih tepat ialah A. kebolehan . Jawapan "kepakaran" tidak sesuai kerana seseorang yang pakar mestilah mempunyai ilmu dalam bidang tersebut dan memiliki sijil pentauliahan. | Tatabahasa | 17.10.2015 |
Ayah mempunyai_______ membaiki motosikal yg rosak. A. Kebolehan B. Kepintaran C. Kepakaran D. Kecekapan Saya ingin kepastian jawapan beserta alasan. Sy pilih C. | Jawapan yang lebih tepat ialah A. kebolehan . Jawapan c. kepakaran tidak sesuai kerana seseorang yang pakar mestilah mempunyai ilmu dalam bidang tersebut dan memiliki sijil pentauliahan. | Tatabahasa | 17.10.2015 |
Menjual dan membaiki barangan elektrikal | Menjual dan membaiki barangan elektrik | Lain-lain | 02.08.2008 |
Sila menterjemahkan ke dalam bahasa Jawi PUSAT MEMBAIKI KERETA | Ejaan jawi bagi PUSAT MEMBAIKI KERETA ialah ڤوست ممباءيقي کريتا | Ejaan | 10.12.2019 |
sebelum ini, pada bulan october saya ada membuat pemohonan untuk main signboard dengan mengunakan "Kedai membaiki telefon", di masa itu Pihak Bahasa dan Pustaka Malaysia menyatakan lulus. Pada masa ini, saya ingin memohon untuk kelulusan side board dengan mengunakan"Kedai membaiki telefon" akan tetapi pemohonon tidak lulus dan harus mengunakan "Perkhidmatan membaiki telefon". Oleh kerana itu, saya ingin bertanya; mengapa permohonon kedua untuk side board tidak diluluskan dimana permohonan pertama diluluskan. No. kelulusan signboard pertama: DBP/KPB/201609/11906 Lampiran fail ialah untuk pemohonan side board. Berharap saya akan mendapatkan maklum balas pihak DBP secepat mungkin. Terima kasih. | Mohon pihak tuan menghantar semula tersebut dan membuat pembetulan pada iklan iaitu 1. Tukar kepada NO. LESEN MPSJ: xxxxx 2. Dimiliki oleh: xxxx (tukar oleh kepada huruf kecil) Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai kami melalui talian 03-2147 9691/9400 (Puan Rohayu) | Istilah | 10.03.2017 |