Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.ja/] | ممباجق

Definisi : merompak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.ja/] | ممباجق

Definisi : menggemburkan tanah dgn bajak, menenggala, meluku: ~ sawah; ~ balas membajak utk kali yg kedua, pugar kedua; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.ja/] | ممباجق

Definisi : menggemburkan tanah dgn bajak; menenggala: Abang sedang ~ sawah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membajak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya ada pertanyaan mengenai istilah yang tepat untuk digunakan dalam bidang pertanian. Istilah yang mana yang tepat digunakan antara ini: alat membajak, alatan membajak, alat pembajakan, alatan pembajakan, alat pembajak, alatan pembajak? Terima kasih.Untuk makluman, membajak bermaksud menggemburkan tanah dengan bajak, menenggala atau meluku. Pembajakan merupakan perbuatan membajak atau penenggalaan. Pembajak pula bermaksud alat untuk membajak atau tenggala. Manakala, alat dan alatan membawa maksud yang sama, iaitu peralatan yang digunakan untuk melakukan sesuatu kerja. Sehubungan dengan itu,  penggunaan yang betul ialah alat membajak dan alatan membajak.Makna02.06.2020
membajak padi betul ke ayat tu? emel ada dash ke tak de? generasi Y , G tu kena huruf besar ke?

Salam sejahtera,

Membajak berasal daripada kata dasar 'bajak' yang bermaksud alat untuk menghancurkan serta menggemburkan tanah; tenggala. Membajak menggemburkan tanah dgn bajak; menenggala. Penggunaan 'membajak padi' adalah salah dan yang sebetulnya ialah membajak sawah.

Ejaan yang betul bagi emel ialah e-mel.

Generasi Y - istilah untuk menggambarkan generasi di banyak negara lahir dari zaman 1980-an hingga tahun 2001. Generasi Y juga dikenali sebagai Generasi Milenium. Istilah ini digunakan dalam demografi, sains politik, dan pemasaran. Cara penulisan yang tepat ialah 'Generasi Y' dan 'Generasi G'. (Kedua-dua permulaannya perlu ditulis dengan huruf besar)

Ejaan04.11.2012
I Pohon telinga Nazmir cedera kerana terkena ranting pokok semasa dia bermain-main di kawasan itu. II Pak Leman berehat seketika di bawah pohon beringin selepas membajak sawahnya. III Puan Rosnani menyuruh anak-anaknya masuk ke dalam rumah apabila dia melihat pohon angin yang mendung. IV Dewan Bahasa dan Pustaka bertanggungjawab dalam menentukan pohon bahasa yang berkaitan dengan Bahasa Malaysia. berdasar makna di dalam kamus dewan bahasa edisi 3, semua makna tertera sepatutnya betul tetapi mengapakah soalan I adalah salah. kalau salah, apakah kesalahannya? terima kasihMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat antara rangkai kata yang dibentuk daripada perkataan pohon ialah pohon telinga yang bermaksud pangkal telinga. Harap saudara dapat berbincang lebih lanjut dengan  pihak yang menyatakan penggunaan perkataan pohon dalam konteks pertama tidak betul. Makna07.06.2008
1. Ingin bertanya mengenai penggunaan awalan ber, men dan lain-lain dari segi tatabahasa adakah wajib diletakkan ataupun tidak mengapa. contoh Ali main bola/ Ali bermain bola; Dia cari makanan/ dia mencari makanan. 2. Dia membajak sawah dengan menggunakan jentera. dengan menggunakan salah atau pun tidak kerana maksud yang sama?Awalan ber-... dan meN-... melengkapkan makna perbuatan yang dilakukan. Contohnya awalan meN-...mendukung maksud melakukan sesuatu seperti memasak - Emak memasak nasi, menggoreng - Pak Amat menggoreng pisang. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 161-170.Tatabahasa01.06.2011
Assalam, Apakah yang dimaksudkan dengan 'kebergunaan' pegawai atau 'kegunaan' pegawai Terima kasih.

Mengikut Kamus Dewan maksud "kebergunaan" dan "kegunaan" adalah seperti yang berikut:

1. KEBERGUNAAN: perihal (keadaan dsb) berguna: Kebergunaan traktor dlm. kerja membajak sawah itu memang tidak dapat dinafikan; 

2. KEGUNAAN: faedah, guna: undang-undang itu dibuat utk. kegunaan seluruh rakyat; 2. Yg. digunakan: semua kertas kegunaannya dapat dibeli; segala alat kegunaan menebas pd. zaman itu dibuat drpd. batu;

Istilah11.12.2018
Pakej pelancongan ke Pulau Pangkor yang murah itu telah.... atau Pakej pelancongan yang murah ke Pulau Pangkor itu telah... ayat mana yang gramatis? kata berimbuhan peN- yamg membawa makna hasil sesuatu perbuatan ialah a. penanak b.pembajak c. penggali d. penunjuk. jawapan yang mana betul?Ayat yang gramatis ialah Pakej pelancongan yang murah ke Pulau Pangkor itu telah ... . Penanak bermaksud orang yg menanak; atau tukang masak. Pembajak bermaksud orang yang kerjanya membajak. Penggali ialah orang yang kerjanya menggali dan penunjuk memberi maksud alat yang digunakan untuk menunjuk atau orang yang menunjuk. Berdasarkan semua makna yang diberi tidak kata terbitan yang membawa maksud hasil sesuatu perbuatan.Tatabahasa07.07.2010

Kembali ke atas