Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.las] | ممبالس

Definisi : 1. menjawab: ~ surat; 2. memberi sesuatu sbg imbangan (tenaga dll); 3. membuat seseorang menderita atas kesalahan yg telah dilakukan: ~ kezaliman, pencerobohan, dan penindasan mengikut kadar yg telah dilakukan;~ bidan melakukan sesuatu yg setimpal; ~ dendam memberi balas utk memuaskan hati; ~ budi = ~ guna = ~ jasa = ~ kebaikan berbuat kebaikan sbg tanda terima kasih atas kebaikan yg telah diterima; ~ sakit hati melakukan sesuatu supaya hilang rasa sakit hati; ~ salam menjawab salam; ~ serangan menyerang balik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.las] | ممبالس

Definisi : 1 memberikan jawapan; menjawab: Saya belum lagi ~ surat yg saya terima drpd ayah saya. 2 berbuat sesuatu kpd orang utk memulangkan perbuatan yg telah dikenakan oleh orang itu kpd kita: Sepasukan askar Jepun telah ~ kekalahan mereka terhadap tentera sekutu di Sungai Kwai. 3 memberikan sesuatu sbg tanda berterima kasih: Utk ~ jasanya itu, baginda telah menaikkan pangkat Sabur menjadi bendahari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membalas

Puisi
 

Pulau Pisang Pulau Pauh,
     Sampai ketiga Pulau Kemudi;
Kami datang dari jauh,
     Kerana hendak membalas budi.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Adat dunia balas-membalas,
     syariat palu-memalu.

Bermaksud :

Yang baik dibalas dengan yang baik dan yang buruk dibalas dengan yang buruk; manusia yang hidup mestilah bertolong-tolongan antara satu sama lain.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
[ Membalas surat tuan yang seperti berikut ] "Bagi kata nama khas, seperti nama negara, nama sungai, nama tamadun dan nama lengkap yang khusus bagi program atau aktiviti perlu digunakan "huruf besar". Berdasarkan contoh frasa di tengah-tengah ayat yang diberikan, maka penggunaan yang betul ialah, Sungai Tigris dan Tamadun Mesopotamia. Manakala selebihnya … negara Malaysia, negeri Pahang, hospital pakar Malaysia dan program kecemerlangan pelajar. Bagi pihak DBP, saya menyarankan peminat dan pengkaji tatabahasa seperti tuan wajib memiliki dan memahami Tatabahasa Dewan." Balasan: Tuan, sebenarnya saya telah memiliki sebuah buku Tatabahasa Dewan dan saya sangat suka akan buku tersebut kerana buku tersebut terdapat banyak maklumat. Jadi semasa tuan menjelaskan pertanyaan saya, bolehkah tuan nyatakan halaman atau muka surat buku Tatabahasa Dewan tersebut untuk saya membuat rujukan tentang pertanyaan saya? Seperti soalan "huruf besar" dan "huruf kecil" inilah. Halaman(muka surat) berapakah yang harus saya rujuk?

Berkaitan dengan penggunaan huruf besar dan huruf kecil, tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Bab 6: Kata Nama pada  halaman 95 – 141. Sekiranya tuan perlukan maklumat tambahan, boleh dapatkan pula buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, halaman 10-15: Penulisan Huruf dan  buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, Bab II:Huruf Besar dan Huruf Condong pada halaman 80.

Tatabahasa05.05.2014
Apakah perbezaan mengenang jasa dan membalas budi? Terima Kasih.Tiada perbezaan ketara antara mengenang jasa dan membalas budi.Kebiasaannya mengenang jasa selalunya dikaitkan dengan jasa yang telah dibuat oleh seseorang. Manakala membalas budi lebih kepada soal yang berkaitan dengan hati budi seseorang.Misalnya disebabkan oleh kebaikan seseorang seperti membantu orang lain dalam kesusahan yang tidak mengharapkan apa-apa balasan. T.kasih.Lain-lain14.08.2008
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Bau yang (hangat) itu menyesakkan pernafasan saya. (b) Kita susah untuk (membalas) dalam hidup yang penuh dengan persaingan itu. (c) Saya akan (membalas) kerja yang dipesan oleh ibu bapa. (d) Orang itu mengamuk kerana (dihantui) penyakit jiwa. (e) Kuman ialah sejenis hidupan yang (rendah) yang susah dikesan. (f) Rancangan kartun itu (rendah) dan amat disukai kanak-kanak. (g) Diana (mengadukan) kepalanya kerana malu. (h) Abang selalu (sabit) wang daripada ibu.Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.Lain-lain08.12.2015
terima kasih tuan kerana membalas pertanyaan saya.

Terima kasih atas komen tersebut. Terus bersama-sama DBP memartabatkan bahasa kebangsaan kita.           1 Bahasa 1 Bangsa 1 Negara...

Lain-lain12.10.2010
Salam sejahtera. Encik / Puan pernah membalas soalan tentang pernyataan Hari Deepavali , perkataan Hari perlu huruf besar. Tetapi, sila encik / puan rujuk buku teks KSSR BM tahun 2 2012 m/s 78, menulis hari Deepavali. Harap maklum . Ribuan terima kasih.Salam sejahtera. Encik/puan sebelum ini hanya bertanya tentang tanda baca bagi ayat 1. Kain tersebut diikat dan dililitkan pada...(soalan encik/puan bertarikh pada 23/5/2012).  Perkataan hari Deepavali betul seperti dalam buku teks. Terima kasih.Lain-lain03.07.2012
Salam sejahtera, adakah terjemahan di bawah betul? Harap boleh membalas secepat mungkin. 1. Leave of absence = cuti berpanjangan 2. If the plan is NON-CONTRIBUTORY = tidak menyumbang atau tidak bersumbang? 3. Take-over certificate = Sijil Diambil Alih 4. Disorderly conduct = Kelakuan tidak terkawal 5. The money is used to help all Covered Employee in times of MISFORTUNE = kesusahan 6. SICKNESS & illness = Kesakitan & penyakit Sekian, terima kasihSoalan berkenaan terjemahkan ini, tuan/puan boleh kemukakan kepada Persatuan Penterjemahan Negara untuk mendapat jawapan yang lebih tepat. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan:
1. cuti
2. tanpa caruman
3. Pengambilalihan sijil
4. perbuatan tidak senonoh
5. kemalangan, kecelakaan
6. sakit dan penyakit
Penyemakan dan penterjemahan03.07.2014
Bina ayat berikut "PUPUS" adalah betul atau salah, sila membalas. Terima Kasih. "Harta bendanya telah PUPUS dalam kebakaran"Perkataan yang sesuai bagi ayat tersebut ialah musnah walaupun pupus bermaksud musnah. Namun sinonim membawa peringkat untuk penggunaan perkataan dalam ayat.Tatabahasa22.08.2008
bagaimana format perbahasan dan berikan macam mana cara-cara nak membalas hujah.Sila rujuk Unit Debat dan Bahas, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk maklumat lanjut.Lain-lain30.04.2008
Ingin bertanya, jika terdapat dialog di tengah ayat, adakah selepas pembuka kata huruf kecil @ huruf besar? CTH: (Dia membalas, “selagi Farhah jauhkan diri dari Azrul, selagi tu dia akan kacau Farhah.)Berdasarkan contoh ayat yang tuan berikan, selepas pembuka kata dieja dengan huruf kecil, kecuali jika pembuka kata itu merupakan perkataan pertama yang banyak kita temukan dalam dialog barulah ditulis dengan huruf besar.Ejaan05.02.2014
Anandraj Muniandy ISN 2.27 PTG Salam sejahtera... Saya ingin bertanya...Mengapakah laman sesawang persuratan dbp tidak dapat digunakan ??? Adakah masakah sistem??? Harap membalas pertanyaan... Terima kasih..Tuan, Sehingga kini, laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu tidak menghadapi apa-apa masalah sistem. Tuan boleh mengakses laman tersebut melalui http://prpm.dbp.gov.my/. Sekian, terima kasih.Lain-lain26.06.2017
12345

Kembali ke atas