| Apakah maksud dan perbezaan bagi setiap perkataan ini? Jika saya hendak buat perbandingan bagi persamaan dan perbezaan, perkataan mana yang lebih sesuai digunakan? 1. membanding beza 2. membanding 3. membezakan | 1. membanding beza bermaksud meneliti dua benda atau lebih untuk melihat atau mengetahui perbezaan dan persamaannya. 2. membanding bermaksud membuat penelitian terhadap dua atau lebih orang atau benda untuk melihat perbezaan atau persamaannya. 3. membezakan bermaksud menyatakan atau menunjukkan (dua atau beberapa perkara) ada bezanya. Berdasarkan makna di dalam Kamus Dewan Perdana, ketiga-tiga kata/frasa ini mempunyai maksud yang hampir sama. Oleh itu, puan boleh memilih kata/frasa yang sesuai untuk digunakan mengikut konteks ayat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 196 dan 282.
| Makna | 19.12.2025 |
| "membandingbezakan" atau "membanding bezakan"? | membandingbezakan | Ejaan | 28.06.2021 |
| MEMBANDINGBEZA ATAU MEMBANDING-BEZA | Dalam bahasa Melayu, istilah yang biasa dipakai ialah membandingkan atau membezakan. Tiada istilah membanding beza. | Istilah | 26.07.2006 |
| Apakah maksud membanding beza ciri-ciri imej? Perlu nyatakan perbezaan sahaja atau persamaan dan perbezaan ciri-ciri imej itu? | Maksud "membanding beza" merujuk kepada gabungan dua konsep, iaitu membandingkan dan membezakan. Maka perlu menyatakan persamaan dan perbezaan ciri-ciri imej. | Makna | 15.12.2025 |