Kata adjektif untuk membandingkan orang ialah( tinggi x rendah )atau (tinggi x pendek) ? | Kedua-dua antonim tinggi lawan rendah dan tinggi lawan pendek boleh digunakan. | | Tatabahasa | 29.03.2017 |
MEMBANDINGBEZA ATAU MEMBANDING-BEZA | Dalam bahasa Melayu, istilah yang biasa dipakai ialah membandingkan atau membezakan. Tiada istilah membanding beza. | Istilah | 26.07.2006 |
Tuan, saya telah mematuhi arahan tuan untuk merujuk Kamus Pelajar dan Kamus Dewan bagi membandingkan maksud perkataan. Tetapi, untuk perkataan "menggariskan", Kamus Pelajar memberikan takrif "membuat garis dengan sesuatu alat", manakala Kamus Dewan memberikan maksud "membuat garis pada sesuatu tempat". Walau bagaimanapun, dalam Kamus Pelajar, "menggarisi" yang membawa maksud "membuat garis pada sesuatu tempat", bukan perkataan "menggariskan". Dalam Kamus Pelajar, "menggariskan" hanya bermaksud "membuat garis dengan sesuatu" atau "menggunakan sesuatu untuk membuat garis". Jadi, "menggarisi" atau "menggariskan" yang membawa maksud "membuat garis pada sesuatu tempat"? Contoh arahan soalan: Garisi/Gariskan kata-kata kerja tak transitif yang terdapat dalam petikan. | Bagi tujuan peperiksaan atau pembelajaran yang terarah kepada peperiksaan, sila rujuk makna yang diberikan dalam Kamus Pelajar. Jika tidak ada maklumat yang diperlukan dalam Kamus Pelajar, barulah merujuk Kamus Dewan. Namun jika tuan berhasrat untuk membuat kajian bolehlah membuat perbandingan antara beberapa buah kamus. | Makna | 15.12.2014 |
Minta adakan sistem mencari makna dan maksud bagi setiap perkataan, maksud saya seperti kamus online ia boleh memberi kemudahan kepada saya untuk membandingkan ayat-ayat lama dengan yang baru? Terima kasih. | Puan Norsuhaida, Terima kasih atas pandangan ini. Sebenarnya kami memang ada menyediakan khidmat seperti yang dinyatakan. Sila ke Laman Dewan Bahasa dan Pustaka - prpm.dbp.gov.my | Lain-lain | 30.06.2010 |
Salam sejahtera. Saya ingin mohon pencerahan untuk penggunaan 'penanda aras' dan 'penandaarasan'. (Mohon berikan contoh ayat yang menunjukkan perbezaannya. Terima kasih. | Tanda aras ialah piawai untuk membandingkan prestasi sesebuah organisasi. Manakala penandaarasan ialah perihal menentukan tanda aras. Kerajaan Malaysia telah menjadikan bon khazanah sebagai bon tanda aras Islam di negara ini. Penandaarasan bertujuan untuk memperbaik mutu atau prestasi seperti mana yang telah dicapai oleh organisasi yang berkenaan. | Tatabahasa | 09.12.2019 |
Betulkah perkataan "melaksanakan" lebih sesuai digunakan untuk perbuatan yang melibatkan kerja-kerja mega seperti projek lebuh raya; manakala lebih sesuai digunakan perkataan "menjalankan" bagi kerja-kerja biasa. Mohon penjelasan pihak KNB. | Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, melaksanakan bermaksud sl membandingkan dgn, mengumpamakan sbg, menyamakan: tidak dapat dilaksanakan bulan dan matahari; 2. menjalankan (tugas, rancangan, dll), mengerjakan, menyelesaikan (sesuatu tugas dll):, menjalankan pula bermaksud mengusahakan sesuatu supaya berjalan atau bergerak: Ia sudah pandai ~ kereta ayahnya. 2 mengerjakan sesuatu tugas; melaksanakan: Tiap-tiap hari ia ~ kerjanya sbg anggota polis. Berdasarkan maksud kedua-dua perkataan tersebut, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan dan tidak dibezakan oleh kerja-kerja mega dan sebagainya. | Makna | 12.12.2018 |
Saya sedang menulis artikal untuk satu jurnal. Saya ingin mengetahui asal perkataan "nasihat". Perkataan ini dalam kamus dewan bahasa dan pustaka bermakna ajaran , petunjuk yang baik and peringatan. Adakah ini bermakna "nasihat" ini adalah sehala? ia itu "nasihat" DIBERIKAN kepada yang meminta "nasihat", tanpa ada perbincangan atau soal jawab? Saya ingin membandingkan "nasihat" dengan sesi kaunseling.. ada persamaan atau bagaimana? Terima kasih Siti Rokiah Calon Phd Bimbingan dan Kaunseling UTM Skudai | Seperti yang saudara maklumi nasihat ialah ajaran atau petunjuk yang baik, contohnya "... tidak mahu mendengar nasihat orang tuanya". Apa yang difahami daripada ayat tersebut nasihat berlaku dalam keadaan memberi nasihat, mendengar nasihat, semuanya berlaku satu hala. Nasihat berbeza dengan sesi kaunseling; sesi suatu jangka masa berlangsungnya atau berlakunya sesuatu aktiviti seperti sesi kaunseling. Umum mengetahui bahawa sesi kaunseling berlangsung antara dua pihak. Untuk maklumat lanjut termasuklah asal kata dan makna secara terperinci sesuatu perkataan sila rujuk buku atau kajian ilmiah yang telah dibuat oleh para sarjana. | Makna | 25.06.2009 |
Ejaan bagi perkataan penandaarasan. Di IAB, penandaarasan merupakan satu program yang dijalankan oleh peserta kursus di sekolah-sekolah yang terpilih. Oleh itu ia dinamakan program Penandaarasan. Kemusykilan saya adalah berhubung ejaan penandaarasan. bagaimanakah mengeja penandaarasan yang betul. Adakah Penanda Aras, Penandarasan atau Penandaarasan. Sekian, terima kasih. | Tanda aras ialah piawai untuk membandingkan prestasi sesebuah organisasi. Manakala penandaarasan ialah perihal menentukan tanda aras. | Ejaan | 28.12.2012 |
Apakah yang dimaksudkan sebagai fungsi indeksial dalam bidang linguistik? | Assalamualaikum w.b.t, Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. Untuk makluman Puan Hajah Asmiah, pihak kami tidak mempunyai bahan yang tepat untuk pengertian fungsi indeksial dalam bidang linguistik. Namun demikian, bagi membantu puan, rujukan daripada Kamus Linguistik oleh Harimurti Kridalaksana, indeks membawa maksud perbandingan antara unsur-unsur tertentu dalam bahasa yang dapat dipakai untuk mengukur ciri-ciri tertentu, dan yang kemudian dapat dipakai untuk membandingkan dan mengklasifikasikan bahasa. Diharap puan dapat menerima definisi ini dan semoga dapat dikaitkan dengan fungsi indeks ini dalam bidang linguistik. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan dan mohon maaf atas segala kekurangan... | Lain-lain | 22.02.2007 |
retorik gaya bahasa perbandingan dan perulangan | Gaya bahasa perbandingan meliputi beberapa aspek, iaitu; 1. Gaya metafora-gabungan dua hal yang berbeza dan membentuk suatu pengertian yang baharu. 2. Gaya alegori- cerita yang digunakan sebagai lambang yang digunakan untuk pendidikan. 3. Gaya personifikasi- gaya bahasa yang membuat benda mati seolah-olah hidup dan memiliki sifat-sifat manusia. 4. Gaya perumpamaan- suatu perbandingan dua hal yang berbeza, namun dinyatakan sama. 5. Gaya antilesis- gaya bahasa yang membandingkan dua hal yang berlawanan. Manakala bahasa perulangan ialah gaya bahasa tulisan yang digunakan untuk menunjukkan saling atau sesuatu yang dilakukan oleh dua pihak atau berbalas-balas, sesuatu yang teramat, paling, tiruan atau waktu. | Lain-lain | 03.10.2006 |