Perbezaan bagi berbanding, dibandingkan dan berbandingkan? | Berbanding membawa beberapa maksud yang membezakan penggunaannya dalam ayat. Apabila berbanding membawa maksud dibandingkan kata dengan mesti hadir selepasnya, seperti penduduk daerah ini bertambah berbanding dengan tahun lalu; dan apabila membawa maksud ada bandingnya (taranya) kata dengan tidak perlu hadir selepasnya, seperti kebaikannya tiada berbanding. Oleh itu, sama ada kata "berbanding" mahupun "dibandingkan", kedua-dua perkataan itu perlu disambut dengan perkataan "dengan". Tiada penggunaan perkataan berbandingkan dalam Kamus Dewan. Perkataan lain yang sering digunakan ialah berbandingan, membandingkan, memperbandingkan, pembandingan, membandingi dan sebagainya. | Tatabahasa | 28.10.2020 |