Prestasi Ali sangat membanggakan ----,dia harus mengiat usaha untuk mengekalkan kecemerlangan ini,''kata guru besar. A malahan B namun begitu | Prestasi Ali sangat membanggakan, namun begitu, dia harus mengiat usaha untuk mengekalkan kecemerlangan ini,'' kata guru besar. | Tatabahasa | 07.08.2015 |
Assalamualaikum tuan. Berdasarkan entri kata "fasih" dalam kamus merujuk maksud berikut:Definisi : 1. lancar dan baik sebutannya (ketika bercakap-cakap), petah; ~ lidah = berlidah ~ lancar dan mudah bercakap, pandai berkata-kata; 2. lancar dan baik sebutannya (apabila bertutur dlm sesuatu bahasa lain), petah: ~ berbahasa Perancis; memfasihkan menjadikan fasih (berkata-kata atau bertutur dlm sesuatu bahasa), memetahkan; kefasihan perihal fasih, kepetahan: ~nya bertutur dlm bahasa Melayu membanggakan kami; ~ berkata-kata. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Mohon penjelasan tuan, bagaimanakah istilah "fasih digital" atau "kefasihan digital" diwujudkan dan apakah rasional memilih perkataan "fasih" bagi istilah tersebut? | Istilah kefasihan digital terbentuk daripada istilah sumber digital fluency. Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, kefasihan (kelas kata nama) bermaksud hal atau keadaan fasih yang merujuk kata sumber fluency. Fasih mempunyai takrifan yang ketiga (3), iaitu tahu benar tentang sesuatu bidang. Oleh sebab itu, padanan istilah bahasa Melayu kefasihan digital menepati konsep digital fluency. | Istilah | 10.01.2024 |
Bolehkah pihak Tuan cadangkan peribahasa yang sesuai dengan maksud merujuk kepada suatu situasi di mana keindahan dalam kehidupan sesebuah keluarga itu datang selepas menempuh cabaran atau dugaan membesarkan anak yang mengalami masalah kesihatan. Peribahasa bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian kurang sesuai sebab ia bukan situasi susah ke senang. Sebaliknya lebih kepad kepayahan membesarkan anak yang sakit dan satu masa anak itu menunjukkan satu sinar yang membanggakan. Terima kasih atas kerjasama dan bantuan pihak Tuan. | Cadangan peribahasa yang sesuai ialah "Seperti pohon bambu (= buluh) ditiup angin" yang bermaksud Sanggup menderita kesusahan dengan sabar, dan apabila kesusahan telah berlalu, menegakkan kepalanya semula. Selain itu juga, saudara boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari https://prpm.dbp.gov.my/ dan masukkan kata kunci yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 31.05.2021 |
BUKTI YANG MENUNJUKKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA BESAR DUNIA. | Sdr.Mc, jika kita membaca dan melapangkan sedikit masa untuk melihat-lihat buku-buku sejarah tentang kerajaan awal Melaka dan kawasan sekitarnya pasti Sdr. dapat berasa bangga apabila melihat penggunaan bahasa Melayu yang begitu luas digunakan di seluruh kepulauan Melayu. Begitu juga Sdr. akan kagum melihat surat-surat yang dihantar oleh orang Inggeris yang ditulis dalam bahasa Melayu dan menggunakan ejaan jawi. ini adalah sedikit gambaran perasaan yang sangat membanggakan kita. Terima kasih. | Lain-lain | 21.09.2007 |