Yang mana betul? 1 Kakak membantu ibu menyusukan adik. 2 Kakak membantu ibu untuk menyusukan adik. 3 Kakak membantu ibu menyusui adik. 4 Kakak membantu ibu untuk menyusui adik. | Ayat yang betul ialah 1. Kakak membantu ibu menyusukan adik. | Tatabahasa | 08.04.2013 |
Frasa manakah yang betul dari segi tatabahasa: "membantu sesama peserta" atau "membantu sesama peserta-peserta" | Frasa yang betul "membantu sesama peserta". | Tatabahasa | 09.11.2017 |
salam, bolehkah selepas kata kerja 'membantu' diikuti dgn kata kerja? Contoh ayat: to help manage your emotional health. Terjemahan: 1-untuk membantu menguruskan kesihatan emosi anda 2-untuk membantu pengurusan kesihatan emosi anda Yang mana satukah yg betul. Mohon nasihat,terima kasih. | Perkataan membantu merupakan kata kerja aktif transitif, iaitu kata kerja yang mesti diikuti dengan objek yang terdiri daripada kata nama/frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Contoh dalam ayat, Adik membantu ibu di dapur. Cadangan padanan terjemahan bagi teks to help manage your emotional health ialah membantu anda untuk menguruskan kesihatan emosi atau untuk membantu pengurusan kesihatan emosi anda. | Tatabahasa | 27.02.2021 |
tuan, beberapa orang pemuda telah membantu mengetepikan kereta. atau beberapa orang pemuda telah membantu menepikan kereta TQ | Beberapa orang pemuda telah membantu mengetepikan kereta. Mengetepikan bermaksud memindahkan ke tepi. | Tatabahasa | 19.09.2011 |
1. Ali membantu gurunya mengangkat buku. 2. Ali membantu gurunya untuk mengangkat buku. Adakah penggunaan *untuk* itu wajib dalam ayat sebegini? Bilakah kita perlu menggunakan *untuk* dalam ayat yang macam mana kelak? | Ayat yang betul ialah: Ali membantu gurunya mengangkat buku. Kata sendi nama untuk digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, dengan fungsi tertentu seperti yang berikut: Contoh: 1. Beg baharu ini untuk adik. 2. Rumah untuk pekerja-pekerja estet telah dibaiki. 2. Van itu untuk kegunaan kakitangan pejabat sahaja. 4. Beliau berkhidmat dengan cemerlang untuk negara.
| Tatabahasa | 16.08.2021 |
Apakah maksud kata hikmah ini“membantu orang lain dengan harta,adalah perbuatan yang mulia.Membantu orang lain dengan ilmu,bagi sumber air mengalir terus.”? | Dari sudut ajaran Islam “membantu orang lain dengan ilmu, bagai sumber air mengalir terus” bermaksud ilmu yang baik dan bermanfaat yang diajarkan oleh seseorang kepada orang lain selagi ilmu tersebut diamalkan/dimanfaatkan, orang yang mengajarkan ilmu tersebut akan mendapat pahala yang berterusan. | Makna | 25.07.2021 |
Yang manakah paling tepat: 1. Pelbagai cara membantu ibu bapa di rumah. Antaranya adalah dengan membersihkan ruang tamu untuk meringankan beban ibu bapa. 2. Pelbagai cara membantu ibu bapa di rumah. Antaranya ialah membersihkan ruang tamu untuk meringankan beban ibu bapa. 3. Pelbagai cara membantu ibu bapa di rumah. Antaranya membersihkan ruang tamu untuk meringankan beban ibu bapa. | Cadangan penggunaan yang gramatis ialah "Pelbagai cara membantu ibu bapa di rumah. Antaranya ialah membersihkan ruang tamu untuk meringankan beban ibu bapa."
| Tatabahasa | 03.07.2023 |
Penggunaan kata sendi yang manakah betul? 1. Fendi membantu cikgu mengambil bola dari bilik sukan. 2. Fendi membantu cikgu mengambil bola di bilik sukan. Kata sendi 'dari' atau 'di' yang betul????? | Ayat yang betul ialah Fendi membantu cikgu mengambil bola dari bilik sukan. | Lain-lain | 09.03.2018 |
sila tandakan kesalahan dalam ayat berikut, (A. Sejak) berpindah ke sana, Ali turut terlibat (B. di dalam) kerja-kerja sosial seperti membantu warga tua (C. serta) membantu orang miskin. (D. tiada kesalahan). pada pendapat saya, kesalahannya adalah B, sepatutnya dalam. | Ayat yang gramatis, sejak berpindah ke sana, Ali turut terlibat dalam kerja-kerja sosial seperti membantu warga tua serta membantu orang miskin. Pendapat tuan betul, kesalahan pada jawapan B. di dalam. | Tatabahasa | 27.09.2012 |
Tolong membantu saya menyemak bina ayat ini keselurahannya. 2.Budaya mengunjungi perpustakaan membantu kita menghargai masa yang diibaratkan sebagai emas. 3.Ibu bapa perlu membudayakan amalan menabung dalam kalangan anak sejak kecil bak kata pepatah,melentur buluh biarlah dari rebungnya. 4.Kita hendaklah rajin membaca surat khabar supaya kita mengetahui hal-ehwal dunia dan tidak dianggap sebagai katak di bawah tempurung. 5.Para pelajar hendaklah dibiasakan dengan budaya menabung wang angkos walaupun sedikit kerana sikit-sikit lama-lama jadi bukit. 6.Aktiviti kokurikulum yang melibatkan pelajar pelbagai kaum membuka ruang bagi para pelajar bersua antara satu sama lain bak kata orang tua-tua tak kenal maka tak cinta. 7.Budaya gotong-royong dapat memupuk semangat kerjasama dan permuafakatan dalam kalangan penduduk bak kata peribahasa bulat air kerana pembetung,bulat kata kerana muafakat. 8.Cara menghargai jasa orang tua hendaklah dengan menyayangi mereka agar mendapat kepuasan yang tidak terpermanai banyaknya. 9.Masyarakat yang berbilang bangsa hidup gembira dan aman menyempenakan negara. 10.Negara Malaysia sebuah negara yang beragama dan beretika dalam pelbagai kaum terdiri daripada adat istiadat,saling berkunjung,saling membantu dalam keadaan yang indah permai bak kata cendekiawan indah ialah kata yang lahir daripada keadaan sebuah negara yang maju. | 2.Budaya mengunjungi perpustakaan membantu kita mengisi masa kerana masa itu emas. 3.Ibu bapa perlu membudayakan amalan menabung dalam kalangan anak sejak kecil seperti peribahasa; Melentur biarlah waktu rebung. 4.Kita hendaklah rajin membaca surat khabar supaya kita mengetahui hal ehwal dunia dan tidak dianggap seperti katak di bawah tempurung. 5.Para pelajar hendaklah dibiasakan dengan budaya menabung kerana walaupun sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. 6.Aktiviti kokurikulum yang melibatkan pelajar pelbagai kaum membuka ruang kepada mereka untuk bertemu antara satu sama lain seperti peribahasa tak kenal maka tak cinta. 7.Budaya gotong-royong dapat memupuk semangat kerjasama dan permuafakatan dalam kalangan penduduk seperti bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. 8.Cara menghargai jasa orang tua adalah dengan menyayangi mereka agar mendapat kebaikan yang terpermanai. 9.Masyarakat berbilang bangsa hidup dengan aman dan gembira dalam sebuah negara yang harmoni. 10.Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama serta hidup dengan penuh adat istiadat,beretika, saling berkunjung dan saling membantu dalam apa jua keadaan untuk mencapai negara yang bertamadun. | Tatabahasa | 24.08.2018 |