Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membantunya

Peribahasa

196

Every flow has its ebb

Kesenangan atau kemewahan yang dirasai lazimnya tidak kekal lama. Esok lusa pasti datang kesusahan.

Hari tidak selamanya panas

He came into fortune but he forgot easily. I'd helped him a lot but he treated me like a dog. I told myself, every flow has its ebb. One day, he would realize that nothing lasts forever.

Dia tiba-tiba meraih kekayaan tetapi dia mudah lupa. Aku telah banyak membantunya tetapi dia melayani aku seperti anjing. Aku berkata pada diriku, hari tidak selamanya panas. Satu hari nanti, dia akan sedar bahawa semuanya ini tidak kekal.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Penggunaan "dia " dan "-nya" yang manakah betul dalam ayat yang berikut: 1) Ibu menyuruhnya membeli makanan untuk adik. 2) Ibu menyuruh dia membeli makanan untuk adik. 3) Siti membantunya menyelesaikan masalah itu. 4) Siti membantu dia menyelesaikan masalah itu.Keempat-empat ayat itu betul. -nya ialah ganti nama ketiga, sama seperti dia.
 Akan tetapi sebelum menggunakan -nya untuk ganti nama ketiga, perlu ada cerita tentang orang ketiga sebelum itu.  Contoh: Dia baru sahaja mendapat panggilan telefon daripada ibu.  Ibu menyuruhnya membeli makanan untuk adik.
Ejaan20.05.2014
As salam... 1.Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata tanya . Adakah boleh digunakan dalam ayat biasa selain daripada ayat tanya 2.a.Dia menunjukkan bagaimana cara membuat kuih itu. b. Dia menunjukkan cara membuat kuih itu. c. Bertanya kepada pekerja bagaimana anda boleh membantunya meringankan beban kerja. d. Bertanya kepada pekerja cara anda boleh membantu meringkankan beban kerjanya. Mohon betulkan penggunaa kata tanya dalam keempat- empat ayat di atas?1. Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila dan bagaimana. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel -kah.

2. Ayat a dan b, betul. Untuk ayat “a” perkataan “bagaimana” tidak berfungsi sebagai kata tanya, sebaliknya bertujuan untuk menerangkan cara sesesuatu itu dilakukan atau dengan jalan apa sesuatu itu digunakan.

3. Ayat c dan d tidak betul dari segi susunannya. Ayat yang betul ialah “Dia bertanya apa yang perlu dilakukan untuk meringankan beban kerja pekerjanya.”
Tatabahasa13.07.2019
Selamat pagi tuan, Saya ingin bertanya tentang 1. kata ganti nama diri ketiga, "dia". Bolehkah "dia" digunakan sebagai objek? Contoh Ayat : i) Saya mengajar dia? ii) Saya memberi dia roti. 2. Apakah kata kerja untuk keadaan ini: jika seseorang jatuh terjelepok, kita hendak membantu dia bangun, adakah kata kerja ini ialah : memimpin ? memapah? membimbing? 3. masih perlu *bangun* ? membimbing budak itu bangun? memapah budak itu bangun? memimpin budak itu bangun? atau tidak perlu perkataan "bangun"? Ribuan terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu.

1. Kata ganti nama “dia” boleh menjadi objek.

2. Jika seseorang itu jatuh terjelepok, kita hendaklah membantunya.

3. Tidak perlu berdasarkan contoh di atas.

Tatabahasa30.11.2022
Apakah perbezaan "bersedia" dan "menyediakan"?boleh memberikan contoh ayat
Perkataan “bersedia” bermaksud berada dalam keadaan mempersiapkan diri, rela atau sanggup melakukan sesuatu. Contoh ayat adalah seperti yang berikut:  
  1. Saya bersedia menggalas tugas yang diamanahkan.
  2. Kita hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapi bencana banjir.
  3. Dia sudah bersedia untuk melangkah ke alam pekerjaan.
  4. Fatimah bersedia membantunya.
Manakala, perkataan “menyediakan” bermaksud mengadakan atau menyiapkan sesuatu lebih awal untuk tujuan tertentu dan  memberikan sesuatu terlebih dahulu sebagai kemudahan, ganjaran dan sebagainya. Contoh ayat adalah seperti berikut:
  1. Khairul Amir membantu ibunya menyediakan hidangan untuk berbuka puasa.
  2. Syarikat telekomunikasi menyediakan kemudahan Internet di kawasan luar bandar.

 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1987.

Makna02.04.2025

Kembali ke atas