As salam. Saya hendak bertanya mengenai penggunaan perkataan membasuh dan mencuci. Jika kita hendak membina ayat "emak sedang mencuci/membasuh pakaian... Ayah sedang membasuh/mencuci kereta... adik membasuh/mencuci tangan selepas makan.. Yang mana satu lebih tepat? Terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, "cuci" dan "basuh" mempunyai makna yang sama. Kedua-duanya boleh digunakan dalam ayat. | Tatabahasa | 30.09.2013 |
Yang mana satu ayat yang betul, dan apakah alasannya? 1. Ali membasuh tangan kerana baru saja lepas makan menggunakan sabun. ATAU Ali membasuh tangan dengan sabun kerana baru saja lepas makan. 2. Ali mencuci tangan supaya bersih di singki. ATAU Ali mencuci tangan di singki supaya bersih. | Binaan ayat yang betul, iaitu Subjek + Predikat ialah: 1. [Ali membasuh tangan dengan sabun] + [kerana baru sahaja lepas makan] 2. [Ali mencuci tangan di singki] + [supaya bersih]. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 10.10.2012 |
Cikgu, apakah perbezaan maksud "membasuh" dengan "mencuci"? Contoh frasa: 1. membasuh baju 2. mencuci baju Tolong terangkan pernyataan berikut. Terima kasih DBP, teruskan semangat bahasa Melayu! | Membersih sama maksudnya dengan mencuci, kedua-duanya boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 10.05.2014 |
Puan Farisha _____ sayur bayam itu sehingga bersih. Adakah jawapan mencuci / membilas atau membasuh | Puan Farisha mencuci/membasuh sayur bayam itu sehingga bersih. | Tatabahasa | 13.07.2016 |
Slmt ptg, tumpang tanya: 1. Ali dan Ah Chong mandi di sungai. 2. Ali dan Ah Chong membasuh di sungai. Kedua-dua ayat tersebut, mana satu yang betul?( dari segi bahasa) Adakah ia boleh diterima kedua-duanya. Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera, Yang berikut ialah jawapan kedua-dua soalan: Soalan 1: Ayat betul dan tidak mengandungi sebarang kesalahan. Soalan 2: Ayat tersebut kurang tepat kerana kata kerja yang digunakan ialah kata kerja transitif. Kata kerja transitif memerlukan objek. Oleh sebab itu, selepas kata kerja transitif "membasuh" perlu diikuti objek. Contoh:membasuh kain, atau membasuh kereta. Sekian, dan terima kasih. | Tatabahasa | 01.11.2010 |
Untuk Ayat pasif berikut: Baju itu kena basuh oleh ibu. Manakah ayat aktif yang sepadan? (a)Ibu kena basuh baju itu. (b)Ibu membasuh baju itu. | Ayat aktif yang betul ialah "Ibu membasuh baju itu". | Tatabahasa | 29.10.2015 |
Penggunaan "cuci" dan "basuh" Adakah kedua-dua perkataan ini boleh digunakan dalam ayat ini. Saya membasuh rambut 2 hari sekali. Saya mencuci rambut dua kali sehari. Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, "cuci" dan "basuh" mempunyai makna yang sama. Oleh itu, kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul dan boleh digunakan. 1. Saya membasuh rambut dua hari sekali. 2. Saya mencuci rambut dua kali sehari. | Makna | 21.07.2013 |
Ayat yang betul: "Ayah mencuci kereta" atau "Ayah membasuh kereta" yang betul? | Kedua-dua ayat yang dikemukakan adalah betul dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 19.05.2016 |
Apakah proses memutar kain dengan tujuan untuk mengeluarkan airnya selepas membasuh. memerah kain atau mengilas kain? | Yang bersesuaian ialah memerah. | Makna | 05.10.2010 |
Salam, adakah 'sebelum' dan 'selepas' merupakan kata hubung? Ayat contoh: 1. Saya membasuh tangan sebelum menjamah makanan. 2. Ayah pergi bekerja selepas bersarapan. Terima kasih. | 'Kata selepas' dan 'sebelum' termasuk dalam kata penghubung. Jika kata tersebut digunakan dalam ayat, biasanya ayat tersebut merupakan ayat majmuk. | Lain-lain | 16.06.2017 |