Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.tang] | ممباتڠ

Definisi : mengeja sambil membaca. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.tang] | ممباتڠ

Definisi : menjadi batang, menyerupai batang: gedung-gedung pencakar langit ~ ke udara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.tang] | ممباتڠ

Definisi : membunyikan apa-apa yg dieja sebelumnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membatang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon nyatakan maksud "membatang suku kata" dan "membatang perkataan" atau nyatakan sumber rujukan (jika diketahui). Terima kasih.Membatang perkataan adalah dengan membatang suku kata. Atau dengan kata yang lebih mudah, untuk mengeja perkataan (membatang perkataan) adalah dengan memenggalkan perkataan mengikut suku kata perkataan berkenaan. Kaedah mengeja sesuatu kata adalah berdasarkan pemenggalan suku kata. Kaedah mengeja kata harus dibezakan dengan kaedah sebutan iaitu berdasarkan pemenggalan suku kata dan pemecahan suku kata. Keterangan lanjut terdapat dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) DBP, 2004.Tatabahasa06.12.2006
Salam sejahtera; Tuan; Bolehkah Tuan menjelaskan perbezaan antara membatang suku kata dengan sebutan sesuatu perkataan? Guru Bahasa Melayu di sekolah-sekolah rendah sering menimbulkan kekeliruan antar dua perkara ini? Perkataan contoh: 1. cuit 2. piano 3. berada 4. mengandungi 5. memasuki 6. pengunjung 7. berkenalan 8. berasaskan Harap Tuan menjelaskan perkara di atas dengan sepuhnya di samping memberikan petua atau teknik untuk membatang suku kata dan menyebut perkataan. Sekian terima.Membatang perkataan adalah dengan membatang suku kata. Atau dengan kata yang lebih mudah, untuk mengeja perkataan (membatang perkataan) adalah dengan memenggalkan perkataan mengikut suku kata perkataan berkenaan. Kaedah mengeja sesuatu kata adalah berdasarkan pemenggalan suku kata. Kaedah mengeja kata harus dibezakan dengan kaedah sebutan iaitu berdasarkan pemenggalan suku kata dan pemecahan suku kata. Keterangan lanjut terdapat dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) DBP, 2004.
1. cuit (cuit)
2. piano (pia.no)
3. berada (be.ra.da)
4. mengandungi (men.ngan.du.ngi)
5. memasuki (me.ma.su.ki)
6. pengunjung (pe.ngun.jung)
7. berkenalan (ber.ke.na.lan)
8. berasaskan (ber.a.sas.kan)/(be.ra.sas.kan)
Tatabahasa27.03.2013
Terima kasih atas bantuan tuan. soalan seterusnya, apakah yang dimaksudkan dengan terma 'membatangkan'? Adakah ia membawa maksud 'mengeja sambil membaca'?

Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, frasa membatang bermaksud pemenggalan suku kata/membunyikan apa-apa yg dieja sebelumnya/mengeja sambil membaca.

Makna19.05.2010

Kembali ke atas