Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.tu] | ممباتو

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok), batu, Chaetocarpus castaneicarpus; 2. sj tumbuhan (pokok), damar laut, sengkawang, tengka­wang (ijuk), Isoptera sumatrana; ~ merah sj tumbuhan (pokok), akit sulai, kelat lapis, mengkirai, tetimah (rengga), Ilex cymosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.tu] | ممباتو

Definisi : 1. menjadi keras (spt batu): tanah sudah mulai keras ~ kerana lama kemarau;2. berdiam diri, tidak mahu bercakap: mereka bersikap ~ dan membisu; 3. melontari dgn batu: kedai si Ah Kau dibatu orang pd malam hari; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.tu] | ممباتو

Definisi : 1 menjadi keras spt batu; menjadi batu. 2 ki diam (tidak bergerak-gerak atau tidak bersuara); membisu: Apabila ditanyai gurunya, pelajar itu hanya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membatu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana jawapan yang betul.... 1. 'Mari kita ikut ........ke bilik komputer,'kata Ani kepada Izah. dia atau mereka 2. ..............,bila agaknya tarikh pengumunan keputusan keputusan peperiksaan UPSR pada tahun ini! 3. i.Kakak DIAM membatu apabila dileteri ibu. ii. Kami sekeluarga telah lama DIAM di taman perumahan ini. iii. Secara DIAM pasukan perisik mencari bukti untuk menumpaskannya. iv. Sejak semalam Raihah DIAM sahaja kerana memikirkan masalah keluarga 4.1. Cara pembiakan tumbuhan ini bagaimana? ii. Yang paling pandai di kelas ini siapakah? iii. Mengapa kita harus berkumpul di makmal komputer? iv. Awakkah yang menghantar bungkusan ini kepada Cikgu Ani?

Saudari/Saudara,

Jawapan yang betul ialah:

1. Boleh digunakan perkataan 'dia' atau 'mereka' dalam konteks ayat tersebut.

2. Sila hubungi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengetahui maklumat lanjut.

3. Keempat-empat penggunaan perkataan 'DIAM' dalam konteks ayat tersebut adalah betul. Hal ini kerana,

diam, merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud, tidak bercakap, senyap, dengan senyap-senyap, tinggal (duduk, berumah, bertempat).

4.  i. Bagaimana cara pembiakan tumbuhan ini?

    II. Siapakah yang paling pandai dalam kelas ini?

    III. Ayat ketiga penggunaan ayat adalah betul. 

    IV. Ayat keempat penggunaan ayat adalah betul.

Tatabahasa14.08.2012

Kembali ke atas