Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membawa ke

Puisi
 

Hujan di hulu hujan di hilir,
     Hujan di Teming membawa rintik;
Pandang ke bahu pandang ke leher,
     Pandang ke kening membawa cantik.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Pergi ke telaga terlupa membawa timba,
     timba yang dicari dapat yang tiada bertali.

Bermaksud :

Jalan-jalan mendapat keuntungan ada, tetapi kerana lalai maka keuntungan itu hilang begitu saja.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, apakah perbezaan bagi "membawa ke" dan "membawa kepada"? Terima kasih."Membawa ke" bermaksud membawa ke sesuatu tempat atau arah, manakala "membawa kepada" membawa sesuatu untuk diberikan kepada seseorang/organisasi dan lain-lain selain arah dan tempat.Tatabahasa16.11.2011
Salam, ada perkataan lain untuk maksud perkataan Mengenengahkan ( ketengah ) trima kasih.

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, mengetengahkan bermaksud membawa ke tengah atau menampilkan ke muka, mengenengahkan bermasuk menjadikan tengah.

Tatabahasa14.01.2010
Assalamualaikum tuan. Adakah perkataan tunda yang merujuk kepada waktu dan tarikh semesti membawa ke hadapan? Bolehkah kita gunakan perkataan tunda itu untuk tarikh yang tukarkan ke belakang? Contohnya tarikh 2 Ogos ditunda ke tarikh 1 Ogos. Sekian terima kasihLazimnya tunda/menunda pelaksanaan sesuatu ke hadapan. Jika ke belakang lazimnya kita menyebut diawalkan, seperti pelaksanaan majlis ramah mesra diawalkan dari 2 Ogos kepada 1 Ogos.Tatabahasa30.07.2012
tuan 1. para penonton bersorak apabila watak badut diketengahkan di atas pentas.(kesalahan diketengahkan, tetapi saya merujuk kamus dewan, diketengahkan bermaksud membawa ke tengah: ~ perahu, mengapa salah pula?) 2.Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis perkahwinan ini. 3.Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan berserilah majlis perkahwinan ini. (tuan, apakah perbezaan antara soalan 2 dengan 3, bagaimanakah saya terangkan kepada pelajar soalan 2 adalah salah dan soaaln 3 adalah betul.) terima kasih tuan

1. Para penonton bersorak apabila watak badut diketengahkan di atas pentas. - ayat ini betul, diketengahkan dalam ayat ini bermaksud ditampilkan ke hadapan atau ditonjolkan (bukan dibawa ke tengah).

2. Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis perkahwinan ini. 3. Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan berserilah majlis perkahwinan ini. Kedua-dua ayat ini betul kerana menyerikan bermaksud menyemarakkan majlis, manakala berserilah bermaksud bersemaraklah majlis.

 

Tatabahasa31.03.2011
salam...tanda sempang (/), apakah kedudukan perkataan sebelum dan selepasnya? contoh: ibu membawa adik/abang ke kedai atau ibu membawa adik / abang ke kedai atau ibu membawa adik/ abang ke kedaiTidak perlu dijarakkan seperti ibu membawa adik/abang ke kedai. Ejaan14.09.2011
adakah kedua-dua ayat ini betul? a. ibu membawa beg hijau pergi ke kedai. b. ibu pergi ke kedai membawa beg hijau. terima kasihKedua-dua ayat ini ibu membawa beg hijau pergi ke kedai; dan ibu pergi ke kedai membawa beg hijau betul.Tatabahasa14.10.2014
oleh itu betul ke oleh sebab itu betul? merasakan keperitan betul ke? ke berasa keperitan?

Frasa 'oleh itu' dan 'oleh sebab itu' kedua-duanya betul. Kata keperitan sahaja sudah membawa maksud rasa/peri hal perit, maka tidak perlu lagi berasa keperitan.

Tatabahasa22.03.2011
1)Saya membawa emak saya ke hospital ini untuk balutan lukanya ditukarkan. 2) Saya membawa emak saya ke hospital ini untuk ditukarkan balutan lukanya. Ayat yang manakah betul?

Jawapan yang betul ialah “Saya membawa emak ke hospital ini untuk menukar balutan lukanya.”

Tatabahasa11.07.2024
Saya membawa buku ke sekolah hari ini. Adakah perbuatan di atas sedang berlaku atau telah berlaku?

Ayat yang betul ialah “Saya membawa buku ke sekolah pada hari ini.”

Merujuk ayat di atas, kedua-dua situasi, iaitu “sedang berlaku” dan “telah berlaku” adalah betul dan boleh digunakan bergantung pada situasi dan masa ayat tersebut diucapkan.

Tatabahasa10.07.2024
Membawa bekal atau Membawa bekalan? Contoh ayat: Dia pun membawa bekalan seperti kita." Aisyah melihat ke arah meja ang bersebelahan dengan meja mereka.Membawa bekalan. Lihat www.prpm.dbp.gov.my dan lihat perbezaan makna antara kata bekal dan bekalan dan begitu juga dengan kata-kata yang lain.Tatabahasa05.10.2011
12345678910...

Kembali ke atas