Salam sejahtera; Tuan: Apakah perbezaan antara "membekalkan" dengan "membekali"? Harap pihak tuan memberikan ayat contoh untuk membezakan kpenggunaan kedua-dua perkataan tersebut dalam konteks ayat. Terima kasih. | Membekalkan bermaksud memberikan bekal, menyediakan sesuatu sebagai bekal: Sebelum Abu berangkat, emak membekalkan nasi lemak kepadanya; dan mebekali bermaksud memberi bekal kepada: Emak membekali Abu sebungkus nasi lemak. | Tatabahasa | 07.03.2013 |
Adakah ayat ini betul? sekiranya tidak, dipohon cadangan ayat. Kejayaan pembangunan KIIS ini banyak bergantung kepada kerjasama daripada semua pihak yang terlibat khususnya dalam membekalkan maklumat dan data yang tepat dan cepat. | Kejayaan pembangunan KIIS ini bergantung pada kerjasama daripada semua pihak yang terlibat khususnya dalam membekalkan maklumat dan data yang tepat dan cepat. | Tatabahasa | 27.07.2015 |
Salam Sejahtera, Kali ini, saya ingin bertanya tentang penggunaan "banyak" dalam ayat. 1. Perkataan "banyak" hadir sebelum atau selepas kata kerja, contoh: Ayat 1: Ahmad membaca banyak buku ....... atau Ahmad banyak membaca buku. Ayat 2: Buah-buahan tempatan membekalkan banyak zat kepada kita. atau Buah-buahan tempatan banyak membekalkan zat kepada kita. Saya berharap tuan dapat menjelaskan penggunaan "banyak" lebih lanjut. Sekian, terima kasih Andrew Tan | Perkataan banyak boleh berfungsi sebagai kata bilangan dan kata adjektif (sifat). Banyak yang berfungsi sebagai kata bilangan mesti hadir sebelum benda, manakala kata banyak sebagai kata adjektif berfungsi sebagai kata penguat. Kata adjektif boleh menerima kata penguat tetapi kata penguat tidak semestinya menjadi penanda kepada kata adjektif. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 225 dan 287. | Tatabahasa | 18.08.2009 |
Salam sejahtera, kata 'menyumbang' membawa makna (i) memberikan sumbangan / bantuan (ii) membekalkan tenaga, fikiran dsb. berdasarkan Kamus Bahasa Melayu. Tampaknya, makna atau takrif untuk kata 'menyumbang' bersifat positif: Semasa menjayakan majlis Hari Guru, banyak pelajar yang menyumbang; Diharapkan kalian dapat menyumbang kepada PIBG dengan membeli tiket-tiket konsert amal yang kami anjurkan. Malangnya, sesetengah pihak menggunakan kata ini untuk menyatakan maksud negatif: Kemalasan Muthu menyumbang kepada kegagalannya dalam peperiksaan SPM; Adakah terlintas dalam minda kita tentang faktor-faktor yang menyumbang ke arah gejala pemanasan global yang semakin meruncing ini? Persoalannya, bolehkah kata 'menyumbang' digunakan untuk menyatakan makna negatif dalam bahasa Melayu? Mengapa? Sekian. Salam hormat Kay Seven | Untuk makluman, makna “menyumbang” dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah: 1. memberikan sesuatu kpd orang yg mengadakan keramaian (sbg bantuan, sokongan); 2. turut membantu atau menyokong (dgn tenaga, wang, dll). Kedua-dua makna tersebut tidak mengkhususkan kepada maksud positif sahaja. Oleh itu, perkataan “menyumbang” boleh juga digunakan dalam maksud negatif. | Makna | 22.12.2016 |
apabila saya menanda kertas karangan saya ada menemui ayat sebegini sayuran membekalkan protien yang sangat tinggi kepada manusia bagi menambah darah. apakah komen yang sesuai boleh saya berikan kepada pelajar saya. | Saudara, Ulasan boleh dibuat bergantung pada aspek yang hendak dinilai. Aspek yang boleh dinilai ialah aspek fakta, bahasa atau gaya persembahan karangan tersebut. | Lain-lain | 27.09.2009 |
Salam Sejahtera, Saya bertugas di unit Penerbitan, Bhgn Komunikasi dan Media, MIDA. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat membekalkan maklumat mengenai kadar penterjemahan yang digunakan oleh pihak DBP dalam menterjemah brosur bahasa Inggeris kepada bahasa-bahasa lain. Adakah kadar berikut masih digunapakai? Terjemahan Bahasa Malaysia kpd Bahasa Asing - Teknikal rm0.15/kata, Umum/Kreatif rm0.12/kata dan Terjemahan Bahasa Asing kpd Bahasa Malaysia - Teknikal rm0.12/kata, Umum/Kreatif rm0.10/kata. Terima kasih atas kerjasama pihak tuan. | Saudara Salmi, Untuk mendapatkan kadar perkhidmatan penterjemahan, sila hubungi Institut Terjemahan Negara, no. tel. 03-41497210 atau e-mel www.itnm.com.my atau hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia, no. tel. 03-21424381 atau e-mel terjemah@tm.net.my. | Lain-lain | 17.07.2009 |
Salam. Saya agak keliru dengan jawapan yang diberikan. Mengikut jawapan tuan, perkataan dibekalkan tidak wujud dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Rujukan saya pada Kamus Dewan Edisi Keempat (terbitan 2010) muka surat 148, perkataan membekalkan (ditulis sebagai kata kerja aktif) manakala ayat contoh yang diberikan ialah ayat pasif iaitu: Sebelum berangkat, air tambahan mesti dibekalkan. Harap penjelasan lanjut daripada pihak tuan, terima kasih. | Pendapat tuan betul, Kamus Dewan menyenaraikan kata terbitan daripada kata kerja aktif dalam entri setiap kata. Namun dalam ayat contoh yang diberikan kadangkala memasukkan juga kata kerja pasif seperti contoh yang tuan berikan. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 20.09.2012 |
Tuan/Puan, Memohon untuk menterjemah perkara berikut: Limited number of suppliers in Sarawak to supply raw materials/ specialty ingredients for product- development. Jong Chian Lai | Pembekal yang terhad di Sarawak untuk membekalkan bahan mentah/bahan pengkhususan bagi pembangunan produk. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.07.2014 |
Assalamualaikum, adakah ayat di bawah mempunyai nilai: 'JIKA MENANG DALAM BERSUKAN, KITA DAPAT MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH' Jawapan yang saya beri ialah menghargai jasa. keputusannya saya tidak tahu lagi | Sila rujuk guru bahasa Melayu di sekolah untuk mengetahui jawapan yang tepat. Pangkalan data kami tidak membekalkan data khusus tentang teknik pembelajaran bagi tujuan peperiksaan. Aspek nilai terkandung dalam teknik peperiksaan kertas Bahasa Melayu. | Lain-lain | 09.09.2015 |
Saya merupakan pelajar sarjana dalam bidang sains komputer,Namun, untuk tesis sarjana, saya telah menggabungkan komputer dan bahasa yakni dalam bidang komputeran linguistik. oleh itu, saya memerlukan data semua perkataan melayu di mana setiap perkataan itu mestilah mempunyai jenis misalnya perkataan makan berjenis kata kerja.Harap pihak DBP dapat membekalkan keperluan itu pada saya.terima kasih. | Kamus Dewan belum lagi memasukkan kelas kata dalam setiap entrinya. Bahagian Perkamusan, DBP sedang menyiapkan Kamus Besar yang memasukkan kelas kata bagi setiap entri. Oleh itu, data tersebut tidak dapat kami sebarkan lagi kerana masih di peringkat draf. Sila rujuk kamus-kamus terbitan lain atau buku yang berkaitan untuk rujukan saudara. | Lain-lain | 15.01.2008 |