Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.ku] | ممبکو

Definisi : menjadi beku: darah yg keluar itu sangat lambat mengalir, tetapi ia segera ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.ku] | ممبکو

Definisi : menjadi beku: Air akan ~ apabila disejukkan ke paras 32 darjah Fahrenheit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membeku


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assamualaikum, saya ingin mengemukakan soalan berkaitan kata sisipan, mengapakah kata sisipan ini dikatakan amat terhad dan tidak produktif sifatnya dalam bahasa melayu?Terdapat enam jenis imbuhan yang terdapat dalam bahasa iaitu imbuhan awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong dan fleksi.Imbuhan yang paling tidak popular penggunaannya ialah sisipan. Walau bagaimanapun, bentuk sisipan tidak produktif lagi dalam pembentukan kata terbitan, dengan maksud, kata terbitan baharu tidak lagi dibentuk dengan sisipan. Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan tertentu dan tidak dapat hadir dalam perkataan-perkataan yang lain kecuali dalam beberapa istilah yang baru dicipta. Justeru, walaupun pengimbuhan sisipan tidak lagi popular dan dianggap membeku kerana tidak berkembang, namun kita perlu melakukan kajian terhadap proses ini agar tidak terus diabaikan.Tatabahasa16.07.2018

Kembali ke atas