Apakah perbezaan diantara perkataan "pelihara" dan "pulihara"?. Contoh: Kucing itu dipelihara. Pemuliharaan alam sekitar. | Pelihara bermaksud membela, menjaga dan merawat, manakala pulihara bermaksud memulihkan serta memelihara (menjaga dan sebagainya), melindungi sesuatu supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik. | Makna | 11.01.2010 |
maksud dan penggunaan perkataan kesiapsagaan | Siap siaga bermaksud siap sedia. Contoh ayat: Kesiagaan orang Melayu untuk menarik kerisnya dalam membela diri. | Lain-lain | 15.02.2007 |
Saya ingin tahu tentang penggunaan kata ganti nama diri "dia". Bolehkah saya menggunkan perkataan dia untuk merujuk kepada kucing belaan saya? Sebagai contoh, "Saya membela seekor kucing. Dia diberi nama Si Tompok oleh ibu saya." Adakah pengunna "dia" betul di contoh tersebut. Sekiranya penggunaan "dia" ialah salah, adakah penggunaan 'ia" betul? | Kata ganti nama diri "dia" atau "ia" adalah setara dan hanya boleh digunakan untuk manusia, iaitu kata ganti nama diri orang ketiga. Kata ganti nama diri tersebut tidak boleh digunakan untuk binatang (kucing). Untuk merujuk kucing, bolehlah gunakan "Si Tompok" atau kucing itu. | Tatabahasa | 24.04.2011 |
saya ingin mendapatkan beberapa kepastian drpd pihak tuan. seni mempertahankan diri atau seni pertahanan diri betul? kereta mainan atau kereta permainan? bolehkah pihak tuan memberikan penerangan yang terperinci? terima kasih. | pertahanan bermaksud menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah manakala mempertahankan bermaksud menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah atau menjaga supaya tidak terancam, melindungi atau membela. Oleh yang demikian jawapan yang betul ialah seni mempertahankan diri.
mainan bermaksud benda yang digunakan (oleh kanak-kanak) untuk bermain manakala permainan merujuk kepada sesuatu yang digunakan untuk bermain. Oleh yang demikian jawapan yang betul ialah kereta mainan. | Tatabahasa | 08.04.2011 |
Salam sejahtera, Saya keliru dengan penggunaan penyenggaraan dan penyelenggaraan? Boleh jelaskan penggunaan kedua-dua perkataan ini? | Tiada perbezaan antara senggara dengan selenggara. Senggara; menyenggarakan bermaksud mengurus, mengendalikan, menyelenggarakan; Selenggara; menyelenggarakan bermaksud 1. mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan 2. melaksanakan, menjalankan (rancangan, perintah dan lain-lain) 3. membela, memelihara, menjaga, merawat 4. mengatur, mengurus (peraduan, pameran, dan lain-lain). Penyelenggaraan bermaksud 1. perbuatan menyelenggarakan sesuatu, pelaksanaan, pengelolaan 2. pemeliharaan, pengawasan. Penyenggaraan bermaksud perbuatan menyenggarakan, pengendalian, menyelenggarakan. | Makna | 27.01.2011 |
selenggara | Pertanyaan saudara tidak jelas. Sila nyatakan apakah bentuk soalan saudara. Sekiranya saudara ingin mencari maksud selenggara, berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, selenggara bermaksud . mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan: ladang yg luas diselenggarakan mengikut pengetahuan sains; 2. menjalankan, melaksanakan (rancangan, perintah, dll): pelebaya pun sangguplah ~ pesan Ken Tambuhan; ~ pembangunan ekonomi; 3. membela, memelihara, menjaga, merawat: beri maaf saya, engku, kerana saya belum sanggup ~ engku dgn sepatutnya; 4. mengatur, mengurus (peraduan, pameran, dll): pegawai ini telah dihantar khas utk ~ pameran buku agama Islam. | Istilah | 07.02.2010 |
1)bagaimanakah ejaan "kongres" terhasil? 2)bilakah berlaku kongres bahasa dan persuratan melayu yang pertama? siapakah yang terlibat? dimanakah dan bilakah kongres itu berlangsung? apakah yang dibincangkan semasa kongres tersebut? 3)bagaimana pula dengan kongres kali kedua dan ketiga? seperti diatas.. 4)sekarang kali ke berapakah kongres diadakan? kali ke-7 atau ke-8? terima kasih | Kongres bermaksud mesyuarat besar wakil-wakil pertubuhan (politik, sosial, budaya, dsb) utk membincangkan sesuatu isu. Kongres (Bahasa) dan Persuratan Melayu I, diadakan di Special Hall, Sea View Hotel, Singapore, pada 12 dan 13 April 1952. Kongres ini anjurkan oleh persatuan yang menjadi kerabat Kongres, dipelopori oleh Angkatan Sasterawan ’50. Oleh sebab itu tujuan utama Kongres ini lebih kepada menjaga kepentingan ahli-ahli kerabat Kongres. Dengan demikian, Kongres memberi perhatian kepada pembentukan PIAGAM CONGRESS, yang kemudian-nya telah di-sahkan oleh Persidangan dan di-tandatangani oleh tiap2 ketua perwakilan yang hadhir bersidang hari ini. Tidak ada kertas kerja dibentangkan, tetapi tumpuan perbincangan berkisar pada isu-isu berikut: a. Perlunya ada usaha mempersatukan badan2 Persuratan Melayu di-Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan Borneo Utara. b. Badan-badan ini menjadi pihak yang mengambil keputusan muktamad atas sebarang hal mengenai kemajuan bahasa dan persuratan Melayu. c. Adanya keperluan membela hak pengarang, sasterawan dan ahli-ahli bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut kongres sila berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan di pusat pengajian tinggi. | Lain-lain | 26.06.2008 |