Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.la.ka.ngi] | ممبلاکڠي

Definisi : 1. mengarahkan belakang kpd, lwn menghadapi: Tahir duduk ~ teman-temannya dlm bilik itu; 2. mensia-siakan, tidak menghiraukan: walaupun ia suka akan kesenangan dunia tetapi tidak pernah ia ~ ajaran Tuhan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.la.ka.ngi] | ممبلاکڠي

Definisi : 1 mengarahkan belakang kpd: Ia duduk ~ teman-temannya. 2 tidak mahu tahu lagi; tidak mempedulikan; tidak menghiraukan: Di samping mengejar kesenangan dunia, tidak pula ia ~ perintah Tuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membelakangi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pengguna 'Premier'itu adalah terburuk dan membelakangi bahasa kebangsaan.Sbb,tidak beridentiti gelaran bahasa Kebangsaan.Juga, memisahkan gelaran yg diguna oleh negeri lain di Malaysia.Klu diperhati dgn lanjut,para menteri - mnteri di Sabah & Sarawak bila berucap dlm Bahasa Inggeris juga lemah.B.Inggeris peringkat rendah.Untuk apa ditukar guna Premier?Perkataan Premier juga hampir pd Prime .Ini diguna pakai untuk Prime Minister(PM) saja.PM menwakili 32.4 juta rakyat.Premier cuma 2.8 juta saja!Yg. hairan,kenapa ditukar dgn tergesa-gesa?Jika hendak ditukar juga,guna pakai Premier hanya kuatkuasa dlm Sarawak saja.Dlm urusan resmi Persekutuan ,hanya layak diguna perkataan Ketua Menteri saja.Persekutuan mesti tolak sbb Premier tidak menepati aspirasi keluarga Malaysia!Kami ambil maklum pandangan tuan dalam hal penggunaan perkataan "premier" dalam konteks yang berkenaan. Dalam konteks umum premier diterjemahkan kepada "utama" atau "ulung", manakala dalam konteks perjawatan diterjemahkan kepada Perdana Menteri seperti yang tuan maklumi. Atas keprihatinan tuan dalam hal penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul kami ucapkan syabas dan terima kasih.Lain-lain17.02.2022
Saya ada beberapa persoalan yang ingin dikemukakan kepada pihak tuan seperti yang berikut: 1. Apakah perbezaan di antara imbuhan awalan men.....,imbuhan berapitan men.....kan dan men.....i?Bagaimanakah cara untuk membezakan penggunaan imbuhan seperti yang disebutkan di atas? 2. Apakah perbezaan di antara imbuhan awalan di.....,imbuhan berapitan di.....kan dan di.....i?Bagaimanakah cara untuk membezakan penggunaan imbuhan seperti yang disebutkan di atas? 3. Manakah penggunaan kata arah yang betul? a.)Di dalam bilik tidur atau di bilik tidur b.)Di dalam rumah atau di rumah? c.)Menyusun buku di atas rak buku atau menyusun buku pada rak buku? 4. Apakah perbezaan maksud di antara kata arah (sisi,tepi,samping dan sebelah?Saya berasa tidak pasti dan waswas dengan penggunaan kata arah yang disebutkan dalam pembentukan ayat? 5. Apakah perbezaan maksud di antara merampas,merenggut,meragut? Sekian sahaja dengan penamatan persoalan saya dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan atas bantuan tuan untuk menyelesaikan kemusykilan saua.

1. Awalan meN- ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif, contohnya "menyala". Apitan  meN-...-kan terdiri daripada empat golongan kata utama, iaitu kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata tugas untuk membentuk kata kerja transitif, contohnya "menghambakan". Apitan meN-...i terdiri daripada empat golongan kata utama, iaitu kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata tugas boleh menerima apitan ini untuk membentuk kata kerja, contoh "membelakangi". Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, muka surat 151, 191, dan 202.

2. Awalan di- ialah awalan yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga, contohnya "ditulis". Apitan di...kan ialah bentuk pasif bagi meN-...-kan.Segala ciri apitan ini dan maknanya tidak berubah daripada yang terkandung dalam imbuhan-imbuhan di- dan -kan. Seperti di-...-kan, apitan di-...-i  ialah bentuk pasif bagi meN-...-i, contohnya "dipelopori". Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, muka surat 175, 202 dan 208.

3. Kedua-dua (a) dan (b) boleh digunakan mengikut konteks. Kata sendi nama di  digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, manakala di dalam ialah penggunaan kata sendi nama di diikuti dengan kata arah dalam bagi menunjukkan kedudukan sesuatu benda itu dengan nyata.

4. Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk meunjukkan hala atau jurusan.  Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 286.

5. Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, "merampas" ialah mengambil dengan kekerasan atau merebut. "Merenggut" bermaksud menarik (mengambil, mencabut, menyentak, merebut) dengan kekerasan atau merampas. "Meragut" bermaksud menarik (menyentak, merabut, mencabut) dengan paksa atau dengan kekuatan.

Tatabahasa05.01.2010

Kembali ke atas