Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.lan.ja.i] | ممبلنجاءي

Definisi : 1. mengeluarkan wang utk orang lain atau diri sendiri, membiayai, menyara: siapa yg ~ adiknya jika ia tiada di sini? 2. = belanja mengeluarkan wang utk orang lain bukan sbg tanggungjawab tetapi hanya utk suka-suka atau utk merapatkan perhubungan (dgn rakan-rakan, adik-beradik, dll): dia ~ kawan-kawannya makan di Kajang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.lan.ja.i] | ممبلنجاءي

Definisi : mengeluarkan belanja utk seseorang; membiayai: Sewaktu saya bersekolah dahulu, abang sayalah yg ~ saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membelanjai


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kaka membelanjai adik makan (mi goreng) dan (cendol durian)di (Restoran Enak) Dalam ayat ini ada kesalahan tak?Jawapan yang betul ialah, "Kakak membelanjai adik makan mi goreng dan cendol durian di Restoran Enak".Lain-lain22.03.2022
Dalam sejahtera tuan. 1) Mereka terpaksa mengharungi sungai sedalam satu meter untuk sampai ke kawasan perkhemahan itu. 2) Bilakah/ Di manakah pertandingan mendeklamasikan sajak akan diadakan? 3) Setelah berkhidmat di kawasan pedalaman selama lima tahun, akhirnya beliau dipindahi ke bandar yang berhampiran. 4) Kakak membelanjai adik makan mi goreng. 5) Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta ibu bapa turut hadir ke majlis perasmian kempen itu. 6) Penduduk-penduduk kampung sering berdepan dengan kesuntukan air pada musim kemarau. 7) Amirul memanggil ibunya yang berada di dapur sementara ke ruang tamu kerana kedatangan tetamu. 8) Sejak pagi tadi bekalan air di kawasan perumahan itu terputus. 9) Kerja-kerja pembersihan tapak dilakukan oleh buruh pembinaan itu sebelum proses cerucuk dimulakan. 10) Pihak kerajaan akan membaik pulih bangunan bersejarah warisan negara. 11) Ibu membelek-belek tin makanan itu untuk mengetahui tarikh luputnya sebelum membeli. Sekian, terima kasih.

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

 1) Mereka terpaksa mengharungi sungai sedalam satu meter untuk sampai ke kawasan perkhemahan itu.

 2)   i. Bilakah pertandingan mendeklamasikan sajak akan diadakan?
       ii.Di manakah pertandingan mendeklamasikan sajak akan diadakan?

 3) Setelah berkhidmat di kawasan pedalaman selama lima tahun, akhirnya beliau dipindahkan ke bandar yang berhampiran.

 4) Kakak membelanjai adik makan mi goreng.

 5) Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan ibu bapa turut hadir ke majlis perasmian kempen itu.

 6) Penduduk kampung sering berdepan dengan masalah kekurangan air pada musim kemarau.

 7) Amirul memanggil ibunya yang berada di dapur ketika beliau menuju ke ruang tamu kerana kedatangan tetamu.

 8) Sejak pagi tadi bekalan air di kawasan perumahan itu terputus.

  9) Kerja pembersihan tapak dilakukan oleh buruh pembinaan itu sebelum proses penanaman cerucuk dimulakan.

 10) Pihak kerajaan akan membaik pulih bangunan bersejarah warisan negara.

 11) Ibu membelek-belek tin makanan itu untuk melihat tarikh luputnya, sebelum membeli.

 Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pangkalan data prpm.dbp.gov.my atau buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 432 - 575.

Tatabahasa19.07.2024
Salam sejahtera tuan. 1) Mereka terpaksa mengharungi sungai sedalam satu meter untuk sampai ke kawasan perkhemahan itu. 2) Bilakah/ Di manakah pertandingan mendeklamasikan sajak akan diadakan? 3) Setelah berkhidmat di kawasan pedalaman selama lima tahun, akhirnya beliau dipindahi ke bandar yang berhampiran. 4) Kakak membelanjai adik makan mi goreng. 5) Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta ibu bapa turut hadir ke majlis perasmian kempen itu. 6) Penduduk-penduduk kampung sering berdepan dengan kesuntukan air pada musim kemarau. 7) Amirul memanggil ibunya yang berada di dapur sementara ke ruang tamu kerana kedatangan tetamu. 8) Sejak pagi tadi bekalan air di kawasan perumahan itu terputus. 9) Kerja-kerja pembersihan tapak dilakukan oleh buruh pembinaan itu sebelum proses cerucuk dimulakan. 10) Pihak kerajaan akan membaik pulih bangunan bersejarah warisan negara. 11) Ibu membelek-belek tin makanan itu untuk mengetahui tarikh luputnya sebelum membeli. Sekian, terima kasih.

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

 1) Mereka terpaksa mengharungi sungai sedalam satu meter untuk sampai ke kawasan perkhemahan itu.

 2)   i. Bilakah pertandingan mendeklamasikan sajak akan diadakan?
       ii.Di manakah pertandingan mendeklamasikan sajak akan diadakan?

 3) Setelah berkhidmat di kawasan pedalaman selama lima tahun, akhirnya beliau dipindahkan ke bandar yang berhampiran.

 4) Kakak membelanjai adik makan mi goreng.

 5) Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan ibu bapa turut hadir ke majlis perasmian kempen itu.

 6) Penduduk kampung sering berdepan dengan masalah kekurangan air pada musim kemarau.

 7) Amirul memanggil ibunya yang berada di dapur ketika beliau menuju ke ruang tamu kerana kedatangan tetamu.

 8) Sejak pagi tadi bekalan air di kawasan perumahan itu terputus.

  9) Kerja pembersihan tapak dilakukan oleh buruh pembinaan itu sebelum proses penanaman cerucuk dimulakan.

 10) Pihak kerajaan akan membaik pulih bangunan bersejarah warisan negara.

 11) Ibu membelek-belek tin makanan itu untuk melihat tarikh luputnya, sebelum membeli.

 Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pangkalan data prpm.dbp.gov.my atau buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 432 - 575.

Tatabahasa24.07.2024

Kembali ke atas