Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.nam.kan] | ممبنمکن

Definisi : 1. menenggelamkan, memasukkan ke dlm air dll: suatu bencana alam telah ~ sebuah bandar ke dlm perut bumi; 2. menyembunyikan, mendiamkan, tidak menampakkan: kerajaan menyeru supaya parti pembangkang ~ sentimen politik mereka; 3. ki memasukkan ke dlm jel; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.nam.kan] | ممبنمکن

Definisi : 1 memasukkan sesuatu ke dlm air (lumpur dsb); menenggelamkan: Dia telah ~ barang-barang curian itu ke dlm sungai. 2 menyebabkan menjadi tenggelam; mengampuh: Air dr empangan yg pecah itu telah ~ beberapa buah rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membenamkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan penggunaan imbuhan apitan meN...kan dan meN...i

MAKNA APITAN meN…kan 

  • Berbuat sesuatu: membangunkan kawasan, menenggelamkan taman, memusnahkan hutan, mencemarkan bahasa…
  • Menjadikan/menyebabkan sesuatu: membenamkan tubuh, memantulkan cahaya, menaburkan benih, melucutkan kain, membersihkan bilik…
  • Bermanfaat: mendapatkan hadiah, menghadiahkan senyuman, memberikan bunga, mencantikkan rumah, melebarkan jalan

 

APITAN meN…i 

  • Apitan meN…i dapat membentuk kata kerja transitif daripada kata lain dalam pelbagai kelas.
  • Awalan meN pada kata yang berapitan meN…i bertugas sebagai penanda ayat aktif.
  • Akhiran i pada kata yang berapitan meN…i bertugas untuk menggantikan kata sendi akan, atas, di, … Contoh:

          mengakui = mengaku akan/tentang

          mempercayai = percaya kepada 

  • Oleh sebab itu, KS tidak boleh wujud selepas kata yang berapitan meN…i: mempercayai pada,* menguasai akan,* mencurangi akan,

    * menghadiri di/dalam,* meragui terhadap,*…


Tatabahasa13.06.2009

Kembali ke atas