Mengira dan menentukan jumlah beg dengan kakitangan kawalan yang bertugas bersamaan sebelum membenarkan beg-beg berkenaan dimasukkan ke pasawat ATAU Mengira dan menentukan jumlah beg dengan kakitangan kawalan yang bertugas bersamaan sebelum membenarkan beg-beg berkenaan dimasukkan ke dalam pasawat | Cadangan pembetulan adalah seperti yang berikut: Mengira dan menentukan jumlah beg bersama-sama dengan kakitangan kawalan yang bertugas sebelum membenarkan beg-beg berkenaan dimasukkan ke dalam pesawat. | Tatabahasa | 06.04.2009 |
Bagaimanakah cara menentukan sama ada kita perlu menggunakan tanda koma atau noktah pada dialog? Contohnya dialog seperti di bawah: "Kita dapat membantu meluaskan pasaran," Zaim menyampuk membenarkan kenyataan Wafiq. | Ejaan yang betul: "Kita dapat membantu meluaskan pasaran," Zaim menyampuk membenarkan kenyataan Wafiq. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Gaya Dewan, halaman 76. | Ejaan | 11.10.2011 |
Pohon kerjasama semua penysrah untuk TIDAK MEMBENARKAN pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan berikut masuk ke kelas. Bolehkah digunakan perkataan pohon? ke mohon lebih sesuai? | Puan Maizatul terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Pada pendapat saya juga mohon adalah lebih tepat. Terima kasih. | Tatabahasa | 08.10.2009 |
Apakah perbezaan makna perkataan mengiakan dan mengeyakan?Adakah kedua-duanya boleh digunakan dalam sistem ejaan bahasa Melayu?. | perkataan mengiakan lahir daripada kata dasar 'ia' manakala mengeyakan lahir daripada kata dasar 'ya' membawa maksud yang sama membenarkan menyetujui, dan mengakui sesuatu.Perkataan 'ya' yang mempunyai satu suku kata apabila menerima imbuhan meng- akan menjadi menge- 'mengeyakan'.Oleh yang demikian kedu-dua perkataan tersebut boleh digunakan. | Tatabahasa | 03.05.2007 |
Salam, TBD menerangkan "kata komplemen" sbg menghubungkan {klausa utama} dengan [klausa komplemen/pelengkap]. 1) Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin. 2) Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar. OK. Saya faham "klausa" terdiri dari subjek dan predikat. Berbanding dengan "frasa", "klausa" berupaya berdiri dengan sendiri, jika keadaan membenarkan. Dalam ayat-ayat 1) dan 2) di atas, saya tidak nampak "Guru itu menyatakan" dan "adalah tidak wajar" dlm bentuk subjek dan predikat. TK | Soalan saudara sedang disemak dan akan kami jawab dengan kadar segera. | Tatabahasa | 28.11.2011 |
selamat pagi. Saya wakil dari syarikat ingin pertanyakan tentang proses untuk menerbitan sebuah buku yang akan digunakan dalam kursus yang di anjurkan oleh syarikat kepada pemandu bas ekpres. adakan pihak syarikat perlu mendapatkan kelulusan DBP sebelum menerbitan buku tersebut. saya hanya memperolehi jawapan dari MIROS untuk memberi kelulusan penerbitan buku tersebut. | Saudara tidak perlu mendapatkan kelulusan DBP untuk menerbitkan buku, kerana DBP tidak punya kuasa untuk membenarkan mana-mana pihak untuk menerbitkan buku. | Lain-lain | 06.11.2009 |
Perkataan "BALORA TAMAN SEDIA" telah digunakan pada dewan kami. tiada istilah "BALORA" dalam kamus. Lapor pada Majlis Daerah Cameron Highlands tetapi tiada jawapan. Satu pencemaran bahasa! Harap pihak tuan mengambil tindakan sewajarnya. | Penamaan bangunan dan tempat adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan contohnya Majlis Daerah Cameron Highlands, dan Majlis perlu menggunakan bahasa kebangsaan yang betul dan baku dalam urusan rasmi dan membenarkan penggunaan nama tempat/bangunan yang betul sahaja. Keprihatinan saudara amat dihargai dan diucapkan terima kasih. | Lain-lain | 21.06.2007 |
Salam sejahtera. 1. Adakah ayat ini betul? Semoga puan akan menjalankan tugas dengan lebih cemerlang lagi di masa akan datang. 2. Saya tidak dapat cari perkataan "menghadang" dan "bola lisut" dalam Kamus Dewan, adakah perkataan ini masih wujud? Terima kasih. | 1. Semoga puan menjalankan tugas dengan lebih cemerlang lagi pada masa akan datang. 2. Dalam data kami tiada perkataan menghadang tetapi mempunyai perkataan menghalang, iaitu menahan sesuatu supaya tidak dapat bergerak, mengalir dll: Beting pasir itu ~ air mengalir ke laut. 2 tidak membenarkan seseorang melakukan sesuatu; menahan; menegah; melarang: Maka hulubalang Melaka itu pun dihalang oleh Bendahara, tiada diberinya melawan. 3 menutupi atau melindungi: Jerebu ~ pemandangan kami. Perkataan bola lisut masih digunakan selain perkataan sofbal. | Tatabahasa | 08.10.2013 |
Walaupun saya sudah rujuk banyak buku rujukan tetapi tiada buku yang dapat menjelaskan imbuhan meN...i dan meN...kan dengan teliti. Bilakah kita guna imbuhan meN...i dan meN...kan ? Bagaimanakah kita dapat bezakan? Adakah imbuhan -kan mesti diikuti dengan kata nama konkrit? Contoh: "rumah itu berlatarbelakangkan pemandangan sawah padi" -Pemandangan ialah kata nama abstrak tetapi perkataan depan juga menerima -kan. Adakah cara yang paling bagus untuk menentukan imbuhan -kan dan -i? | 1. Dalam buku Tatabahasa Dewan, hal 207 (d) seakan membenarkan kenyataan saudara, "Pada dasarnya sukar ditentukan makna khusus apitan meN-...-i, selain membentuk kata kerja transitif dan mendukung makna asas yang terkandung dalam kata dasar.Apabila dibandingkan penggunaan apitan meN-...-kan dengan meN-...-i, fungsinya dapata dibahagikan kepada tiga"... untuk maklumat lanjut sila rujuk buku yang berkenaan pada halaman yang dinyatakan, sebelum dan selepasnya juga. 2. Dalam contoh ayat Kamus Dewan kata terbitan dengan imbuhan ...-kan tidak semestinya diikutidengan kata nama konkrit, ... berlatarbelakangkan desa ..., walau bagaimanapun perbincangan lanjut tentang imbuhan ...-kan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan hal 185 - 191. 3.Panduanuntuk penggunaan kata terbitan imbuhan ...-kan dan ...-i.sila rujuk Tatabahasa Dewan, hal 183 - 190. | Tatabahasa | 04.08.2008 |
Tuan, Saya ingin bertanya tentang ungkapan "beriya-iya", seperti "dia beriya-iya benar makan buah epal". Apakah kata akar bagi ungkapan ini? Saya telah mencarinya melalui pelbagai kamus di laman web ini, tetapi tidak jumpa perkataan tersebut. Yang saya jumpa hanyalah perkataan "sonsog" pada kamus sukuan (bahasa Bajau) yang bermaksud beriya-iya. Adakah perkataan ini sebenarnya wujud dalam bahasa Melayu? Kalau wujud, apakah kata akarnya? Mengapakah ia tidak tercatat di dalam kamus? Saya berharap akan mendapat jawapan yang tepat daripada pihak tuan. Sekian. Azlee Ashraf Bin Ruslee Tsu, Mie, Jepun. | Ejaan yang betul ialah beria-ia, daripada kata dasar ia (bermaksud ya, iaitu kata yang membawa makna mengakui, membenarkan, atau bersetuju dengan sesuatu). Kata terbitan beria-ia membawa beberapa maksud antaranya bersungguh-sungguh: dia beria-ia benar mengajak saya ke rumahnya. | Tatabahasa | 14.04.2009 |