Tuan, Apakah perbezaan antara membasmi, menangani dengan membendung? Adakah ketiga-tiga perkataan ini sama maksud? Contoh, Pihak sekolah akan ( membasmi / menangani / membendung) masalah kerosakan tandas dengan segera. Terima kasih | Membasmi bermaksud mengusahakan supaya tidak ada lagi, membanteras, menghapuskan dan memerangi. Menangani bermaksud membuat atau mengusahakan sesuatu manakala membendung pula maknanya menahan atau menyekat sesuatu supaya tidak merebak. Oleh yang demikian, perkataan yang paling sesuai digunakan ialah pihak sekolah akan menangani masalah kerosakan tandas dengan segera. | Makna | 07.03.2019 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah subjek dan predikat bagi ayat berikut: "Antara usaha yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk membendung masalah banjir adalah membina benteng sepanjang sungai utama." Terima kasih. | Antara usaha yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan (subjek) untuk membendung masalah banjir adalah membina benteng sepanjang sungai utama (predikat). | Tatabahasa | 24.03.2015 |
contoh ayat: langkah yang berkesan harus diambil untuk membendung masalah penganiayaan kanak-kanak. Mana satu jawapan yang betul : langkah yang berkesan atau langkah-langkah yang berkesan | Jawapan yang betul ialah langkah-langkah yang berkesan. | Tatabahasa | 31.05.2013 |
maksud perkataan 'daik' | Daik bermaksud benteng atau tembok, biasanya dibuat drpd tanah utk membendung air. | Makna | 10.09.2008 |
Adakah ayat ini betul? Masalah pencemaran semakin serius. Oleh itu, pelbagai anjakan paradigma haruslah dilakukan untuk membendung masalah ini. Terima kasih | Anjakan paradigma bermaksud peralihan atau perubahan daripada sesuatu keadaan atau lingkungan fikiran kepada keadaan atau lingkungan fikiran yang baru, biasanya yg lebih baik. Penggunaan ungkapan anjakan paradigma tidak sesuai dalam konteks ayat tersebut. Sila gantikan dengan perkataan lain yang lebih sesuai dari aspek maknanya. | Tatabahasa | 09.02.2012 |
Mohon DBP sahkan maklumat nie adakah benar atau tidak. sekiranya tidak mohon ambil tindakan dengan segera bagi membendung kekeliruan dalam kalangan pelajar . . | Contoh yang diberikan adalah betul. Sila rujuk Buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu DBP tentang Penulisan Kata Ganti Singkat m/s 34. Buku terbitan PNI Neoron Sdn. Bhd. bukan keluaran DBP. | Istilah | 13.03.2017 |
Salam tuan. 1.Tolong berikan definisi bahasa tidak sopan dan jenis-jenisnya. 2. Faktor yang menyebabkan berlaku bahasa tidak sopan dalam kalangan masyarakat. 3. Cadangan untuk membendung fenomena ini berlaku. | Bahasa tidak sopan atau bahasa kasar lazimnya digunakan apabila berhubung dengan teman-teman yang karib dan setaraf, serta dalam suasana yang sangat tidak formal. Biasanya dakam suasana yang bersifat peribadi atau ketidakhadiran orang ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila buat kajian/penyelidikan dengan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber. | Lain-lain | 02.11.2011 |
Apakah maksud diksi? Apakah maksud mengempang ? | Diksi ialah pemilihan atau penggunaan kata yang tepat untuk menmgungkapkan idea secara bertulis atau lisan. Ciri-ciri penulisan yang baik ialah mempunyai wacana yang jelas, tepat, betul, lengkap, koheran, kohesi; juga mengggunakan bahasa yang betul dari segi tatabahasa, ejaan, istilah, tanda baca, laras bahasa yang sesuai, dll; pemerengganan yang baik. Makna mengempang menurut Kamus Dewan; menggalangkan atau melintangkan sesuatu (misalnya dgn mendirikan tembok, benteng dsb) utk menahan aliran air sungai dsb, membendung (dgn membina empangan), menebat: | Makna | 02.03.2009 |