'Ledakan Kepimpinan Membentuk Mahasiswa Berwawasan' mohon bantuan untuk semak slogan ini betul atau sebaliknya ?? | Perkataan ledakan tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut kerana ledakan bermaksud letupan atau pertumbuhan yang sangat besar berkaitan dengan penduduk atau teknologi. Lihat maklumat di http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ledakan&d=1 untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 28.09.2012 |
Tuan, adakah ayat ini betul. Berikan yang terbaik, untuk membentuk diri si manja yang terbaik. Terima Kasih. | Berikan yang terbaik, untuk membentuk diri si manja yang terbaik. Ayat ini betul dan lazimnya digunakan dalam laras iklan. | Tatabahasa | 18.10.2011 |
Bilakah imbuhan "ber" dan "men" digunakan? | meN ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif. beR juga membentuk kata kerja yang bersifat tak transitif, sama ada yang memerlukan pelengkap atau yang tidak memerlukan pelengakap. Sila rujuk buku Tatabahasa dewan Edisi Baharu hal. 146-163. | Tatabahasa | 05.10.2007 |
Tuan, Saya ingin tahu apakah perkatan-perkataan yang membentuk JERAYAWARA ? Misalnya CERPEN adalah daripada perkataan 'cerita pendek'. Terima kasih. Musa Rashim | Kata jeraya dan wara membentuk perkataan jerayawara sebagai padanan roadshow dalam bahasa Melayu. | Istilah | 18.07.2009 |
MOHON NASIHAT PENGGUNAAN PERKATAAN KE DAN KEPADA. | Ke : i. awalan untuk membentuk bilangan yang menunjukkan kedudukan dalam siri atau urutan (kelapan, ketiga); ii. awalan membentuk kata nama (kekasih, kecantikan); iii. kata sendi yang menunjukkan arah (ke utara); iv. Pergi (menuju sesuatu tempat) - ke pasar. Kepada : i. Kata untuk menyatakan arah (mengirim surat kepada adiknya); ii. Terhadap, akan (jangan buat jahat kepada orang); iii. Daripada, pada (Beliau penolong kepada Pegawai Daerah). | Makna | 17.01.2008 |
Lebih banyak saya ketahui tentang orang yang membuat keputusan yang membentuk dunia, lebih banyak keraguan saya kepada@pada kemampuan dan matlamat mereka. | Lebih banyak saya ketahui tentang orang yang membuat keputusan yang membentuk dunia, lebih banyak keraguan saya terhadap kemampuan dan matlamat mereka. | Tatabahasa | 14.09.2011 |
"Bajet 2010 diharap mampu membentuk rakyat untuk berbelanja secara berhemah dengan mengetatkan peraturan pemilikan kad kredit". Soalan saya adalah: 1) adakah ayat di atas merupakan ayat majmuk campuran? 2) Mengapakah ia dikatakan ayat majmuk campuran? Saya ingin menyiapkan tugasan.Terima kasih. | "Bajet 2010 diharap mampu membentuk rakyat untuk berbelanja secara berhemah dengan mengetatkan peraturan pemilikan kad kredit". - ayat ini ialah ayat majmuk campuran yakni terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 519. | Tatabahasa | 10.11.2010 |
1. Apakah kata dasar bagi perkataan "Permohonan" Pohon atau Mohon. 2. Untuk membentuk ayat bagi tajuk surat yang betul, yang mana saya sesuai dan betul penulisannya. Sama ada i) POHON KHIDMAT KAUNSELING ii) MEMOHON KHIDMAT KAUNSELING atau iii) PERMOHONAN KHIDMAT KAUNSELING 3) Untuk membentuk ayat yang betul, yang mana saya betul sam ada, i) Dipohon kerjasama tuan atau ii) Dimohon kerjasama tuan. mohon mendapat penjelasan secepat mungkin. terima kasih. t.t. (Rusli Kamaruddin) PA YB. Dato' Speaker merangkap Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri PULAU PINANG. | 1. Kata dasar permohonan ialah mohon. 2. Ayat yang paling tepat untuk tajuk surat ialah "PERMOHONAN KHIDMAT KAUNSELING" | Tatabahasa | 18.07.2011 |
Ada orang mengatakan fungsi YANG dalam ungkapan SEPERTI YANG BERIKUT.... sebagai pembentuk klausa relatif. Setahu saya, YANG dalam ungkapan ini diwujudkan untuk membentuk frasa nama kerana di hadapannya ada kata sendi nama SEPERTI. Saya memohon pandangan kepada Tuan. | Yang ialah kata hubungan pancangan relatif dan Seperti bukan kata sendi nama. Dalam konteks ini Yang tidak membentuk frasa nama, contoh Yang yang membentuk frasa nama ialah Yang cantik itu adik saya. | Tatabahasa | 23.11.2007 |
Soalan: Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang diberi. Ayat yang diberi : Institusi kekeluargaan memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah dan tingkah laku seseorang individu. Pilihan jawapan : 1 - Sesebuah keluarga berperanan penting untuk membentuk tingkah laku anak-anak mereka. 2 - Tingkh laku dan sahsiah seseorang individu dapat dibentuk menerusi institusi kekeluargaan. | kedua-dua ayat tersebut mempunyai maksud yang sama dengan ayat yang telah diberi. | Tatabahasa | 28.08.2007 |