Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.ri] | ممڤري

Definisi : mengikut apabila ditarik atau ditekan tetapi berbalik kpd bentuknya yg asal apabila dilepaskan; menganjal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mem.be.ri] | ممڤري

Definisi : 1 menyebabkan seseorang menerima sesuatu: Ia ~ anak-anaknya wang saku. 2 tidak menghalang; membenarkan: Emak tidak ~ saya bermain-main di tepi kolam itu. 3 menyebabkan mendapat atau terkena sesuatu: Kita mesti berkelakuan baik dan jangan sekali-kali ~ malu kpd orang tua kita. 4 memasangkan, melekatkan dsb sesuatu pd: Alat itu diberi bertangkai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memberi

Puisi
 

Yang berlari sangat pantas,
     Yang menang sangat bertuah;
Yang memberi tangan di atas,
     Yang menerima tangan di bawah.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Memberi bunga kepada kera (monyet).

Bermaksud :

Memberikan sesuatu kepada orang yang tidak tahu menggunakannya. (Bandingkan dengan: a. Bagai kera diberi kaca, b. Kera dapat bunga).

 

Lihat selanjutnya...(58)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Saya ingin mengetahui perkataan yang sesuai untuk memberi makan haiwan . Contohnya "memberi makanan untuk arnab' , 'memberi makanan kepada' atau 'memberi makan' sahaja.Salam,

Untuk makluman, perkataan yang sesuai untuk memberi makan haiwan, ialah memberi makanan kepada arnab.
Tatabahasa13.07.2015
bagaimanakah perkataan "memberi" dan "memberikan" digunakan? Kita memberi / memberikan nasihat. Memberi /memberikan hadiah. Memberi/memberikan budak itu....

Perkataan 'memberi' digunakan hanya untuk sesuatu yang bernyawa, contohnya orang. Manakala perkataan 'memberikan' digunakan untuk objek yang tidak bernyawa. Contoh ayat yang betul ialah memberikan nasihat, memberikan hadiah dan memberi budak itu.................... Harap maklum.

Tatabahasa12.07.2008
Hi, boleh saya tahu perbezaan antara memberi dan memberikan ? Dari kamus, perkataan 'memberi' hendaklah diikuti dengan kata nama objek bernyawa, manakala 'memberikan' hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Tetapi bagaimana pula dengan benda abstrak ? Contohnya, memberi / memberikan salam ? memberi / memberikan nasihat ? memberi / memberikan peringatan ? memberi / memberikan taklimat ? dan lain-lain lagi. Ada jawapan dari kamus yang menyatakan bahawa "memberi taklimat" adalah betul, tetapi ada juga yang menyatakannya salah. Harap tuan dapat membantu saya dalam soalan-soalan yang dikemukakan. Terima kasih.Perkataan "memberi" dan "memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan "memberi" hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala "memberikan" hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa, seperti memberi adiknya sebuah buku cerita dan memberikan taklimat kepada peserta. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 191 dan 202.Tatabahasa16.10.2014
Saya ingin tahu penggunaan kata "MEMBERI" dan MEMBERIKAN" 1. Ibu memberikan wang kepada adik. ATAU Ibu memberi wang kepada adik 2. Peristiwa itu memberi pengajaran. ATAU Peristiwa itu memberi pengajaran. 3. Guru memberi galakan. ATAU Guru memberikan galakan. 4. Guru Besar memberi ucapan. ATAU Guru Besar memberikan ucapan.Kata 'memberi' diikuti dengan  kata  nama  objek  bernyawa, seperti : Ali memberi adiknya sebatang pen. Manakala 'memberikan' diikuti  kata  nama  objek tidak bernyawa, seperti : Ibu memberikan nasihat kepada anaknya. Dalam contoh ayat yang dikemukakan, yang betul ialah (1), (3b) Guru memberikan galakan, (4b) Guru Besar memberikan ucapan.Tatabahasa15.07.2010
Tuan, saya berharap bantuan dapat tuan berikan kepada saya. 1) memberi harus diikuti dengan penerima (lokatif) tetapi dalam kamus dewan perkataan memberi digunakan untuk benefaktif juga. Contohnya, memberi salam, memberi pinjam, dan sebagainya. Dalam definisi 'memberi' kamus pelajar edisi kedua yang ketiga pula ialah seperti yang berikut: 3 menyebabkan mendapat atau terkena sesuatu: Kita mesti berkelakuan baik dan jangan sekali-kali ~ malu kpd orang tua kita Tuan, sila bantu saya. 2) Selain itu, kata hubung 'akan tetapi' digunakan dengan salah kerana perkataan itu tidak wujud. Tolong jelaskan. 3) Dalam sebuah buku, frasa 'jus buahan' digunakan. Walaubagaimanapun, sejak kecil lagi kami belajar tentang jus buah-buahan. Dalam kamus tiada perkataan buahan kerana buah-buahan ialah kata ganda berimbuhan. Tolong saya dalam pemahaman begitu.1) Dalam buku Tatabahasa Dewan, awalan kata kerja meN- (termasuklah me- seperti dalam memberi) membentuk kata kerja aktif transitif dan kata kerja aktif tak transitif. Sebagai kata kerja aktif transitif awalan meN- menerima objek selepasnya seperti membaca buku dan menendang bola. Kata kerja aktif tak transitif tidak memerlukan objek selepasnya, seperti ombak memutih dan adik menangis.

2) Akan tetapi ialah kata hubung untuk menyatakan hal-hal yg agak berlawanan, maka penggunaannya hendaklah disesuaikan dengan konteks ayat tersebut.

3) Frasa yang betul jus buah-buahan.
Tatabahasa08.03.2014
Selamat petang, Saya ingin bertanya, apa perbezaan antara memberi dengan memberikan. Dan, mana satu yang betul. memberi dia harapan atau memberi harapan kepada dia? Terima kasih.
Perkataan 'memberi' dan 'memberikan' merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan 'memberi' hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala 'memberikan' hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Dan begitulah juga dalam bentuk pasif.
Tatabahasa04.12.2012
Penggunaan memberi dan memberikan. Bolehkah ayat ini diterima iaitu Dia memberi anjingnya makananPerkataan 'memberi' dan 'memberikan' merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan 'memberi' hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala 'memberikan' hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Penggunaan 'memberi' dalam contoh ayat adalah betul. Tatabahasa19.06.2008
apakah pebezaan memberikan salam dan memberi salam, bagaimanakan penggunaannya dalam ayat?Perkataan "memberi" dan "memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan "memberi" hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala "memberikan" hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Oleh itu, bagi ayat yang diberikan, yang betul ialah memberi, iaitu dia memberi anaknya pelajaran dan pendidikan agama yang sempurna .Tatabahasa28.09.2012
apakah beza antara "memberikan' dengan "memberi"?Lazimnya kata memberi diikuti dengan manusia, seperti dia memberi adiknya sebuah buku cerita, manakala memberikan diikuti dengan objek seperti ... memberikan sesuap nasi kepadanya. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 151 dan 191.Makna07.01.2012
Menurut jawapan pihak Tuan, perkataan memberi dan memberikan merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan memberi hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala memberikan hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Akan tetapi, berdasarkan penerangan di atas, saya hendak mengemukankan beberapa butir untuk ditelitikan. 1. Ali memberi adik (objek bernyawa) air. 2. Ali memberikan air (objek tak bernyawa) kepada adiknya. Dua ayat ini betul menurut penerangan di atas. 3. Ali memberi/memberikan anaknya (objek bernyawa) kepada keluarga itu. 4. Disebabkan miskin, Ali telah memberi/memberikan anak bongsunya (objek bernyawa) kepada jirannya. Bagaimana pula dengan dua ayat di atas? 4. Bos tidak memberi/memberikan gaji (objek tak bernyawa) bulan ini. 5. Cikgu sudah memberi/memberikan arahan (objek abstrak) kali kedua. 6. Nenek suka memberi/memberikan nasihat (objek abstrak). Harap Tuan dapat menjawab soalan saya dgn penerangan yg teliti. Setahu saya, mem...kan akan diikuti dengan kepada, manakala mem... itu sendiri tidak perlu. Contoh: 1. Dia memberikan kucingnya (objek bernyawa) kpd jirannya. 2. Dia tidak suka memberi nasihat. Adakah kedua-dua ayat di atas gramatis? Sekian terima kasih.

Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM, menerangkan makna:
(i) Memberi - menyebabkan seseorang menerima sesuatu. Contoh ayat: Ia memberi anak-anaknya wang saku.
(ii) Memberikan - menyerahkan sesuatu kepada... Contoh ayat: Saya memberikan buku itu kepada adik saya.

Maka, ayat yang betul ialah:
1. Ali memberi adik air.
2. Ali memberikan air kepada adiknya.
3. Ali menyerahkan anaknya kepada keluarga itu. (Kata menyerahkan lebih tepat dalam konteks ayat ini)
4. Disebabkan miskin, Ali telah menyerahnya anak bongsunya kepada jirannya. (Kata menyerahkan lebih tepat dalam konteks ayat ini)
4. Bos tidak memberikan gaji pada bulan ini.
5. Cikgu sudah memberikan arahan kali kedua kepada pelajar itu.
6. Nenek suka memberikan nasihat kepada cucu-cucunya.
Tatabahasa24.03.2015
12345678910...

Kembali ke atas