Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.ri.kan] | ممبريکن

Definisi : 1. menyerahkan sesuatu kpd: ada orang yg sudi ~ sesuap nasi kepadanya; 2. melakukan sesuatu utk (faedah) orang lain: ~ pelajaran; ~ pertolongan; ~ layanan yg istimewa; 3. menyatakan sesuatu kpd orang lain spt yg diperlukan atau dikehendaki: ~ taklimat fatwa; 4. mendatangkan, menghasilkan: makanan yg ~ tenaga; ~ kesan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.ri.kan] | ممبريکن

Definisi : menyerahkan sesuatu kpd: Saya ~ buku itu kpd adik saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memberikan

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Mencurah air di daun keladi.

Bermaksud :

Memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak dapat meresap ke dalam hati.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bagaimanakah perkataan "memberi" dan "memberikan" digunakan? Kita memberi / memberikan nasihat. Memberi /memberikan hadiah. Memberi/memberikan budak itu....

Perkataan 'memberi' digunakan hanya untuk sesuatu yang bernyawa, contohnya orang. Manakala perkataan 'memberikan' digunakan untuk objek yang tidak bernyawa. Contoh ayat yang betul ialah memberikan nasihat, memberikan hadiah dan memberi budak itu.................... Harap maklum.

Tatabahasa12.07.2008
Saya ingin tahu penggunaan kata "MEMBERI" dan MEMBERIKAN" 1. Ibu memberikan wang kepada adik. ATAU Ibu memberi wang kepada adik 2. Peristiwa itu memberi pengajaran. ATAU Peristiwa itu memberi pengajaran. 3. Guru memberi galakan. ATAU Guru memberikan galakan. 4. Guru Besar memberi ucapan. ATAU Guru Besar memberikan ucapan.Kata 'memberi' diikuti dengan  kata  nama  objek  bernyawa, seperti : Ali memberi adiknya sebatang pen. Manakala 'memberikan' diikuti  kata  nama  objek tidak bernyawa, seperti : Ibu memberikan nasihat kepada anaknya. Dalam contoh ayat yang dikemukakan, yang betul ialah (1), (3b) Guru memberikan galakan, (4b) Guru Besar memberikan ucapan.Tatabahasa15.07.2010
DBP, berikut yang manakah adalah betul? (a) Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang kepada anak-anak daripada memberikan kasih sayang kepada anak mereka. (b) Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang kepada anak-anak tetapi tidak kasih sayang. (c) Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang kepada anak-anak tetapi bukan kasih sayang. (d) Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang kepada anan-anak dan sebaliknya tidak memberikan kasih sayang kepada anak mereka. (e) Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang kepada anak-anak tetapi tidak memberikan kasih sayang kepada anak mereka. Jika jawapannya lebih daripada satu, sila beritahu saya. Jika kesemuanya salah, sila bantu saya membetulkan ayat. Sekian.Ayat yang betul ialah , Ibu bapa lebih bersedia memberikan wang daripada memberikan kasih sayang kepada anak-anak mereka.Tatabahasa28.04.2011
1. Rakan sebaya memberi /memberikan impak yang besar dalam diri remaja. Soalan: memberi atau memberikan yang betul?

1. Rakan sebaya memberikan impak yang besar dalam diri remaja. Memberikan bermaksud menyerahkan sesuatu kepada.

Tatabahasa17.08.2011
erkataan memberi dan memberikan merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan memberi hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala memberikan hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Diberi dan diberikan adalah bentuk pasif memberi dan memberikan. Oleh itu ayat "Sejumlah RM50000 diberi kepada pesakit jantung yang akan menjalani pembedahan secepat mungkin" adalah betul. terima kasih, tuan.. tetapi kalau memberikan diikuti dengan kata nama tidak bernyawa. maka, jawapan sepatutnya sejumlah wang diberikan kepada pesakit dan bukannya diberi kepada pesakit. ) terima kasih kerana kekeliruan semakin kurang.

Perkataan 'memberi' dan 'memberikan' merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan 'memberi' hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala 'memberikan' hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Dan begitulah juga dalam bentuk pasif. Oleh itu, ayat "Sejumlah wang diberikan kepada pesakit" adalah gramatis. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.

Tatabahasa23.07.2011
Tolong selesaikan kekeliruan ini:KK transitif dalam frasa 'membelikan Ahmad' dan 'membeli kasut' adalah tepat.pada fahaman saya kktr membelikan disertai objek yag bernyawa manakala kktr membeli untuk objek tidak bernyawa. Bagaimana pula antara 'memberi' dengan 'memberikan'.Kenapa memberikan Ahmad(objek bernyawa) dan memberi kasut(objek tidak bernyawa) salah pula? Tolong jelaskan kerana saya semakin pening kerana menentukan sama ada mahu menggunakan meN.... atau meN....kan.Frasa "membelikan Ahmad" ialah frasa kata kerja transitif yang membawa maksud benefaktif atau manfaat. Dalam hal ini ayat yang terbentuk memerlukan dua objek dan objek pertama ialah objek yang bernyawa. Manakala frasa "membeli kasut" ialah frasa kata kerja transitif yang membawa maksud melakukan sesuatu. Kata kerja berawalan meN- boleh terdiri daripada kata kerja aktif transitif dan kata kerja aktif tak transitif. Bagi perkataan memberi dan memberikan pula, perkataan 'memberi' digunakan untuk objek yang bernyawa, manakala perkataan 'memberikan' digunakan untuk objek yang tidak bernyawa. Hal ini sedemikian kerana aspek makna yang dibawa oleh kedua-dua perkataan tersebut. Memberi membawa maksud menyampaikan (sesuatu) kepada seseorang, manakala memberikan membawa maksud memberikan sesuatu. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa07.04.2012
Saya ingin minta jasa baik pihak DBP dalam menerangkan perbezaan di antara memberi dan memberikan, cth : Klinik Rama telah memberi / memberikan rawatan yang baik kepada anak saya.

Perkataan memberi dan memberikan merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan memberi hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala memberikan hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Penggunaan memberi dalam contoh ayat adalah betul. Dalam contoh yang diberikan penggunaan yang betul ialah memberikan - Klinik Rama telah memberikan rawatan yang baik kepada anak saya.

Tatabahasa20.05.2010
APAKAH PERBEZAAN ANTARA MEMBERI DAN MEMBERIKAN, DIPERHEBAT DAN DIPERHEBATKANPerkataan 'memberi' dan 'memberikan' merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan 'memberi' hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala 'memberikan' hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Contoh : Abang memberi adik sebatang pensil; Pengetua memberikan nasihat kepada semua  pelajar. Bagi perkataan 'diperhebat' bermaksud menjadi hebat, sementara 'diperhebatkan' bermaksud menjadikan hebat. Sila rujuk buku tatabahasa bahasa Melayu untuk mendapatkan penjelasan lanjut.Tatabahasa17.06.2008
Aapakah perbezaan penggunaan perkataan memberi dan memberikan? Contohnya, dalam ayat ini Dia__________ anaknya pelajaran dan pendidikan agama yang sempurna. __________ harus diisi dengan memberi atau memberikan. Mengapa?Perkataan "memberi" dan "memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan "memberi" hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala "memberikan" hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Oleh itu, bagi ayat yang diberikan, yang betul ialah memberi, iaitu dia memberi anaknya pelajaran dan pendidikan agama yang sempurna.Tatabahasa05.11.2011
apakah perbezaan penggunaan perkataan " memberikan" dan "memberi" dalam ayat?

Perkataan 'memberi" dan memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan 'memberi' hendaklah diikuti dengan kata nama objek bernyawa, manakala 'memberikan' hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Contoh ayat adalah seperti yang berikut:

a. Ali memberi kucing makan. 

b. Ali memberikan makanan kepada kucing.

Sila rujuk buku tatabahasa bahasa Melayu untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Tatabahasa09.03.2011
12345678910...

Kembali ke atas