Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.ri.ta.hu] | ممبريتاهو

Definisi : memberi khabar kpd seseorang supaya tahu, memaklumi: ia ~ tiap-tiap orang tempat penginapan masing-masing; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.ri.ta.hu] | ممبريتاهو

Definisi : menyebabkan seseorang mengetahui sesuatu (berita, khabar dll); memaklumkan kpd; melaporkan kpd: Dia ~ saya bahawa isterinya telah meninggal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memberitahu

Puisi
 

Teras Kemunting haluan perahu,
     Tanam tebu hutan seberang;
Angkat kening memberitahu,
     Bolehkah jumpa sama seorang?


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Datang tampak muka,
     pulang tampak punggung.

Bermaksud :

Datang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Datang nampak muka, pergi nampak belakang). (Bandingkan dengan: Hinggap mencengkam [dahan], terbang menumpu [dahan]).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Orang tua itu memberitahu kisahnya kepada beberapa orang murid. 2. Orang tua itu memberitahu beberapa orang murid ceritanya. ayat di atas betul? Apakah perbezaan antara memberitahu dengan memberitahukan? Terima kasih1. Orang tua itu memberitahu kisahnya kepada beberapa orang murid. 2. Orang tua itu memberitahu beberapa orang murid ceritanya.
 Jawapan: Kedua-dua ayat di atas adalah betul.
 Apakah perbezaan antara memberitahu dengan memberitahukan?
Jawapan; Memberitahukan  bermaksud menyampaikan atau melaporkan sesuatu (berita dsb), memberitakan (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Memberitahu bermaksud memberi khabar kepada seseorang supaya tahu (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tatabahasa22.07.2014
saya hendak tahu penggunaan ayat yang betul sama ada 'memberitahu kepada Ali' atau 'memberitahu Ali' dan bagaimanakah penjelasan penggunaannya?

Saudara,

Yang betul ialah frasa "memberitahu Ali" perkara tersebut  atau "memberitahukan perkara tersebut" kepada Ali.  Penjelasan tentang frasa ini melibatkan aspek makna apitan meN...kan dan meN...i.  meN...kan(memberitahukan) lazimnya menerima objek tidak bernyawa, manakala (memberitahu) menerima objek bernyawa. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 206-207.

Tatabahasa12.11.2010
Salam. Ayat manakah yang betul; 1) beliau memberitahu pegawainya atau 2) beliau memberitahu pegawai beliau Terima kasih."Frasa yang betul ialah beliau memberitahu pegawainya...Tatabahasa02.06.2013
1. (memberitahu/ memberitahukan )perkara itu kepada guru atau (memberitahu/ memberitahukan) guru perkara itu 2.( tuan hamba/ hamba) akan pergi ke pekan ,kata hang tuah kepada hung jebat 3. berkata bahawa atau mengatakan bahawa .yang mana satu betul. terima kasih atas bantuan yang diberi.

1. Frasa yang betul ialah "memberitahukan perkara itu kepada guru" dan "memberitahu guru  perkara itu".

2. Jika merujuk pada Hang tuah, gunakan "hamba".

3. Kedua-duanya boleh digunakan mengikut konteks ayat.

Tatabahasa23.03.2010
SILA MEMBERITAHU TENTANG FONOLOGI STPM.Untuk tuuan peperiksaan sila rujuk buku rujukan yang berkaitan. Rujuk buku Fonologi Bahasa Melayu dan makalah yang berkaitan dalam majalah Pelita Bahasa dan Dewan Bahasa terbitan DBP untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.Lain-lain11.07.2012
Saya hendak mengajarkan ayat songsang yang berikut kepada anak saya: 1.Memberitahu saya Ali bahawa dia akan ke Singapura. (Asalnya: Ali memberitahu saya bahawa dia akan ke Singapura.) 2. Diberitahu oleh Ali saya bahawa dia akan ke Singapura. (Asalnya: Saya diberitahu oleh Ali bahawa dia akan ke Singapura.) Adakah bentuk ayat songsang tersebut betul? Saya memohon jawapan segera kepada tuan.

Ayat asal : Ali memberitahu saya bahawa dia akan ke Singapura

Ayat songsang : Dia akan ke Singapura, Ali memberitahu saya.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga , halaman 457. 

Tatabahasa20.01.2010
Harap dapat memberitahu adakah ayat-ayat tersebut betul dan penjelasannya. 1. Orang ramai (berebut-rebut / berduyun-duyun) masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselataman. ( mana yang tepat ) 2.Marina terpaksa menangguhkan niatnya menyambung pelajaran kerana kesempitan wang. 3. Serina menamai kucingnya Putih kerana bulu kucingnya itu putih. 4. Ikhwan dan Alif gemar betul membaca buku cerita. 5. Novel yang paling tebal itu tidak terbaca oleh saya dalam tempoh dua hari. 6. Mereka membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat agung itu. 7. Yang muda hendaklah dinasihati dan yang tua hendaklah disayangi. Sekian, terima kasih.1. Orang ramai (berebut-rebut / berduyun-duyun) masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselamatan. ( mana yang tepat )
Orang ramai berebut-rebut/berasak-asak masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselamatan. (tepat) - dalam konteks ayat ini, situasi pintu dibuka oleh pengawal.
2.Marina terpaksa menangguhkan niatnya menyambung pelajaran kerana kesempitan wang. (Tepat)
3. Serina menamai kucingnya Putih kerana bulu kucingnya itu putih. (tepat)
4. Ikhwan dan Alif gemar betul membaca buku cerita. (TEPAT)
5. Novel yang paling tebal itu tidak terbaca oleh saya dalam tempoh dua hari. (TEPAT)
6. Mereka membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat agung itu. frasa yang betul ialah perkara-perkara lain.
7. Yang muda hendaklah dinasihati dan yang tua hendaklah disayangi.(Tepat)
Tatabahasa13.08.2012
1)Mereka memberitahu kami bahawa peraturan itu telah dikuatkuasakan mulai penggal pertama persekolahan. 2)Rajesh membuat laporan tentang kejadian itu kepada pihak pengawal. 3)Usah melonggarkan hubungan persahabatan kita yang telah lama terjalin. Tolong betulkan.Terima kasih.1. Mereka memberitahu kami bahawa peraturan itu berkuat kuasa mulai penggal pertama persekolahan.
2. Rajesh membuat laporan tentang kejadian itu kepada pihak pengawal.
3. Usah longgarkan hubungan persahabatan kita yang telah lama terjalin.
Tatabahasa16.07.2012
1. ..membawa kepada kebaikan 2...memberitahu kepada ibunya. 3...menjurus kepada kebaikan. 4..mendorong kepada kemungkaran 5..melancong ke luar negara. Soalan: Adakah kesemuanya kata kerja transitif dan perlu digugurkan kata sendi yang mengikutinya?

Membawa, memberitahu, menjurus dan mendorong ialah kata kerja transitif yang hadir sebelum kata nama atau frasa nama, manakala melancong bukan ialah kata kerja tak transitif. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 147.

Tatabahasa29.05.2011
Mohon penjelasan kepada tuan mengenai ayat di bawah: 1. Dia memberitahu saya bahawa dia akan ke Singapura. Mengapakah SAYA menjadi objek sipi dan BAHAWA DIA AKAN KE SINGAPURA sebagai objek tepat. Tatabahasa Dewan tidak menjelaskan perkara tersebut. 2. Bolehkah ayat di bawah disongsangkan bentuknya (dikedepankan pelengkapnya): Dia berpendapat bahawa perkara itu belum boleh diambil tindakan. Jawapan diperlukan segera. Sekian, terima kasih.

1. Dia memberitahu saya bahawa dia akan ke Singapura. - pada asalnya saya tidak hadir dalam ayat ini, ayat asal berbunyi (Dia memberitahu bahawa dia akan ke Singapura - objek: bahawa dia akan ke Singapura), apabila ada penambahan perkataan saya - perkataan tersebut menjadi objek sipi.

2. Boleh disongsangkan menjadi "Bahawa perkara itu belum boleh diambil tindakan, pendapatnya".

Untuk keterangan lanjut sila rujuk pakar-pakar bahasa.

Tatabahasa19.01.2010
12345678

Kembali ke atas