Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ber.kas] | ممبرکس

Definisi : 1. mengikat menjadi satu ikatan: tebu itu diberkas dlm ikatan sepuluh-sepuluh;2. ki menangkap, menahan: perintah dikeluarkan supaya orang itu dihendap dan diberkas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ber.kas] | ممبرکس

Definisi : 1 mengikat beberapa benda dlm satu ikatan: Ia ~ tebu itu sepuluh-sepuluh setiap ikatan. 2 ki menahan orang(-orang) yg disyaki bersalah; menangkap: Petang semalam, polis telah ~ tiga orang pemuda yg disyaki mencuri barang-barang kemas dr rumah Ahmad. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memberkas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah jawapan yang paling sesuai untuk soalan berikut? Mengapa? Polis berjaya memberkas _________ perompak bank itu. A) tiga B) ketiga-tiga C) ketiga D) bertiga Terima kasih.Polis berjaya memberkas ketiga-tiga perompak bank itu.Tatabahasa19.07.2012

Kembali ke atas