Ayat manakah yang betul? A) Ali tidak dapat membezakan antara perkara yang betul dan salah. B) Ali tidak dapat membezakan antara perkara yang betul dengan perkara yang salah. | Ayat yang betul ialah Ali tidak dapat membezakan antara perkara yang betul dengan perkara yang salah. | Tatabahasa | 23.05.2011 |
Yang manakah betul? 1. Murid-murid itu diajarkan cara membezakan antara huruf besar dengan huruf kecil. 2. Murid-murid itu diajar cara membezakan antara huruf besar dengan huruf kecil. | Ayat yang betul ialah Murid-murid itu diajar cara membezakan antara huruf besar dan huruf kecil. | Tatabahasa | 21.05.2022 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagaimanakah untuk membezakan penggunaan "bawah" dan "di bawah"? Adakah konsep "ada ruang/tiada ruang/abstrak" boleh digunakan untuk membezakan dua perkataan ini? Terima kasih. | Konsep “ada ruang/tiada ruang/abstrak" memang boleh digunakan untuk membezakan perkataan bawah dan di bawah. Perbezaan dua perkataan ini boleh dilihat dengan contoh-contoh ayat yang berikut: 1. Ayah berehat di bawah pokok jambu. 2. Mimpi selalunya dikaitkan dengan perasaan bawah sedar.
| Tatabahasa | 19.12.2024 |
Bagaimana membezakan ayat tunggal atau ayat majmuk semasa ayat tersebut mempunyai perkataan "yang"? | Ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada dua bahagian, iaitu subjek dan predikat. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek. Contoh ayat tunggal: “Ali berjalan kaki.” Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Contoh ayat majmuk: “Ali sedang membaca buku dan Fatimah sedang membuat latihan Matematik.” Ayat relatif merupakan ayat majmuk pancangan yang ditandai dengan penggunaan perkataan “yang” seperti dalam contoh ayat: “Saya membeli baju yang berwarna merah.” Apabila kedua-dua ayat itu dimajmukkan, ayat “Baju itu berwarna merah” dipancangkan ke dalam ayat induk “Saya membeli baju.” Oleh sebab ungkapan “baju” diulang, maka “baju” yang kedua itu digugurkan dan digantikan dengan kata hubung relatif “yang”. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 463, 497, 504 dan 505. | Tatabahasa | 07.10.2024 |
bagaimanakah membezakan kata sendi nama dengan kata hubung? kesemuanya hampir sama | Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Contohnya, di, bagi, ke, dari, demi, untuk, kepada, dan dengan. Kata hubung ialah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk. Terdapat dua jenis ayat majmuk yang terbentuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Ayat majmuk pancangan dihubungkan oleh kata hubungpancangan. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kata hubung pancangan relatif, kata hubung pancangan komplemen dan kata hubung pancangan keterangan. Kata hubung pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 251-254 dan 497-519. | Tatabahasa | 24.04.2019 |
bagaimana membezakan penjodoh bilangan cekak dan gemal? Contoh ayat: Lily membeli (secekak/segemal) lidi di pasar pagi. | Berdasarkan makna kata, gemal juga merujuk ukuran berasaskan cekak. Oleh itu, penggunaannya boleh bersilih ganti. | Tatabahasa | 07.03.2019 |
Bagaimana membezakan "antara...dengan" dan "antara...dan"? Yang mana betul: 1)Perbezaan antara kes yang tertinggi dan terendah 2)Perbezaan antara kes yang tertinggi dengan terendah Saya rujuk khidmat nasihat dbp yang ditanya oleh orang lain, jawapan yang dibagi :'antara 1 dan 200' merupakan penggunaan yang tepat. | Berdasarkan contoh yang diberikan, ayat yang betul ialah 2)Perbezaan antara kes yang tertinggi dengan terendah. Perkataan "antara...dengan" biasanya menunjukkan perbandingan. | Tatabahasa | 18.03.2015 |
Bagaimana membezakan penggunaan kata sendi nama 'di' dan 'pada' untuk benda atau tempat | "di" ialah kata sendi nama yang menunjukkan tempat dll. Contoh "di rumah", "di sekolah" dan lain-lain. Manakala "pada" pula ialah ialah kata sendi nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat. Contohnya "pada peringkat", "pada hari raya" dan lain-lain. | Makna | 25.02.2015 |
bagaimanakah membezakan penggunaan dan & serta? | Merujuk buku Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima (Asmah Hj Omar), perkataan serta mendukung makna "dan pada waktu itu". Di sini kita lihat bahawa serta mempunyai kompenan makna +dan, +waktu. Jadi, kata depan ini mempunyai persamaan dengan dan dalam erti kata salah satu kompenan maknanya ialah +dan, tetapi berbeza dengan dan kerana dan tidak mempunyai kompenan +waktu. Contoh: Dia memberi salam serta menjemput kami masuk. | Tatabahasa | 08.03.2013 |
bagaimanakah membezakan penggunaan kata hubung (dan) dengan (serta)? | Penggunaan kata hubung "dan" dan "serta" berdasarkan makna yang terakam dalam kamus. Kata dan digunakan apabila menyambung dua perkataan atau ayat, manakala kata serta digunakan bagi menggantikan maksud dan juga. | Tatabahasa | 07.03.2013 |