Adakah perkataan "membiak" boleh digunakan pada manusia? Contoh ayat: "Lelaki itu tak dapat membiak lagi kerana testikelnya telah dibuang." Adakah penggunaan perkataan "membiak" dalam ayat ini betul? Mohon cadangkan perkataan yang sesuai dan membawa maksud yang sama jika ia tak betul. Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat definisi membiak ialah menjadi semakin banyak (binatang, tumbuh-tumbuhan, dan sebagainya). Istilah membiak ini lebih sesuai digunakan untuk bintanag atau tumbuh-tumbuhan. Ayat yang lebih sesuai bagi contoh yang diberi ialah Lelaki itu telah mandul kerana testikelnya telah dibuang. | Makna | 11.10.2017 |
perkataan seerti bagi 'perkembangan' | Maknanya ialah perihal (proses dsb) berkembang (menjadi maju atau tersebar, membiak, meluas, dsb), pertumbuhan, kemajuan: ~ bahasa dan kesusasteraan Melayu; dgn ~ perindustrian, banyaklah lagi hasil perusahaan yg dapat dikeluarkan; ~ politik; ~ ilmu pengetahuan; | Makna | 15.04.2010 |
Apa perbezaan perkataan ORGANISMA & ORGANISME | Oraganisma ialah haiwan, tumbuhan, dan benda-benda yang berupaya menjalani proses kehidupan seperti bernafas, makan, membesar, dan membiak. Manakala organisme merujuk kepada atau berkaitan dengan faktor atau proses yang terlibat dalam integrasi dan pengekalan keindividuan satu organisma. | Makna | 11.08.2009 |
apakah maksud produktif dan kompetitif dalam maksud yang tepat | Produktif bermaksud 1. berupaya atau boleh mengeluarkan hasil yg banyak; 2. mencapai banyak hasil, berhasil; 3. berupaya membiak, melahirkan anak atau menyebabkan kelahiran, subur. Kompetitif pula bermaksud bersifat persaingan, cenderung atau suka bersaing. | Makna | 18.04.2007 |
Apa terjemahan terbaik bagi perkataan" reproductive" di dalam konteks " women's reproductive life" | Menurut pangkalan data DBP, reproductive: 1. Berkaitan dengan pembiakan atau berupaya untuk membiak. 2. Menyerupai atau mengalami proses pembiakan. 3. Individu yang menjalankan pembiakan. Akan tetapi, disebabkan tidak ada ayat lengkap, pihak kami tidak dapat memberikan makna yang tepat. Mungkin juga boleh membawa maksud tempoh kesuburan wanita. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.11.2015 |