Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bia.ya.i] | ممبياياءي

Definisi : membelanjai, mengongkosi: diperlukan modal dlm negeri utk ~ perusahaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bia.ya.i] | ممبياياءي

Definisi : mengeluarkan wang sbg biaya: Orang miskin tidak mampu ~ pelajaran anaknya di universiti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membiayai


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah kita menggunakan 'membiayai' untuk bil? Contohnya 'membiayai bil perubatan'?Membiayai bermaksud mengeluarkan wang sebagai biaya dan boleh digunakan dalam konteks yang tersebut.Tatabahasa10.04.2014
Apakah terdapat perbezaan antara membiaya dengan membiayai (Serta dibiaya dan dibiayai)? Atau adakah salah satu bentuk kata itu tidak betul? Jika terdapat perbezaan, mohon berikan contoh penggunaan bagi keempat-empat perkataan.Perkataan yang betul ialah "membiayai" dan "dibiayai". Membiayai bermaksud mengeluarkan wang sebagai biaya. Contoh ayat; 1. Biasiswa ialah wang yang diberikan kepada pelajar untuk membiayai atau membantu membiayai pelajaran, 2. Penggunaan alat moden dalam pertanian memerlukan modal yang besar dan tidak mampu dibiayai oleh  petani yang miskin di negara ini.Tatabahasa22.06.2017
Saya nama Nurhayati Chekhor belajar bahasa melayu dasa ingin bertanya makna BiasiswaBiasiswa ialah wang yang diberikan kepada pelajar untuk membiayai atau membantu membiayai pelajaran.Makna28.10.2015
Saya nama Nurhayati Chekhor belajar bahasa melayu dasa ingin bertanya apakah makna BiasiswaBiasiswa ialah wang yang diberikan kepada pelajar untuk membiayai atau membantu membiayai pelajaran.Makna28.10.2015
Saya nama Nurhayati chekhor belajar bahasa melayu dasar inginkan bertanya tentang tata bahasa apakah makna biasiswaBiasiswa ialah wang yang diberikan kepada pelajar untuk membiayai atau membantu membiayai pelajaran.Makna28.10.2015
Salam Satu Malaysia, 1. Pak Harun menyatakan bahawa dia sanggup bergolok-gadai demi membiayai pengajian anak tunggalnya di/ ke menara gading. (apakah kata sendi nama yang sesuai?)Salam sejahtera,

Penggunaan kata sendi yang betul ialah "di". Kata sendi "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.
Jadi, ayat yang betul ialah:

Pak Harun menyatakan bahawa dia sanggup bergolok-gadai demi membiayai pengajian anak tunggalnya di menara gading.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa15.03.2018
PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN SUMBANGAN KEWANGAN BAGI MEMBIAYAI PROJEK PEMBESARAN SURAU... adakah ayat di atas boleh digunakan untuk tajuk suratTajuk yang lebih sesuai ialah "PERMOHONAN SUMBANGAN KEWANGAN BAGI PROJEK PEMBESARAN SURAU".Tatabahasa03.09.2014
sama ada penggunaan perkataan idi bawah betul atau sebaliknya : menggembelengkan sokonganKamus Dewan Edisi Empat memberi makna menggembleng sebagai menyatukan atau memadukan (tenaga, modal, dan lain-lain) untuk melakukan (meng­hasilkan, memperteguh) sesuatu: penduduk kampung itu menggembleng tenaga untuk membina jambatan itu; bank mempunyai peranan penting bagi menggembleng modal dalam negeri untuk membiayai perusahaan.

Perkataan gembleng kurang sesuai digunakan untuk sokongan. Perkataan yang lebih sesuai ialah mendapat sokongan, menguatkan sokongan.
Tatabahasa08.02.2013
Salam sejahtera. Saya memerlukan khidmat tuan/puan dalam memberikan pencerahan tentang perbezaan dari segi konteks pengguna dan prosedur yang berkaitan : i. memohon sumbangan vs memohon taja ii. memohon sumbangan vs memohon derma iii. bagi perkara (i) & (ii), yang manakah memerlukan prosedur kelulusan daripada pihak berkuasa? Sekian, terima kasih.Salam sejahtera,

i. Taja bermaksud membiayai rancangan radio atau televisyen sebagai ganjaran masa tayangan iklan.
Sumbangan bermaksud sesuatu yang diberikan sebagai bantuan.
Derma bermaksud bantuan yang berupa wang atau  pemberian yg ikhlas, sedekah.

ii. Soalan tuan sudah keluar daripada bidang kepakaran kami iaitu perkhidmatan bahasa dan sastera. Mohon tuan dapat mengajukan soalan tersebut kepada pihak yang lebih arif.

Sekian, terima kasih.
Istilah28.10.2017
Adakah perkataan 'promotor' dalam bahasa melayu? adakah perkataan ini bermaksud 'promoter' dalam bahasa inggeris? apakah perkataan yg sesuai digunakan untuk merujuk kepada promoter?Untuk makluman, perkataan "promotor" terdapat dalam istilah bidang Biologi yang bermaksud otot protraktor, iaitu otot yang sebahagiannya memanjang keluar daripada badan. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "promoter" bermaksud 1. orang atau pihak yang menganjurkan atau membiayai sesebuah kegiatan, mis acara sukan, penganjur; 2. orang yang berusaha mem­perkenalkan dan menggalakkan penjualan sesuatu barangan. Istilah bahasa Melayu yang lain untuk "promoter" ialah penggalak.Istilah18.04.2014
12

Kembali ke atas