menunggang atau membonceng dan menumpang motosikal? | Menunggang bermaksud menaiki dan duduk mengangkang di atas sesuatu (basikal, kuda, dll.). Membonceng pula ialah menumpang naik motosikal (basikal dan sebagainya) sementara menumpang membawa maksud naik dan berpergian (dengan kereta, kapal, dll.) dan juga membawa maksud membonceng. Oleh yang demikian, menunggang, membonceng dan menumpang motosikal boleh digunakan. | Lain-lain | 21.08.2021 |
1) Ayah membonceng adik 2)Ayah memboncengkan adik di belakang motosikalnya. Adakah kedua-dua ayat ini betu ? bagaimana dengan ayat 1 ? | Kedua-dua ayat membawa makna berlainan. Membonceng bermaksud ikut naik kenderaan. Cth. Tiap pagi dia membonceng motosikal abangnya. Memboncengkan bermaksud membawa naik bersama-sama. Cth. seperti ayat kedua yang diberikan. | Tatabahasa | 22.04.2008 |
Salam 1Malaysia. 1. Apakah perbezaan antara penunggang dan pembonceng motosaikal. 2. Bolehkah penumpang motosaikal dipanggil pembonceng. | 1. Penunggang ialah orang yg menunggang atau menunggangi sesuatu: askar ~ gajah. Manakala pembonceng ialah orang yg membonceng. 2. Penumpang motosaikal boleh dipanggil pembonceng. | Lain-lain | 09.08.2010 |
1.Mencungkil pintu rumah yang terkunci atau mengumpil pintu rumah yang terkunci.Mana yang betul. 2.dua ekor kerang atau dua biji kerang. 3.Ayah memboncengkan atau menunggangkan adik dengan motosikal ke sekolah. Terima kasih. | 1. Mengumpil pintu rumah yang terkunci. - Mengumpil bermaksud menanggalkan, mencabut dan sebagainya sesuatu yang terlekat atau tertutup rapat dgn tuil dan sebagainya. 2. Dua ekor kerang. - Dalam kamus Dewan, penjodoh bilangan untuk binatang ialah ekor, manakala biji - penjodoh bilangan untuk benda kecil 3. Adik membonceng motosikal ayah ke sekolah. | Tatabahasa | 30.05.2009 |