1.Tanpa membuang masa,... 2. Tidak membuang masa,... Manakah yang betul? | Frasa yang betul ialah 1. Tanpa membuang masa, ... | Tatabahasa | 06.03.2011 |
membuang atau meninggalkan bunyi huruf, perkataan, meninggalkan sebutan imbuhan dan salah sebutan. | Soalan tuan tidak jelas, sila hubungi kami semula, dan nyatakan pertanyaan saudara dengan jelas. Untuk makluman tuan, Khidmat Nasihat DBP membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa. KNDBP juga turut melayan pertanyaan yang berkaitan dengan aktiviti sastera, penerbitan dan korporat. | Lain-lain | 30.04.2013 |
membuang atau meninggalkan bunyi huruf,perkataan dan imbuhan serta salah sebutan semasa membaca. | Soalan tuan tidak jelas, sila hubungi kami semula, dan nyatakan pertanyaan saudara dengan jelas. Untuk makluman tuan, Khidmat Nasihat DBP membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa. KNDBP juga turut melayan pertanyaan yang berkaitan dengan aktiviti sastera, penerbitan dan korporat. | Tatabahasa | 30.04.2013 |
1. Ali membuang sampah ke dalam tong sampah. 2. Ali membuang sampah di dalam tong sampah. ayat yang kedua betul atau salah? mohon tuan berikan pencerahan jika ayat tersebut salah. terima kasih. | Ayat kedua juga betul kerana menunjukkan tempat Ali membuang sampah. Walau bagaimanapun ayat pertama Ali membuang sampah ke dalam tong sampah telah mantap penggunaannya dalam kalangan msyarakat. | Tatabahasa | 13.05.2013 |
gejala pembuangan bayi atau gejala membuang bayi atau gejala buang bayi ? perlakuan membuang bayi atau perlakuan buang bayi atau perlakuan pembuangan bayi? | 1. Gejala pembuangan bayi. 2. Perlakuan membuang bayi. | Makna | 01.07.2014 |
Dia membuang sampah di dalam tong sampah. Dia membuang sampah ke dalam tong sampah. Soalan saya, adakah keuda-dua ayat di atas boleh digunakan? (Penggunaan di dan ke) Apakah perkataan dalam bahasa Melayu yang betul bagi perkataan bahasa Inggeris berikut: dustpan Adakah penyeduk atau penceduk? | Ayat yang betul ialah Dia membuang sampah ke dalam tong sampah. Padanan bahasa Melayu bagi perkataan dustpan ialah penadah sampah. | Makna | 28.06.2010 |
Selamat pagi. Saya ingin bertanya ayat-ayat di bawah betul atau salah: 1. Manusia sewenang-wenangnya membuang sampah ke dalam sungai. 2. Manusia membuang sampah ke dalam sungai sewenang- wenangnya. 3. Manusia membuang sampah sewenang-wenangnya ke dalam sungai. Sekian, terima kasih. | Kesemua ayat yang dikemukakan adalah betul. | Tatabahasa | 11.05.2011 |
Selamat sejahtera tuan/puan. Adakah perkataan "tandas" merujuk kepada tempat membuang air sahaja, ataupun perkataan tersebut juga bermaksud benda yang digunakan untuk membuang air? Adakah "mangkuk tandas" merujuk kepada seluruh benda (termasuk paip air dsb) ataupun bahagian yang semacam mangkuk? Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan, tandas bermaksud bilik khas (di tempat awam, sekolah, pejabat, dan sebagainya) tempat membuang air (yang dilengkapi dengan mangkuk tandas, sink, dan sebagainya), atau disebut bilik air. Mangkuk tandas sesuatu seperti mangkuk bentuk atau rupanya digunakan sebagai tempat buang air besar atau buang air kecil di tandas. | Makna | 12.10.2012 |
Jangan membuang tisu di dalam /ke dalam lubang tandas. | Jangan membuang tisu ke dalam lubang tandas. | Tatabahasa | 11.05.2011 |
Salam sejahtera, Gabungkan ayat-ayat tunggal berikut menjadi ayat majmuk. 1.Kok Seng mengutip sampah. 2.Kok Seng membuang sampah ke dalam tong sampah. Jawapan: 1.Kok Seng mengutip sampah lalu membuang sampah ke dalam tong sampah. 2.Kok Seng mengutip sampah lalu membuang ke dalam tong sampah. 3.Kok Seng mengutip sampah lalu membuangnya ke dalam tong sampah. Ayat majmuk yang mana satu betul ? Sekian , terima kasih. | Ayat majmuk yang betul ialah Kok Seng mengutip sampah lalu membuangnya ke dalam tong sampah. | Tatabahasa | 20.07.2016 |