Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.buat.kan] | ممبواتکن

Definisi : membuat sesuatu utk: ia ~ adiknya segelas minuman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.buat.kan] | ممبواتکن

Definisi : membuat utk: Maheran ~ anaknya sehelai baju. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membuatkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pertanyaan Puan Aida membuatkan Alina mengalihkan sedikit bantal daripada/dari mukanya.

Pertanyaan Puan Aida membuatkan Alina mengalihkan sedikit bantal daripada mukanya.

Tatabahasa03.11.2011
Apitan meN...kan dalam frasa 'membuatkan Ahmad kopi' membawa maksud benafaktif. Mengapa frasa 'menghadiahkan Ahmad cincin" kurang tepat pula?Saya nampak binaan apitan meN...kan kedua-dua frasa adalan sama. Sila jelaskanPertanyaan tuan ini dibincangkan dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 207 dalam menerangkan perbezaan apitan meN-...-i dan meN-...-kan. Fungsi apitan meN-...-kan menandakan kuasatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif. Contohnya: Osman menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad dan Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. Penggunaan apitan meN-...-kan dalam dalam ayat ... membuatkan Ahmad kopi ... menandakan maksud benefaktif. Tuan perlu perbezaan fungsi apitan meN-...-kan tersebut bukan kepada persamaan bentuk apitan.Tatabahasa09.09.2012
1. Sikapnya yang suka menunjuk-nunjuk itu membuatkan orang kampung ________ melihatnya. Apakah perkataan itu, jika "tempang" salah. 2. Beratus-ratus bungkus tepung dandum disorokkan di gudang oleh peniaga yang tamak. Adakah ayat in betul? 3. Pinggan itu ditunjukkan oleh pelayan restoran kepada tetamu yang ingin mengambil makanan. Adakah ayat in betul? Terima kasih!1. Sikapnya yang suka menunjuk-nunjuk itu membuatkan orang kampung meluat/menyampah melihatnya. 
2. Beratus-ratus bungkus tepung gandum disorokkan di gudang oleh peniaga yang tamak. - ayatini kurang tepat, sila baiki ejaan dan penggunaan kata sendi nama di ditukar kepada di dalam. 
3. Pinggan itu ditunjukkan oleh pelayan restoran kepada tetamu yang ingin mengambil makanan. - ayat ini juga kurang tepat. Ditunjukkan bermaksud diperlihatkan, sila gantikan dengan perkataan lain yang lebih tepat dalam konteks ayat tersebut. 
Tatabahasa19.03.2012
Kekeringan tubuh badannya membuatkan dia sering diserang penyakit angin ahmar yang mengakibatkan anggotanya lumpuh. munsyi, adakah ayat ini gramatis? TQAyat ini tidak gramatis. Sila rujuk kamus untuk memilih perkataan yang tepat dan rujuk buku tatabahasa untuk membina ayat dengan betul.Tatabahasa16.02.2012
Salam satu Malaysia. Saya merupakan seorang pelajar yang mengalami masalah kekeliruan. Saya ingin bertanya pihak tuan mengenai persoalan yang sering membuatkan saya terkeliru dengan pengguan kata hubung dalam sesetengah ayat. Kata hubung yang sering saya terkeliru ialah di antara perkataan 'sebab' dan 'kerana'. Selain itu, saya juga ingin bertanya mengenai penggunaan akhiran -kan dan -i.

Saudara,

'Kerana' ialah kata hubung pancangan keterangan yang menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Contoh : Pegawai itu sering dipuji kerana rajin bekerja. Dalam hal ini kata kerana boleh digantikan dengan 'sebab'. Dalam hal yang lain, kata 'sebab' merupakan kata nama. Contoh : Dia memberikan beberapa sebab(alasan)kenapa dia tidak dapat datang.

Akhiran -kan merupakan salah satu daripada imbuhan yang membentuk kata kerja transitif.  i. Memberikan pengertian kausatif atau menyebabkan jadi. Contoh: bukukan; wariskan; tinggikan ii. memberikan pengertian benefektif. Contoh : belikan; jahitkan; hadiahkan.

Akhiran -i  juga membentuk kata kerja transitif dan wujud dengan awalan meN- atau di- . Contoh : kami contohi(ayat pasif); contohilah(ayat suruhan);

Untuk kerengan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.   

Tatabahasa09.08.2010
kedu/terkedu - dalam kamus membawa erti lentik ke belakang atau terkedik soalan : kedu/terkedu bolehkah digunakan bagi maksud terdiam atau termangu contoh : berita itu membuatkan dia terkedu.....Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, perkataan terkedu yang membawa maksud terdiam atau termangu tiada, tetapi perkataan kelu atau terkelu yang mempunyai maksud demikian. Kemungkinan perkataan terkedu tersebut merupakan slanga, bahasa percakapan dan bukan bahasa baku.Makna16.01.2009
Saya tidak dapat membezakan penggunaan imbuhan "meN- kan". Kadang-kadang imbuhan ini mesti diikuti dengan 'orang' dan pada masa yang lain diikuti dengan kata kerja, kata nama. contoh 1: Emak membuatkan ayah secawan kopi. contoh 2: Hakim menjatuhkan hukuman penjara terhadap orang kaya yang menghina mahkamah ituEmpat golongan kata utama iaitu kata nama, kata adjektif, kata kerja dan kata tugas boleh menerima apitan men-...kan untuk membentuk kata kerja transitif. Dalam hal ini sdr perlu membezakan antara keempat-empat golongan kata tadi dan apakah golongan kata ini boleh bergabung dengan men-...kan. Untuk mendapatkan keterangan lanjut sdr bolehlah merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga pada halaman 190-196. Terima kasih.  Lain-lain30.10.2008
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. 1. Apakah itu KATA KERJA TRANSITIF dan KATA KERJA TAK TRANSITIF? . Saya harap saudara dapat memberikan penerangan dalam bahasa yag mudah difahami untuk saya terangkan kepada anak saya yang berada didalam darjah dua. 2. Bagaimanakah cara penggunaannya? 3. Contoh - contoh soalan yang membuatkan anak saya menangis kerana disalahkan oleh guru. GARISI KATA KERJA TAK TRANSITIF DALAM AYAT-AYAT DIBAWAH i) Mereka (terlena/berbincang ) tentang pelajaran. ii) Amir dan kawan-kawannya (berlari/tidur) di padang bola iii) Nenek (termenung/berkata)mengenangkan nasib dirinya iv) Adil (terkejut/tersenyum) mendengar bunyi guruh. v) Budak yang nakal itu (ketawa/menangis) kerana dipukul oleh ayahnya. Saya juga berharap saudara dapat memberikan jawapan dan menerangkan kenapa jawapan tersebut dipilih. Terimakasih.

Kata Kerja Transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek untuk melengkapkan ayat. Tanpa objek ayat tersebut taklengkap maksudnya (menjadi ayat tergantung). Contoh: Ali menyepak bola. (menyepak merupakan Kata Kerja Transitif, jika ayatnya, Ali menyepak - ayat tak sempurna). Kata Kerja Tak Transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek selepasnya. Contoh; Adik saya masih tidur. (tidur merupakan Kata Kerja Tak transitif)

GARISI KATA KERJA TAK TRANSITIF DALAM AYAT-AYAT DIBAWAH i) Mereka (terlena/berbincang ) tentang pelajaran.  ii) Amir dan kawan-kawannya (berlari/tidur) di padang bola. iii) Nenek (termenung/berkata)mengenangkan nasib dirinya iv) Adil (terkejut/tersenyum) mendengar bunyi guruh. v) Budak yang nakal itu (ketawa/menangis) kerana dipukul oleh ayahnya. Saya juga berharap saudara dapat memberikan jawapan dan menerangkan kenapa jawapan tersebut dipilih. - ayat ini lengkap jika "Mereka berbincang" - tentang pelajaran bukanlah objek tetapi keteerangan tentang cerita, begitulah juga dengan ayat-ayat seterusnya.

Tatabahasa23.07.2008
Salam, Saya ingin bertanya tentang perkataan OLEH dalam satu-satu ayat. Perkataan oleh apabila ditambahkan imbuhan tidak boleh diimbuhkan dengan imbuhan ...i..., sebagai contoh memperolehi...sepatutnya memperoleh. Itu yang saya dapat dari Kamus Dewan, tetapi apabila saya utarakan persoalan ini kepada guru pakar bahasa di sekolah tempat anak saya belajar, beliau mengatakan boleh digunakan kedua-duanya sekarang iaitu memperolehi dan memperoleh. Ini membuatkan saya keliru. Saya harap pihak DBP dapat selesaikan masalah ini. Sekian.Kata "oleh" ialah kata adjektif, apabila menerima imbuhan memper... menjadi memperoleh bukan memperolehi.Tatabahasa11.11.2011

Kembali ke atas