Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bu.da.ya.kan] | ممبوداياکن

Definisi : 1. mengajar atau mendidik seseorang (masyarakat dll) supaya berbudaya:berfikir secara ilmiah bertujuan utk ~ masyarakat; 2. membiasakan sesuatu perilaku (perbuatan dll) yg baik supaya berbudaya atau beradab; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bu.da.ya.kan] | ممبوداياکن

Definisi : mendidik supaya berbudaya (beradab); menjadikan seseorang atau sesuatu berbudaya; ~ masyarakat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membudayakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
para pengawas sekolah hendaklah membudayakan amalan menyegerai tugasan yang dipertanggungjawabkan. tuan, buku kata tiada kesalahan dalam ayat ini. bagaimana pula dengan menyegerai? tqTidak ada contoh penggunaan kata menyegerai dalam pangkalan data kami. Ayat tersebut boleh digantikan dengan kata menyegerakan menjadi "Para pengawas sekolah hendaklah membudayakan amalan menyegerakan tugasan yang dipertanggungjawabkan".Tatabahasa24.07.2011
adakah penggunaan perkataan "kondusif" di dalam teks ini adalah tepat? "Membudayakan persekitaran yang bersih, selesa, selamat serta kondusif dapat menggalakkan warga klinik berkerja dalam suasana yang ceria, bersatu- padu, berdisiplin dan berupaya meningkatkan kualiti perkhidmatan disamping menaikkan imej organisasi / jabatan".

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kondusif ialah sesuai, baik dsb utk membantu, mencapai atau mendorong menghasilkan sesuatu. Oleh itu istilah ini boleh digunakan dan sesuai dengan ayat yang saudara sertakan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kesalahan ejaan dalam contoh ayat yang diberikan, iaitu berkerja sepatutnya bekerja, bersatu-padu sepatutnya bersatu padu (tiada tanda sempang), disamping sepatutnya di samping

Istilah08.06.2009
Mohon dibuat pembetulan (jika ada) bagi tajuk ini:- "SEMINAR SKUAD 1MALAYSIA - MEMBUDAYAKAN SEMANGAT KESUKARELAWANAN" kerana saya tidak pasti tentang istilah Kesukarelawanan @ Kesukarelaan.

Perkataan yang betul ialah kesukarelaan, bermaksud sifat sukarela.

Tatabahasa22.11.2011
Tuan, sukacita kiranya dapat bantu mengenai pemilihan tema untuk penganjuran kempen kesihatan antara "Budayakan Hidup Sihat" atau "Membudayakan Hidup Sihat"? Mana satu yang sesuai untuk digunakan. Sekian, terima kasih.Slogan "Budayakan Hidup Sihat" lebih tepat kerana kata kerja 'budayakan' menjadikan ayat tersebut sebagai ayat suruhan dan ayat ayat suruhan lebih berkesan dalam  wacana ini.Tatabahasa28.03.2011
ASSALAMMUALAIKUM. SAYA NAK MEMASTIKAN KESESUAIAN PENGGUNAAN TEMA INI SAMAADA BETUL ATAU TIDAK ATAU YANG LEBIH SESUAI PENGGUNAANNYA SEPERTI SENARAI DIBAWAH. "INOVASI MENJANA TRANSFORMASI, MEMBUDAYAKAN KREATIVITI MENAKHLUKI EKSPEKTASI" "REVOLUSI KREATIVITI MEMANGKIN INOVASI MENTRANSFORMASI GLOBALISASI" "REVOLUSI KREATIVITI MEMANGKIN INOVASI MENJANA TRANSFORMASI" "INOVASI PENCETUS INSPIRASI" "INOVASI PENCETUS INSPIRASI, PEMANGKIN KUALITI, MELENGKAPI EKSPEKTASI"Tema atau cogan kata lazimnya ringkas dan mudah diingat. Berdasarkan senarai yang ada, kami cadangkan "Inovasi Menjana Transformasi" atau "Inovasi Pencetus Inspiras" atau tema lain yang ringaks, tepat dan difahami.

Tatabahasa26.07.2013
MEMBUDAYA INTEGRITI SATU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM BERKUALITI Adakah susunan dan penggunaan ayat betul sebagai satu sloganAyat yang lebih tepat ialah MEMBUDAYAKAN INTEGRITI SATU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM BERKUALITI ataupun BUDAYA INTEGRITI SATU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM BERKUALITI Tatabahasa30.11.2010

Kembali ke atas