1) Adakah perkataan membuka telinga sesuai digunakan dalam ayat di bawah? - Manisah membuka telinga untuk mendengar perbualan rakannya melalui telefon. 2) Adakah perkataan SANGAT GUNDAH-GULANA SESUAI digunakan dalam ayat di bawah? - Puan Gayah sangat gundah-gulana apabila memikirkan tingkah laku anak lelaki tunggalnya itu. 3) Adakah perkataan GENTING LEBIH TEPAT JIKA DIBANDINGKAN DENGAN PERKATAAN TEGANG dalam tempat kosong di bawah? - Bekalan air dan makanan di kawasan perperangan itu semakin _______________ dari sehari ke sehari. | 1) Membuka telinga bermaksud mendengar baik-baik. Ayat yang betul ialah Manisah membuka telinga untuk perbualan rakannya melalui telefon. 2) Menurut Kamus Pelajar, gundah-gulana bermaksud tersangat sedih sehingga badan menjadi lesu. Perkataan gundah-gulana boleh digunakan. Ayat yang betul ialah "Puan Gayah gundah-gulana apabila memikirkan tingkah laku anak lelaki tunggalnya itu." 3)Perkataan genting lebih sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Bekalan air dan makanan di kawasan perperangan itu semakin genting dari sehari ke sehari. | Tatabahasa | 18.07.2013 |
salam, yang manakah lebih tepat antara "ungkai" dengan "rungkai" | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, rungkai; merungkai bermaksud menghuraikan (simpulan tali dll), membuka (bungkusan dll). Ungkai; mengungkai bermaksud 1. menghuraiakan simpulan tali dll, mengorak, membuka (ikatan dll). 2. membuka atau menanggalkan (baju dll), membongkar (rumah), merombak 3. menganggap (menyatakan, menyebabkan) tidak berlaku atau sah, membatalkan (perjanjian dll), memansuhkan 4. mencari-cari sesuatu untuk diselidiki, membongkar-bongkar untuik menyelidiki (memeriksa dll), menggugat perkara yang sudah-sudah. Oleh itu, untuk menentukan perkataan yang tepat bergantung pada konteks penggunaan. | Makna | 16.02.2012 |
untuk membuka kedai gunting rambut | Salam sejahtera, Untuk pengesahan iklan, saudari boleh melayari laman sesawang https://dbpsahbahasa.my/ untuk mendapatkan pengesahan tersebut. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 09.06.2020 |
saya membuka kedai haiwan peliharaan spt kucing dan anjing. Boleh tak saya menggunakan nama kedai saya Felin Purrfect Store atau nama melayu nya Kedai Kucing Sempurna? Felin= Kucing, Purrfect = Sempurna tetapi dalam kes ini hurufnya berbeza kerana Purr adalah bunyi dari kucing manja dan saya gantikan perfect kepada Purrfect supaya lebih komersial.Terima kasih. | Untuk makluman, bagi nama kedai, pihak DBP tidak mempunyai autoriti untuk menentukannya. Perkara tersebut terpulang kepada pihak puan untuk memilihnya semasa membuat pendaftaran dengan pihak SSM. Akan tetapi, sekiranya pihak puan mahu membuat pengesahan bagi papan iklan, puan mesti meletakkan keterangan peniagaaN dalam bahasa Melayu di bahagian atas kiri, SEPERTI KEDAI HAIWAN PELIHARAAN. | Lain-lain | 06.03.2017 |
Saya ingin membuka kedai dengan nama Kedai Haiwan Kesayangan. Adakah perkataan Kedai Haiwan Kesayangan ini diluluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka seperti yang dikehendaki oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Sekian Terima Kasih | Assalamualaikum... Penggunaan nama kedai yang sesuai bagi Kedai Haiwan Kesayangan ialah Kedai Haiwan Peliharaan. | Lain-lain | 06.12.2017 |
Saya ingin membuka sebuah restoran dan nama restoran tersebut adalah seperti berikut. adakah ejaan saya betul ? "DJati Stesen" . | Tiada perkataan djati dalam bahasa Melayu | Ejaan | 09.11.2017 |
Judy mahu membuka klinik sendiri.Ayat ini betul? | Ayat ini betul. Untuk membantu puan menyemak ayat dan membina ayat yang betul, puan boleh merujuk guru bahasa Melayu di sekolah puan. Untuk memantapkan lagi kemahiran, puan juga boleh menyemak kamus bagi mendapatkan penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut.
| Tatabahasa | 17.05.2015 |
Saya ingin membuka sebuah restoran dan ingin menamakannya 'SS Banana Cafe'. Selepas mendaftar di SSM saya diminta untuk ke DBP. Setelah menghantar borang saya terima satu pembetulan iaitu perkataan 'Cafe' perlu ditukarkan kepada 'Kafe'. Setahu saya Kafe adalah perkataan bahasa Malaysia, dan bila ia digabungkan 'Banana' dan 'Kafe' ia seperti bahasa rojak. Saya sangat kecewa kerana ia perlu ditukarkan. Jadi masalah saya sekarang, adakah penggunaan huruf C itu salah dan perlu ditukarkan kepada K dek kerana kemunduran saya dalam bahasa Inggeris pada nama restoran itu. Terima Kasih. | Jika perniagaan saudara telah didaftarkan di SSM sebagai SS Banana Cafe, tidak ada lagi pembetulan yang boleh dibuat. Namun apabila saudara memohon lesen iklan dengan pihak berkuasa tempatan, keterangan aktiviti - KAFE (di bahagian atas) dan di bahagian bawahnya nama perniagaan - SS Banana Cafe. Tidak timbul isu bahasa rojak di sini kerana kata Cafe diberi padanan Kafe dalam bahasa Melayu. | Istilah | 01.02.2012 |
assalamualaikum, saya naim shauqi bin mohd noor ingin bertanyakan penggunaan ayat dalam peribahasa melayu yang manakah yang betul digunakan? "membuka pekung di dada" atau "membuka bekung di dada" harap pihak tuan/puan dapat memberi respon pada pertanyaan ini secepat mungkin, terima kasih. | Encik Naim, Yang betul ialah membuka pekung di dada. | Lain-lain | 29.12.2010 |
Penggunaan kata ganti diri kedua yang manakah tepat bagi ayat berikut: "Anda tidak dibenarkan untuk membuka kertas soalan sehingga diarahkan berbuat demikian," kata pegawai peperiksaan kepada para pelajar. "Kalian tidak dibenarkan untuk membuka kertas soalan sehingga diarahkan berbuat demikian," kata pegawai peperiksaan kepada para pelajar. | Kedua-dua ayat tersebut betul, namun ayat yang gramatis ialah "Anda tidak dibenarkan untuk membuka kertas soalan sehingga diarahkan berbuat demikian". | Tatabahasa | 19.10.2011 |