Ayat pertama “Kain songket yang dibeli oleh ibu itu sungguh molek tenunannya” betul.
Ayat kedua diberi penambahbaikan seperti yang berikut, “Pekerja di kedai dobi itu sedang menggosok baju yang membukit di dalam bakul”. Perkataan berbukit dibetulkan kepada membukit kerana berbukit merujuk kawasan yang mempunyai bukit, manakala membukit bermaksud sesuatu yang menimbun atau berlonggok sehingga menjadi tinggi seperti bukit.
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 337-338.
Thanks for clicking. That felt good.