Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bu.ku.kan] | ممبوکوکن

Definisi : 1. mencatat(kan) dlm buku: segala penjualan mesti dibukukan; 2. menerbitkan sbg buku atau dlm bentuk buku, menjadikan buku atau berupa buku: kerja mereka ialah merakamkan cerita pelipur lara yg kemudian akan dibukukan; kertas kerja dan hasil seminar tersebut cukup baik jikalau dibukukan dan didokumentasikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bu.ku.kan] | ممبوکوکن

Definisi : 1 memasukkan atau mencatat sesuatu ke dlm buku: Beliau ~ segala jualan yg dibuat pd hari itu. 2 menjadikan buku; menerbitkan sbg buku: Dewan Bahasa dan Pustaka telah ~ beberapa buah cerita pelipur lara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membukukan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah kesalahan dalam ayat ini. *Beta bercadang untuk membukukan pengalamannya semasa mendaki Gunung Everest.*Beta berhasrat untuk membukukan pengalamannya mendaki Gunung Everest.Tatabahasa01.06.2016
Saya mempunyai cara-cara belajar al quran yang ringkas dan senang difahami, sebelum ini saya hanya membukukan sendiri dan telah digunakan dikelas al-quran yang saya ajar.bagaimana cara jika saya ingin mengembangkan lagi buku saya dengan menerbitkan buku ini supaya dapat digunakan dikelas al-quran yang saya ajar. apakah prosedur untuk menerbitkan buku saya ini.sekian terima kasihMulai tahun 2012, DBP memulakan Program Penerbitan Berpakej DBP. Untuk maklumat lanjut tentang tatacara penerbitan manuskrip dalam pakej ini, tuan boleh menghubungi Pengarah Jabatan Penerbitan DBP iaitu Tuan Haji Abd. Khalik bin Sulaiman melalui talian 03-2147 9393, e-mel khalik@dbp.gov.myLain-lain11.02.2014
Saya sedang menjalankan satu projek pengumpulan cerita-cerita rakyat tempatan/peribumi Sabah dan SARAWAK dengan bantuan pelajar-pelajar saya. Kami akan menganjurkan Malam Senandong Bahasa, Sastera dan Budaya Peribumi pada 10.10.2010 dan Program Sehati Sejiwa 1Malaysia pada 20.10.2010. Adakah pihak DBP sudi membantu terutama dari segi kewangan serta membukukan cerita-cerita dan puisi rakyat yang kami kumpulkan sebagai koleksi warisan bangsa?

Sdr. yang dihormati,

Pertamanya diucapkan tahniah dan syabas kepada sdr. kerana merancang dan berusaha untuk melaksanakan projek pengumpulan cerita-cerita rakyat Sabah dan Sarawak dan menganjurkan Malam Senandung Bahasa, Sastera dan Budaya Peribumi. Berhubung dengan  bantuan  kewangan dari DBP yang sdr. maksudkan  maka sdr. tulislah surat dan diajukan surat tersebut kepada Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Sekiranya cerita-cerita rakyat dan puisi rakyat yang dikumpul sudah lengkap( sebagai sebuah manuskrip) dengan kajian, kata pengantar dan bibliografinya maka bolehlah dihantar kepada Ketua Editor Bahagian Buku Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 

Lain-lain02.10.2010

Kembali ke atas