Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membunuh 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, antara perkataan ingin dengan mahu yang manakah lebih sesuai digunakan dalam berikut? 1)Wanita yang putus cinta itu ingin membunuh diri. 2)Wanita yang putus cinta itu mahu membunuh diri.Kedua-dua ayat itu betul kerana dalam konteks ayat tersebut perkataan mahu dan ingin mempunyai makna yang sama.Tatabahasa15.06.2012
Salam DBP, Ayat yang yang mana gramatis? (A) Individu yang wajar dipertanggungjawab dan diberi hukuman ialah bapa yang membunuh anak perempuannya. (B) Individu yang wajar dipertanggungjawabkan dan diberikan hukuman ialah bapa yang membunuh anak perempuannya. Terima kasih.Perkataan "memberi" dan "memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan "memberi" hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala "memberikan" hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Contohnya:

1.  Ali memberikan makanan kepada ikan (memberikan + benda tidak bernyawa (makanan))
2.  Ali memberi ikan makanan ( memberi + benda bernyawa (ikan)

Tatabahasa21.06.2021
Assalamualaikum, Ada sebuah hadis sahih yang menganjurkan agar manusia membunuh dua jenis ular yang berbisa iaitu: 1. Atractaspididae (yang lebih dikenali dengan nama mole vipers/ stiletto snakes/ burrowing asps) 2. Cerastes (yang lebih dikenali dengan nama horned vipers/ North African desert vipers/ cerastes vipers) Persoalannya, apakah terjemahan rasmi bagi kedua jenis ular ini di dalam bahasa Melayu? Saya menghadapi masalah dalam menterjemah hadis ini ke dalam bahasa melayu dek tidak tahu nama bagi kedua-dua ular ini. Terima kasih.

Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. untuk mendapatkan terjemahan yang lebih tepat.
Lain-lain29.03.2023
1. Ali membubuh benih pada batas. 2. Ali membubuh benih ke atas batas. 3. Ali membubuh benih ke dalam batas. sama ada ketiga-tiga ayat ini betul? Sila berikan penjelasan. Terima kasihAli membunuh benih pada batas, kata sendi nama pada  menunjukkan keterangan tempat perbuatan tersebut.Tatabahasa23.05.2014
Manakah bentuk ini adalah betul dan apakah sebabnya? 1. Tetapan ini akan mematikan secara automatik pintu. 2. Tetapan ini akan mematikan pintu secara automatik. Ayat yang betul ialah "Tetapan ini akan menutup pintu secara automatik". Penggunaan perkataan "mematikan" tidak sesuai digunakan kerana bermaksud membunuh atau menjadikan mati. Maka perkataan "menutup" lebih sesuai digunakan untuk pintu. Anda tidak memberikan penjelasan sebabnya. Fokus pada adverba bukan kata kerja sebab soalan saya ialah tentang peletakan adverba bukan kesesuaian kata kerja yang digunakan sebab itu hanya contoh untuk peletakan adverba. Malah konteks mematikan sudah banyak digunakan dalam teknologi, IT mengapa tiba-tiba dikatakan tidak sesuai pula?Mohon jelaskan konsep bagi ayat "mematikan pintu" pada ayat yang diberikan agar pihak kami dapat memberikan penjelasan berdasarkan konsep yang diberikan.Tatabahasa26.08.2022
Assalamualaikum. "Mata lembing tercabut sendiri, melayang menikam orang lain hingga membunuh sembilan puluh lapan lelaki dalam majlis itu. Korban ke sembilan puluh sembilan ialah ayah Dayang lalu mencabut lembing dari perutnya....." Berdasarkan petikan cerita di atas, saya ingin bertanya sedikit soalan. 1. sembilan puluh lapan perlu dieja atau ditulis nombor 98? 2. korban ke sembilan puluh sembilan atau korban ke-99? sekian, terima kasih.Ejaan yang betul ialah ... 98 lelaki ... dan ... korban ke-99 .... Nombor kosong hingga sembilan dieja penuh, manakala nombor 10  dan ke atas ditulis dalam bentuk angka.Ejaan25.08.2011
saya agak keliru dengan penggunaan kata sendi nama - dengan. merujuk tatabahasa dewan m/s 280 dengtan bermaksud memakai atau menggunakan. Oleh itu, apabila kita menggunakan dengan, kita tidak akan bubuh perkataan menggunakan selepas perkataan dengan kerana dianggap lewah. Tetapi, apabila dengan berfungsi sebagai kata hubung keterangan cara (m/s: 518) Bolehkah kita gugurkan kata kerja selepas dengan Contoh: 1. Pemuda itu datang dengan menaiki kereta api Pemuda itu datang dengan kereta api 2. Dia membunuh ular itu dengan menggunakan buluh Dia membunuh gular itu dengan buluh Selain kata sendi nama "dengan" dan "untuk", apakah kata yang juga mempunyai peranan sebagai kata sendi nama dan kata hubung?Sekiranya ayat tersebut ayat tunggal, iaitu bukan ayat majmuk, kedua-dua boleh digunakan. Contoh: 1. Pemuda itu datang dengan menaiki kereta api 2. Pemuda itu datang dengan kereta api.
Tuan, apabila perkataan "dengan" berfungsi sebagai kata hubung keterangan cara, iaitu menghubungkan 2 ayat tunggal menjadi ayat majmuk, maka kata kerja selepas perkataan "dengan" (menggunakan) tidak boleh digugurkan. Contoh: Dia membunuh ular itu dengan menggunakan buluh. ( Dia membunuh ular itu.) + (Dia menggunakan buluh.)
Tatabahasa27.05.2015
Manakah bentuk ini adalah betul dan apakah sebabnya? 1. Tetapan ini akan mematikan secara automatik pintu. 2. Tetapan ini akan mematikan pintu secara automatik.Ayat yang betul ialah "Tetapan ini akan menutup pintu secara automatik". Penggunaan perkataan "mematikan" tidak sesuai digunakan kerana bermaksud membunuh atau menjadikan mati. Maka perkataan "menutup" lebih sesuai digunakan untuk pintu.
Tatabahasa26.08.2022
Saya mempunyai beberapa soalan di sini. 1) Saya ingin kepastian penggunaan perkataan DARI dan DARIPADA secara betul. 2) Saya juga ingin kepastian makna dan kesesuaian perkataan itu digunakan contoh seperti perkataan sayugia, waima dan natijah. Terima kasih di atas ulasan pihak tuan.

1. Kata sendi nama DARI digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yg menyatakan arah, tempat atau masa. Contoh: Saya datang DARI kampung, Keadaannya semakin tenat DARI sehari ke sehari. Kata sendi nama DARIPADA pula hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yg. menyatakan punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda dan unsur abstrak, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, sebahagian daripada semua dan perbezaan atau perbandingan. Contoh, Ali menerima surat DARIPADA ibunya, benang berasal DARIPADA kapas, sebahagian DARIPADA pelajar sekolah itu sudah pulang ke kampung, Ali lebih tinggi DARIPADA Ahmad.

2. Ejaan yang betul ialah seyogia, daripada  perkataan yogia. Seyogia membawa makna sepatutnya, selayaknya, semestinya. Contoh ayat: jikalau tuan hendak belayar, seyogianya hamba dibawa. Waima berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud  sama ada, walaupun. Contoh ayat: apa pun yg dibuat manusia, ~ dgn perang meledakkan dunia dan isinya, manusia tidak akan berjaya membunuh kebenaran dan keutamaan. Natijah:  keputusan (dr sesuatu), kesudahan, kesimpulan, akibat. Contoh ayat: kadang-kadang apa yg kita benci dan tidak suka itu baik ~nya; ~ drpd perkembangan ekonomi kolonial spt itu amat buruk padahnya kpd masyarakat Melayu.

Tatabahasa30.11.2010

Kembali ke atas