Adakah ayat-ayat berikut gramatis? Andainya tidak,bagaimanakah hendak perbetulkannya: 1. Seorang pekerja yang rajin mengait buah-buahan manakala Ali memerhatikan dengan berdiri di tepi pekerja. 2. Seorang budak lelaki sedang duduk sambil berehat di pondok yang usang. 3. Dua orang pekerja yang bertopi mengangkat bakul yang penuh ke atas lori. 4. Razak menghulurkan cat kepada Kok Leong yang berada di atas tangga dengan berhati-hati. 5. Tiga orang ahli pengakap peralatan perkhemahan yang disuruh oleh Cikgu Rahim. 6. Seorang pengadil membunyikan wisel kepada para pemain supaya tidak bermain kasar. 7. Para penonton memberi sokongan kepada pasukan sekolah bersungguh-sungguh. | 1. Seorang pekerja yang rajin mengait buah-buahan, manakala Ali berdiri memerhatikannya. 2. Seorang budak lelaki sedang duduk berehat di pondok yang usang. 3. Dua orang pekerja yang bertopi mengangkat bakul yang penuh berisi ke atas lori. 4. Razak menghulurkan cat dengan berhati-hati kepada Kok Leong yang berada di atas tangga. 5. Tiga orang ahli pengakap membawa peralatan perkhemahan yang disuruh oleh Cikgu Rahim. 6. Seorang pengadil memberikan amaran kepada para pemain supaya tidak bermain kasar. 7. Para penonton memberi sokongan dengan bersungguh-sungguh kepada pasukan sekolah. | Tatabahasa | 02.07.2012 |
Apakah kesan kerancuan bahasa terhadap perkembangan bahasa baku? | Sila rujuk bahan ini yang dipetik daripada Talian KAWAT Pusat Dokumentasi Melayu DBP. Sekiranya sdr menjadi Rakan Dewan sdr boleh meminjam di Pusat Dokumentasi Melayu. 1" cellpadding="1" width="664" id="Table4">Hasil carian yang mempunyai 'kerancuan bahasa' dalam Judul (6 rekod dijumpai) | Carian Baru | | | Lain-lain | 24.03.2008 |