Bapa sedang ______ durian. ( mengopek / mencekah / membelah / mengupas ) Jawapan yang mana betul? | Saudari/saudari, Mengopek berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud membuang kulit buah-buahan, mengupas, mengopak (utk mengambil isinya). Mengupas sedikit: ~ buah-buahan dgn hujung pisau. Mencekah pula bermaksud 1. = bercekah; 2. memecahkan (dgn mengapit kedua-dua belah tangan): ~ buah manggis; 3. melebarkan (membuka) sudut (kangkang dll), membelah, menguakkan: cekahlah tulang itu dan dedahkan alat-alat pembiakannya; ~ buah durian. Manakala membelah membawa maksud, memotong atau memecahkan sesuatu menjadi dua bahagian: Selepas ~ buah tembikai itu, ia memberikan sebelah kpd kawannya dan sebelah lagi utknya sendiri. 2 mengerat dan memecahkan sesuatu menjadi beberapa bahagian: Selepas minum teh, saya menolong ayah saya ~ kayu api. 3 memotong bahagian tubuh orang sakit utk menyembuhkannya; membedah. Mengupas merujuk kepada, membuang atau menanggalkan kulit sesuatu: ~ kelapa; ~ limau. 2 menghuraikan sesuatu dgn teliti; mengulas. Jawapan yang betul ialah mencekah. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. | Tatabahasa | 14.08.2012 |
soalan 1. Padi yang dibajainya subur A. Menghijau B. kehijauan 2.Apakah perbezaan antara memotong,mengerat,memangkas,mencantas ,membelah 3.Baju ini engkau yang beli.jadi tentulah baju ini A. milikku B.milikmu C.milikkau D.miliknya apakah jawapannya. 3. perbezaan menyusuri,merentasi,melintasi,meredah | 1. Padi yang dibajainya subur menghijau. 2. Memotong sama maksudnya denga mengerat dan memangkas sama maksudnya dengan mencantas, manakala membelah bermaksud memecahkan (membahagikan) menjadi dua atau banyak bahagian. 3. Baju ini engkau yang beli. Jadi tentulah baju ini milikmu/milikkau. 4. Menyusuri bermaksud berjalan mengikut tepi, merentasi sama maknanya dengan melintasi dan meredah bermaksud menempuh. | Tatabahasa | 01.05.2012 |
definisi rekod?kepentingan rekod?ciri-ciri rekod?tujuan rekod?definisi return?tanggungjawab merekod?apa itu return?tanggungjawab return? | Kami mohon maaf kerana tidak dapat menjawab pertanyaan ini kerana diluar skop perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, dari segi literal, menurut Kamus Dewan; rekod (rékod) I 1. prestasi terbaik yg dicapai dlm bidang sukan: ~ baharu 400 meter telah dicipta oleh Kaufman; memegang ~ mencapai prestasi yg terbaik; memecahkan ~ mengatasi prestasi terbaik yg pernah dicapai; 2. catatan yg dibuat utk ingatan atau rujukan dll, keterangan dll yg tercatat: memberi ~ yg lebih lengkap; mengumpulkan ~ dan dokumen lama; ~ pelajaran (pekerjaan) catatan mengenai pelajaran (pekerjaan); ~ drpd catatan orang-orang Cina tentang negeri Melaka; 3. butir-butir mengenai latar belakang peribadi seseorang: ia mempunyai ~ yg baik; merekodkan mencatat: ~ hasil kerja; | Lain-lain | 01.05.2008 |