[me.me.cut] | ممچوت
Definisi : 1. mencambuk, melecut: kerbau itu berjalan sendiri menarik bajak dgn tak payah dipecut; 2. ki menggiatkan, merangsang, menggalakkan; 3. bergerak dgn jauh lebih laju drpd sebelumnya: sebuah kereta yg mempunyai lebih kuasa boleh mula bergerak dan ~ lebih cepat drpd kereta yg mempunyai kuasa kurang; 4. menyebabkan bergerak dgn jauh lebih laju drpd sebelumnya: dia lalu ~ keretanya dgn perasaan geram; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.me.cut] | ممچوت
Definisi : 1 menyebat dgn pecut: ~ kuda. 2 ki menggiatkan; menggalakkan: tidak mahu bekerja jika tidak dipecut. 3 ki memandu kenderaan (kereta, motosikal dsb) dgn laju: Tiba-tiba sahaja dia ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)