Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.me.gang] | ممݢڠ

Definisi : 1. memaut (menggenggam, men­capai) dgn tangan, menangkap (pencuri dll): ia terperanjat apabila orang ~ bahunya; tangan kanannya ~ beg; ~ pencuri menang­kap pencuri; 2. memakai (menggunakan) senjata dll: seluruh pasukan itu ~ senapang; orang yg tidak ~ kad pengenalan orang yg tidak mempunyai atau tidak membawa kad pengenalan; 3. menguasai, mengelolakan, mengurus (perusahaan, kedai, dll), menjabat atau menjawat (jawatan, pangkat, dll): penghulu-penghulu yg ~ bala tentera; segala yg ~ hasil negeri; maka pd masa itu Inggeris ~ perintah dlm Melaka; dia bertukar ke Ipoh kerana ~ jawatan baharu di sana; 4. melak­sanakan (perintah, aturan, dll), mematuhi: ia ~ segala peraturan; 5. berpegang teguh pd (janji dll), menerima (sbg sesuatu yg boleh dipercayai, diakui benar, diharapkan, dll): mereka tetap ~ adat; cakapnya tak boleh dipegang tidak boleh dipercayai; 6. mema­suki tubuh manusia (bkn hantu dll), merasuk: saya ini dah dipegang syaitan; ~ amanah menjalankan amanah; ~ buku mengurus buku kira-kira (dlm perniagaan); ~ cempurit a) memegang pimpinan; b) memim­pin sesuatu gerakan (dgn rahsia); ~ kemudi a) memandu (kereta dll); b) memimpin (per­satuan dll); ~ peranan menjalankan peranan; ~ wang (duit) a) menggenggam wang; b) mengurus hal-hal kewangan (perniagaan dll); c) mempunyai wang; bagai ~ buah kepantangan beruk, ditelan mati emak, diludahkan mati bapak prb dlm keadaan serba salah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.me.gang] | ممݢڠ

Definisi : 1 menggenggam atau memaut dgn tangan; menjadikan tangan menggenggam sesuatu: Sambil bersalam, tangan kirinya ~ bahuku. 2 mengurus atau memimpin sesuatu perusahaan dll; menjabat atau memangku sesuatu pekerjaan: Beliau telah ~ jawatan pengurus di firma itu selama dua tahun. 3 tetap berpegang teguh pd sesuatu sbg pedoman: Mereka masih ~ adat yg lama-lama. ~ amanah menunaikan sesuatu amanah. ~ buku mengurus buku akaun dlm soal kewangan. ~ janji berpegang teguh pd segala janji yg telah dibuat. ~ peranan menjalankan peranan atau tanggungjawab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pegang
Kata Terbitan : berpegang, berpegang pada, berpegangan, memegang, pegangan, pemegang,

Puisi
 

Benang bertali,
     Anak putu dikasi makan;
Teguh-teguh memegang janji,
     Seperti paku lantak di papan.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Memegang besi panas (= hangat).

Bermaksud :

Melakukan sesuatu dengan kekhuatiran (waswas dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kamu memegang jawatan sebagai guru panitia. Ayat pasif yang berikut manakah betul? (a) Jawatan kamu pegang sebagai guru panitia. (b) Jawatan sebagai guru panitia kamu pegang.Ayat pasif yang betul:

Jawatan sebagai guru panitia kamu pegang.
Tatabahasa11.11.2015
Hafizah memegang erat-erat tangan ibunya semasa melintas jalan. atau Hafizah memegang tangan ibunya erat-era semasa melintas jalan semasa melintas jalan Munsyi, yang mana satu ayatkah yang seduai digunakan? TKAyat yang kedua.Tokoh09.03.2013
Apa maksud memaut?Maksud memaut ialah memegang dan menarik ke diri sendiri, memegang kuat-kuat (dengan teguh), 2. melilit dengan teguh, mengikat, menyangkut. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat di bawah kata 'paut'. Untuk mengetahui maksud sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan.Makna08.09.2008
Adakah ayat–ayat yang berikut betul? 1. Ahmad memegang benih sayur untuk ditanam di dalam lubang yang telah digalinya. 2. Kita mestilah bertutur sopan supaya tidak menyentuh perasaan orang lain. 3. Kita mestilah bertutur sopan supaya tidak mengganggu perasaan orang lain.Ayat yang betul ialah:
1. Ahmad memegang benih sayur untuk ditanam di dalam lubang yang telah digalinya.
2. Kita mestilah bertutur dengan sopan supaya tidak menyentuh perasaan orang lain.
Tatabahasa28.08.2015
1) Dia memang mempunyai bakat dalam pidato. a) keupayaan b) kemahiran c) kecekapan Soalan: Jawapan yg tepat untuk bakat ialah...? 2) Masyarakat Minang kuat berpegang / memegang kepada adat Pepatih. Soalan: berpegang atau memegang? Harap dpt memberi penjelasan. 3) Baju yang dijahit oleh ibunya itu amat cantik sekali. Soalan: Adakah ayat ini betul? Bolehkah ada dua kata penguat di dalam satu ayat? 4) Puan Rozita___mata pelajaran Sains. Soalan: Dlm konteks ini, mengajar atau mengajarkan? Terima kasih.

1. Tidak mempunyai jawapan. Ayat yang betulnya ialah 'dia memang mempunyai bakat dalam berpidato atau dia memang berbakat dalam pidato'. 2. Masyarakat Minang kuat berpegang pada adat Perpatih. 3. Baju yang dijahit oleh ibu sangat/ amat cantik sekali. 4. Puan Rozita mengajarkan mata pelajaran Sains. Harap maklum.

Tatabahasa20.06.2008
Tuan, 1.Soalan:Mak Kiah ............ ikan keli itu di atas bara api. jawapannya : memanggang atau membakar . 2 Soalan :Pak Hamad sedang ............ sebiji durian untuk anaknya. Gambar menunjukkan seorang lelaki memegang sebiji buah durian pada tangan kanannya manakala tangan kirinya memegang sebilah parang. jawapannya : membelah atau mengupas1. Mak Kiah memanggang ikan keli itu di atas bara api.
2  Pak Hamad sedang membelah sebiji durian untuk anaknya.
Tatabahasa06.03.2012
“(Amboi, Aduh), sakitnya perutku!” kata Fiza sambil memegang perutnya. Adakah betul penggunaan tanda seru pada ayat ini?Maaf saya ingin bertanya kerana tidak pasti kerana tiada contoh yang dapat saya rujuk dengan lebih terperinci. Harap pihak DBP boleh berikan jawapan. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Aduh, Sakitnya Perutku!" Kata Fiza sambil memegang perutnya. Penggunaan tanda seru dalam ayat  tersebut betul. Tatabahasa21.05.2020
Marsha menari tarian datun julud sambil memegang kipas tangan daripada bulu burung kenyalang. Adakah betul ejaan datun julud di dalam ayat tersebut? Atau perlu ditulis begini "Datun Julud"? Yang mana satukah ejaan yang betul?Ejaan yang betul ialah tarian Datun Julud.  Tatabahasa02.07.2020
1. Saya memimpin tangan / memimpin orang tua melintasi jalan. Perlukah kata kerja memimpin diikuti dengan tangan? kerana perkataan memimpin telah membawa maksud memegang tangan. 2. Sekolah saya mengadakan pertandingan menyanyi / pertandingan nyanyian? Apakah perbezaan antara kedua-dua frasa nama tersebut? 3. Saya menghidangkan makanan kepada / untuk ibu. Apakah perbezaannya ? kerana saya pernah terjumpa menghidangkan .... kepada dan menghidangkan ... untuk.

1. Ayat yang betul ialah saya memimpin tangan orang tua melintas jalan. Hal ini kerana berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, memimpin mempunyai tiga takrifan, iaitu: 1. memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat (menunjukkan jalan dll), membimbing, menuntun: Malim Deman pun ~ tangan puteri lalu berjalanlah; 2. mengepalai atau mengetuai serta mengendalikan (badan, pertubuhan, pergerakan, negara, dll), mengepalai (rapat dsb): dia tidak pernah ~ apa-apa pergerakan; tentera yg dahulu dipimpin oleh Jeneral Suharto telah siap sedia utk menghadapi kemungkinan perlawanan drpd anasir-anasir prokomunis; 3. melatih (mendidik, mengasuh, dll) supaya boleh bekerja (berfikir) sendiri; pelajar-pelajar ini dipimpin oleh guru-guru yg terlatih.

2. Frasa yang betul ialah Sekolah saya mengadakan pertandingan nyanyian kerana nyanyian ialah kata nama, sedangkan menyanyi ialah kata kerja. Penamaan sesuatu perkara hendaklah dalam kata nama.

3. Syat yang lebih tepat ialah saya menghidangkan makanan kepada ibu kerana penggunaan kata sendi nama kepada dalam ayat tersebut menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Ayat tersebut boleh juga diolah sebegini: Saya menghidangi ibu makanan.  Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 272 untuk keterangan lanjut.  

Tatabahasa07.02.2010
Salam tuan, adakah 'mendakap tanganmu' diterima (sebagai penggunaan gaya bahasa puitis/puitik). Atau lafaz ini tidak masuk akal disebabkan seolah-olah 'memeluk' tangan tersebut dan bukan membawa maksud 'memegang'? Terima kasih, tuan.Wa alaikum salam,

Dari segi bahasa, konteks mendakap/memeluk tangan tidak sesuai. Penggunaan mendakap/memeluk lebih sesuai untuk tubuh manakala konteks yang sesuai ialah memegang untuk tangan. Jika hendak menggunakan gaya bahasa yang puitis untuk konteks mendakap (sastera), selalunya dipadankan dengan perkara abstrak contohnya seperti mendakap angan-angan.
Sastera19.04.2018
1234567

Kembali ke atas