Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.me.nang.kan] | ممنڠکن

Definisi : 1. menyebabkan (menjadi­kan) menang: barang diberi Allah umur panjang serta dimenangkan Allah drpd se-gala musuhnya; 2. menganggap satu pihak sahaja yg menang, memihak (menyebelah) kpd: mereka bertiga sahajalah yg selalunya ~ Masinah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.me.nang.kan] | ممنڠکن

Definisi : 1 menjadikan menang; menyebabkan menang; menjayakan: Kekuatan senjata dan ekonomi telah ~ Amerika Syarikat dlm Perang Dunia Kedua dahulu. 2 menganggap sesuatu pihak itu betul atau menang: Emaknya selalu ~ adik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
menang (kata kerja)
Bersinonim dengan berjaya, mendapat kejayaan, beroleh hadiah, mencapai kemajuan, berhasil, beruntung, lulus, ghalib;,
Kata Terbitan : memenangi, memenangkan, kemenangan, pemenang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Tuan. Adakah perkataan-perkataan yang berikut digunakan dalam bahasa Melayu? Sekiranya ada, apakah makna dan cara penggunaan bagi perkataan-perkataan ini? 1. melungsurkan 2.memain 3.memaju 4.memasuk 5.memekap 6.memenang 7.memenungi Sekian, terima kasih.Imbuhan yang betul untuk perkataan yang betul ialah:
1. Melungsur
2. Bermain
3. Memajukan
4. Memasukkan
5. Memekapkan
6. Memenangkan
7. Memenangi
Lain-lain08.09.2016

Kembali ke atas