Penduduk Taman Cempaka mengekalkan cara kehidupan yang mementingkan perpaduan melalui aktiviti Rukn Tetangga. Pilih perkataan seerti bagi mengekalkan. A)membaiki B)memelihara C)melaksanakan D mengutamakan | saudara, Perkataan seerti ialah memelihara. | Tatabahasa | 02.10.2009 |
apakah maksud penting diri.sertakan contoh-contohnya.tkasih | Penting diri atau mementingkan diri bermaksud memberatkan atau mengutamakan diri dalam sesuatu konteks tertentu. Misalnya, dalam kehidupan bermasyarakat, terdapat individu yang tidak mahu bergaul dengan orang lain demi mencapai matlamat yang disasarkannya. | Makna | 20.01.2008 |
apakah maksud Hedonisma | Hedonisme bermaksud, suatu pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Terima kasih kerana berurusan dengan pihak kami. | Makna | 10.10.2006 |
Golongan remaja selalu dikaitkan dengan sikap yang tidak bersungguh-sungguh untuk memajukan diri,mementingkan kebendaan,tidak mahu mengembangkan ilmu pengetahuan malah berfikiran cetek.Sejauhmanakah kebenarannya??Berikan pendapat anda. Bagaimanakah jawab soalan ini?? | Bagi menjawab soalan tersebut, tuan dikehendaki menghuraikan idea-idea yang dinyatakan dengan menyertakan bukti dan contoh. Tuan perlu menegaskan kebenaran idea tersebut dengan memberikan pendapat atau idea yang lain. | Lain-lain | 25.10.2013 |
Betulkah wujudnya isitilah "hindoisme" yang lebih kurang maksudnya ialah budaya bersuka-suka atau mementingkan hiburan? | Istilah yang betul ialah hedonisme. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi 4, halaman 523. | Makna | 04.09.2007 |
Budaya Hedonisme di kalangan remaja | Hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. | Makna | 18.05.2007 |
Apakah yang dimaksudkan nafsi- nafsi 'siapa lu, siapa gua' ? | Nafsi-nafsi bermaksud mementingkan diri sendiri atau bersendirian. Ungkapan siapa lu dan siapa gua bukan ungkapan baku tetapi merupakan ungkapan bahasa percakapan atau bahasa pasar. | Makna | 10.11.2008 |
apakah maksud enau dalam belukar? | Seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing menunjukkan sikap mementingkan diri sendiri. | Lain-lain | 21.08.2007 |
Adakah 'benarkah', 'bolehkah', 'dapatkah' tergolong dalam kategori kata tanya? | Partikel 'kah' merupakan partikel atau kata tugas yg merupakan penegas utk mementingkan predikat dlm ayat tanya/utk menyatakan pertanyaan: Bukan~ hari ini hari ulang tahunnya?. Guru~ orang itu?. Oleh itu, kesemua kata tersebut tergolong dalam kata tanya. | Lain-lain | 15.11.2010 |
Laras Laporan | Terdapat berbagai-bagai jenis laporan, ada laporan tahunan, laporan kerja, laporan projek dan sebagainya. Tetapi secara amnya laras laporan kurang mementingkan gaya dan nahu, khususnya penggunaan imbuhan dan kata hubung. Bahasa yang digunakan bersahaja dan bersifat melaporkan sesuatu. Bahasanya juga ringkas dan mengandungi berita yang maksimum untuk dipaparkan kepada pembaca atau penonton. Istilah-istilah teknikal dan khusus tidak digunakan dalam laras bentuk ini disebabkan bidang yang diperkatakan tidak menjurus kepada sesuatu bidang yang khusus. | Lain-lain | 13.12.2006 |